Akademi Alif

Akademi Alif

Share

Pusat pengajian Al-Quran, Fardhu 'Ain dan Faraidh di Kota Damansara. Pengajian adalah untuk semua peringkat umur dan fleksibel. Assalamualaikum..

Berita baik buat penduduk Kota Damansara!! Kini Akademi Alif telah beroperasi untuk memenuhi keperluan anda sekeluarga dalam mempelajari Al-Quran. Akademi Alif telah membuka pendaftaran untuk belajar Al-Quran kepada semua peringkat umur. Keistimewaan kami ialah :
Terbuka untuk semua peringkat umur
Kelas secara individu (one to one)
Masa belajar yang fleksibel (anda boleh pilih masa anda)
Tenaga pe

10/04/2026

📢 Assalamualaikum! Ada program penting tentang ilmu faraidh yang wajib kita faham.

Ramai keluarga bergaduh bila ada kematian — sebab tak tahu cara pembahagian pusaka ikut syarak.

Ramai juga keliru antara faraidh, hibah, wasiat & harta sepencarian.

📍 Program: Faraidh Itu Fardhu
🗓️ Tarikh: Ahad, 19 April 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi
🏢 Tempat: Perpustakaan Awam Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi

🎙️ Penceramah: Ustaz Hilmi Haniz bin Muhammad
(Timbalan Pengerusi Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia Penulis buku Faham Faraidh)

🎁 Masuk PERCUMA!*
Tempat terhad kepada 50 peserta sahaja.

📝 Daftar sekarang: - click link di bawah atau scan QR di atas
👉 https://forms.gle/TcCWjNjP4EtpNQ1w8

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Josila (0122116664) atau Puan Yatie (0196635994)

Anjuran: Yayasan Tahfiz An Nisaa (YTAN)

Dengan sokongan:
•⁠ ⁠Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM),
•⁠ ⁠Akademi Quran & Sains Antarabangsa (AQSA Academy),
•⁠ ⁠⁠Yayasan Bekas Anggota Perisikan Tentera Malaysia (YBAPTM),
•⁠ ⁠⁠Maahad Tahfiz Az Zahrah, Hulu Langat (MTAZ)

22/07/2025

BENGKEL KIRA FARAIDH

Kuasai teknik pengiraan faraidh dengan kaedah yang mudah

31 Ogos 2025, Ahad
9.00 pagi – 5.00 petang
RM 69 bersemuka | RM 29 online
PERCUMA - E- Jadual 99, slaid, rakaman dan kupon buku RM 5

✨PERHATIAN

Bengkel ini hanya sesuai bagi peserta yang mempunyai kemahiran asas faraidh terutama bab Penghalangan (Hajb) dan Bahagian Waris (Fardhu dan 'Asobah)

✨PENGENALAN

Penguasaan ilmu faraidh bukan terletak kepada kemahiran pemahaman semata-mata. Bahkan kemahiran melakukan pengiraan juga amat penting.

Sesuatu masalah pembahagian faraidh tidak akan selesai jika seseorang itu hanya mahir kefahaman sahaja tanpa pengiraan.

Oleh itu, dalam memantapkan penguasaan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah pengiraan faraidh maka Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Anak-anak Yatim Wardatul Jannah akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan kemahiran tersebut.

✨ OBJEKTIF BENGKEL

Mempertingkat pengetahuan kaedah pengiraan bahagian ahli waris
Mengetahui cara yang mudah dalam pengiraan faraidh
Menajamkan kemahiran mengira melalui beberapa latihan
Menguasai kaedah-kaedah pengiraan tertentu berkaitan ilmu faraidh
Memahami cara mengelakkan daripada berlaku kesilapan dalam pengiraan faraidh

✨KANDUNGAN BENGKEL

Pecahan
Langkah-langkah Pengiraan
Melakar jadual
Asal Masalah
Ta'sil
Saham
Baki
Pengiraan Ahli Fardhu sahaja
Pengiraan Ahli 'Asobah sahaja
Pengiraan Ahli Fardhu dan 'Asobah
Tashih
Semak

✨ INFO PENCERAMAH

Ustaz Hilmi Haniz merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam.

Beliau mempunyai 3 tauliah mengajar iaitu daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau juga merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh serta menghasilkan 3 poster faraidh.

Selain itu, beliau aktif memberi kuliah dan ceramah berkaitan ilmu Faraidh kepada umum di masjid dan surau sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan juga memenuhi jemputan daripada pihak luar seperti TV Al-Hijrah, Baitulmal Selangor, UiTM, UNISEL, UTM, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.

✨ DISEDIAKAN

Peserta bersemuka

Nota fizikal
Sijil penyertaan
Jamuan
Rakaman

Peserta Online

E Sijil Penyertaan
E Nota BKF
Rakaman bengkel

✨LOKASI BENGKEL (Bersemuka)

Yayasan Anak-anak Yatim Wardatul Jannah,
Kota Damansara, Selangor.
https://maps.app.goo.gl/hpsri3WB6dwhKALW9

✨PENDAFTARAN

Sila lengkapkan borang dan pembayaran melalui pautan di bawah

https://akademialif.onpay.my/order/form/13

✨PERTANYAAN

Jika anda ada pertanyaan sila hubungi melalui Whatsapp > https://wa.me/60187892252

www.akademialif.com

www.fahamfaraidh.com

Faham Faraidh, Harta Berkat, Waris Selamat

PERTUBUHAN DU'AH FARAIDH MALAYSIA

Sila kongsikan kepada yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira


11/06/2025

BENGKEL FARAIDH AHLI WARIS JUN 2025

PERCUMA ! Rakaman video, Slaid dan Kupon Buku RM 5
29 Jun 2025, Ahad
9 pagi – 5 petang
RM 29 online | RM 69 bersemuka
Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS

✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL

Ahli waris yang berhak
Latihan Melukis Carta Pokok Keluarga Ahli Waris
Penghalangan Ahli Waris
Latihan Penghalangan
Ahli waris Fardhu dan ‘Asobah
Latihan Ahli Fardhu dan 'Asobah

❌ Tiada pengiraan dalam bengkel ini. Jangan risau ya :)

✒️ INFO LANJUT DAN PENDAFTARAN

Sila klik pautan di bawah :

https://akademialif.onpay.my/order/form/26

✒️ MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi 018 789 2252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252

Sila kongsikan info ini kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

06/05/2025

🌟PERCUMA - DAURAH BUKU FAHAM FARAIDH BAB DZAWIL ARHAM

🎁PERCUMA !
1. Rakaman
2. Sijil penyertaan

🗓 Tarikh : 20 Mei 2025, Selasa
⏰ Masa : 9.15 - 11.00 malam (anggaran)
🌐 Google Meet (Online)
🆓 Tiada bayaran, PERCUMA

☑️KANDUNGAN DAURAH
> Siapa Dzawil Arham?
> Syarat Dzawil Arham menerima pusaka
> Kaedah pewarisan mereka
> Kaedah dan contoh pengiraan mereka

✳️Daurah ini khas untuk pemilik buku Faham Faraidh. Terbuka juga kepada umum

🖊PENDAFTARAN
Sila lengkapkan borang melalui pautan di bawah

https://yup.la/dffda

📔PEMBELIAN BUKU
Buku Faham Faraidh boleh didapati melalui pautan di bawah :

https://yup.la/belibukuFF

🔅Maklumat lanjut berkenaan kelas seperti pautan WhatsApp Group, pautan rakaman dan pautan Google Meet akan diemelkan selepas pendaftaran. Sila rujuk emel anda.

❔PERTANYAAN
Sila WhatsApp pada talian berikut

wa.me/60187892252

❤️Sila kongsikan kepada yang lain.

😍Terima kasih

Photos from Akademi Alif's post 25/04/2025

Potongan 16%

Bagi buku Faham Faraidh bagi setiap peserta yang mendaftar Bengkel Asas Faraidh

Info lanjut di sini https://ezy.la/baf

Photos from Akademi Alif's post 24/04/2025

PERCUMA !
Poster Keluarga Faraidh bagi setiap peserta yang mendaftar Bengkel Asas Faraidh

Info lanjut di sini https://ezy.la/baf

Photos from Akademi Alif's post 23/04/2025

BENGKEL ASAS FARAIDH

Insya Allah 4 hari lagi

Info lanjut di sini > https://ezy.la/baf

27/03/2025

BENGKEL ASAS FARAIDH APRIL 2025

PERCUMA 4 ! Poster fizikal, Rakaman video, Slaid dan Kupon RM 5
27 April 2025, Ahad
9 pagi – 5 petang
RM 29 online | RM 69 bersemuka
Ustaz Hilmi, penulis buku Faham Faraidh, bertauliah MAIS

✒️ PENGENALAN

Harta seseorang akan menjadi milik ahli warisnya apabila dia meninggal dunia. Syari'at Islam telah menetapkan pembahagian harta si mati kepada ahli warisnya dengan kadar-kadar tertentu dengan penuh keadilan. Ilmu ini dinamai dengan ilmu Faraidh.
Pengetahuan berkaitan ilmu ini masih diperingkat rendah di kalangan masyarakat. Ini dapat diketahui masih banyak salah faham di antara mereka berkenaan pembahagian faraidh. Contohnya, ada pandangan mengatakan hukum faraidh hanya menjadi wajib apabila ahli waris tidak ada kata sepakat.
Selain itu, ada mengatakan bahawa ahli waris tertentu sahaja yang dapat sebahagian besar harta pusaka seperti anak sulong, anak bongsu, anak yang menjaga ibu bapa semasa mereka sakit dan lain-lain lagi.
Untuk mengikis kekeliruan seumpama ini, maka Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia bersama Akademi Alif akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan ilmu faraidh. Bengkel ini adalah bagi menerangkan secara asas ilmu faraidh.

✒️ OBJEKTIF BENGKEL

¬ Menyebarkan pengetahuan tentang asas ilmu Faraidh tanpa melibatkan pengiraan
¬ Memberi kefahaman mengenai pembahagian harta pusaka secara adil menurut Syari'at Islam.
¬ Memudahkan kefahaman dan mengingati ilmu Faraidh melalui kaedah Fajar
¬ Meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya ilmu faraid dalam masyarakat Islam
¬ Mempertingkat kemahiran dalam pemahaman dalam ilmu faraid

✒️ KANDUNGAN MODUL BENGKEL

~ Pengenalan ilmu Faraidh
~ Harta pusaka
~ Perkara wajib ditunaikan sebelum pembahagian faraidh
~ Sebab-sebab mendapat pusaka
~ Rukun-rukun pusaka
~ Syarat-syarat pusaka
~ Mereka yang ditegah mendapat harta pusaka
~ Ahli waris yang berhak – Kaedah Fajar
~ Latihan Melukis Carta Pokok Keluarga Ahli Waris
~ Ahli waris tersembunyi

❌ Tiada operasi matematik / pengiraan dalam bengkel ini.

✒️ INFO TENAGA PENGAJAR

Ustaz Hilmi Haniz merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam. Beliau mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh. Beliau juga sering memberi ceramah dalam bengkel Faham Faraidh kepada umum dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.

✒️ DISEDIAKAN

> Peserta bersemuka
- Nota fizikal
- Sijil penyertaan
- Jamuan tengah hari

> Peserta online
- Nota Digital
- Sijil Penyertaan Digital

✒️ PERCUMA !
< Poster Ahli Waris fizikal* (saiz 50 x 70 cm)
< Slaid bengkel
< Rakaman bengkel
< Kupon RM 5 pembelian buku Faham Faraidh

*Peserta online perlu menanggung kos penghantaran RM 10

✒️ LOKASI BENGKEL BERSEMUKA

Akademi Alif, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

https://maps.app.goo.gl/44MY7htWCJf44VcWA

✒️ PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN YURAN

Sila klik pada pautan ini > https://akademialif.onpay.my/order/form/37

✒️ MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi

018 789 2252 atau WhatsApp https://wa.me/60187892252

Sila kongsikan info ini kepada sahabat yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya

Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira

Photos from Akademi Alif's post 21/03/2025

Ganjaran berganda-ganda pada Lailatul Qadar

Bersama amalkan pada 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


No 30-2 Jalan Teknologi 3/6c, Tmn Sains Selangor, The Core, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00