23/11/2024
Ucapan Tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. WAN RAMLI WAN DAUD di atas penerimaan gelaran PROFESOR EMERITUS di Majlis Konvokesyen ke-52, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 23 November 2024
Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), merupakan sebuah pertubuhan ilmiah yang dimapankan pada 29 hb.
23/11/2024
Ucapan Tahniah kepada YBhg. Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. WAN RAMLI WAN DAUD di atas penerimaan gelaran PROFESOR EMERITUS di Majlis Konvokesyen ke-52, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 23 November 2024
23/10/2024
Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Dikurnia Gelaran Profesor Diraja
Sekembali Prof TS Syed Muhammad Naquib al-Attas (SMNA) dari luar negara setelah selesai pengajian PhDnya, beliau memberikan bimbingan intelektual kepada beberapa gerakan kebangkitan Islam di Malaysia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar2 Islam Malaysia (PKPIM) dan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI). SMNA turut menyumbang seni khatnya dalam merekayasa logo ABIM dan ASASI.
Antara tokoh terkenal yang telah menerima bimbingan SMNA ialah PMX sendiri, Prof Emeritus Dato' Dr Osman Bakar, Al-Marhum Dato' Dr Siddiq Fadhil, Al-Marhum Dato' Fuad Hassan, Dato' Dr Tengku Azman Sharifaddeen, Prof. Emeritus Dr Shaharir Muhamad Zain, Prof Dato' Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dan Prof Dato' Ir Dr Wan Ramli Wan Daud (tiada hubungan keluarga).
SMNA merupakan salah seorang tokoh yang sering dirujuk pendapatnya oleh ABIM dan pemikirannya mempengaruhi perjuangan ABIM sebagai sebuah gerakan intelektual Islam.
Keselarian pemikiran ini jelas melalui ucapan dan penulisan pemimpin-pemimpin ABIM seperti PMX (walaupun setelah beliau menyertai UMNO) dan Al-Marhum Dato' Dr Siddiq Fadhil.
Selain menekankan peranan Islam di Alam Melayu, ABIM memanfaatkan karya-karya SMNA seperti The Concept of Educational in Islam, A Framework for an Islamic Philosophy of Education dalam bidang pendidikan.
Gagasan PengIslaman atau Islamisasi ilmu oleh SNA yang didukung oleh ABIM dan ASASI diterjemah melalui penguasaan para intelek ABIM dan ASASI dengan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) pada 1983.
Ini diikuti p**a dengan penubuhan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) pada 1987 yang diterajui oleh SNA sendiri.
Seterusnya, gagasan PengIslaman/Islamisasi Ilmu ini dapat dilihat melalui usaha reformasi polisi Dasar Pendidikan Kebangsaan pada 1987 dibuat oleh para intelektual ABIM termasuk Prof Dato' Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam buku yang bertajuk Reformasi Pendidikan di Malaysia.
Hasil usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan penekanan terhadap pendidikan Agama dan Moral.
Pelaksanaan perancangan dalam menjayakan matlamat PengIslaman/Islamisasi Ilmu ini dinaungi oleh PMX, mantan Presiden ABIM, melalui jawatan yang dipegang olehnya dalam kerajaan setelah kemasukan beliau ke dalam UMNO pada 1982.
Sumber rujukan:
1. Aidil Farina Omar dan Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2020 Konteks Histiografi Syed Muhammad Naquib al-Attas. Jurnal Tuah 1:24-40
2. Badlihisham Mohd Nasir. 2015. ABIM dan PAS dalam Gerakan Dakwah Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
23/09/2024
Ucapan tahniah kepada Pengasas dan Mantan Presiden (1988-1994) Akademi Sains Islam Malaysia, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr Osman Bakar, FASc yang dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 23 September 2024 hingga 22 September 2026.
23/09/2024
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Profesor Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain, FASc, Mantan Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (1995-2003) di atas penerimaan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1446H/2024 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 12 Rabiulawal 1446H bersamaan 16 September 2024.
23/09/2024
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Dato' Ir. Dr. Wan Ramli bin Wan Daud, FASc, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia di atas penerimaan Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Tokoh Ar-Ridhuan) sempena Majlis Sambutan Kemuncak Maal Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1446H / 2024M pada 7 Julai 2024 di Hotel Casuarina @ Meru, Perak
23/03/2023
01/02/2023
SYARAHAN ASASI-PPFPM-PAKSI
JUDUL: Status Ilmu dalam Tamadun Melayu
PEMBENTANG: Prof Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain (Tokoh Pemikir dan Felo ASASI)
TARIKH: 11 Februari 2023
WAKTU: 10 Pagi
Syarahan akan dilakukan secara hibrid (bersemuka dan secara talian)
ALAMAT BERSEMUKA (PERLU DIHUBUNGI):
Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Dr. Alinor Ab. Kadir (016-6724825)
SECARA TALIAN (ZOOM):
https://bit.ly/statusilmu
Jumpa di sana!
28/12/2022
Ucapan Penuh YBhg Prof. Dato' Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
https://youtu.be/x93h1PrFu60
Ucapan Penuh Prof Emeritus Dr. Shaharir Mohd Zain
https://youtu.be/K63K5wa3SPU
Ucapan Penuh Ybhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud Ucapan Penuh Ybhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan DaudBersempena Majlis Ilmu PerdanaAnwar Ibrahim bersamaAhli Akademik & Warga Institusi Penagjian Tinggi2...
30/11/2022
Kenyataan Media ASASI sempena Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10
26/11/2022
Ucapan Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10
03/02/2020
Expand Bahasa Melayu vocab in science field as part of efforts to empower national language: UKM engineering lecturer SERDANG: The view of certain quarters who were unconvinced with Bahasa Melayu’s role as a medium language of knowledge as well as the science and technology was baseless.