Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM HSAAS was established to provide comprehensive medical care to the surrounding communities.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾31 Ogos bukan sekadar tarikh, tetapi simbol perjuangan, pengorbanan dan se...
30/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

31 Ogos bukan sekadar tarikh, tetapi simbol perjuangan, pengorbanan dan semangat seluruh rakyat dalam membina sebuah negara yang merdeka.

Marilah kita terus menghargai nikmat kemerdekaan, menyemai semangat cintakan tanah air serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera. ❤️💙💛

Ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM).

30/08/2026

Anda tanya: Doktor Pakar Jawab

29/08/2026

Dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan ikuti pelbagai aktiviti serta perkongsian menarik bersama HSAAS di MAHA 2026.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Laman Padi MAEPS, Serdang

Jom datang beramai-ramai! Jumpa anda di booth HSAAS! 🤩

28/08/2026

Decode Label Makanan: Bijak Sebelum Suap

🥗 HSAAS HEALTH TALK | DECODE LABEL MAKANAN📍 MAHA 2026, Laman Padi, MAEPS, SerdangBijak Sebelum Suap! 🔍🍽️Sempena MAHA 202...
28/08/2026

🥗 HSAAS HEALTH TALK | DECODE LABEL MAKANAN
📍 MAHA 2026, Laman Padi, MAEPS, Serdang

Bijak Sebelum Suap! 🔍🍽️

Sempena MAHA 2026, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) membawakan sesi HSAAS Health Talk dengan topik “Decode Label Makanan”.

Jom bersama Muhammad Nazirul Asri bin Badrul Hisham, Pegawai Dietetik, untuk mengetahui cara membaca dan memahami label makanan dengan lebih bijak agar setiap pilihan makanan yang dibuat dapat membantu menyokong pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

💚 Sihat Demi Keterjaminan Masa Depan

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG BILANGAN 2 TAHUN 2026Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mem...
28/08/2026

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG BILANGAN 2 TAHUN 2026

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap seperti berikut:

🔹 Kumpulan Pengurusan & Profesional
• Pegawai Perubatan UD10 (Urologi)
• Pegawai Pemulihan Perubatan U9 (Pertuturan)
• Pegawai Sains C9

🔹 Kumpulan Pelaksana
• Jururawat U5
• Penolong Pegawai Perubatan U5
• Pembantu Perawatan Kesihatan U1

📅 Tempoh Iklan: 28 Ogos 2026 hingga 10 September 2026

💻 Permohonan hendaklah dibuat melalui Sistem Permohonan Jawatan Secara Atas Talian (eJOBS) yang boleh dicapai melalui portal eJOBS UPM atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster.

📌 Calon dinasihatkan untuk meneliti syarat-syarat kelayakan dan maklumat permohonan sebelum mengemukakan permohonan.

📞 Sebarang pertanyaan:
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia
☎️ +603-9769 5683 / 5684 / 9097 / 9098
📧 [email protected]

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM.

Bengkel Terapi Pasangan Multigenerasi Bersepadu dengan Terapi SeksualSERDANG, 19 Ogos 2026 – Jabatan Psikiatri, Hospital...
27/08/2026

Bengkel Terapi Pasangan Multigenerasi Bersepadu dengan Terapi Seksual

SERDANG, 19 Ogos 2026 – Jabatan Psikiatri, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM telah berjaya menganjurkan “When Sexual Problems Are Systemic Problems: Integrating Multigenerational Couple Therapy and Sexual Therapy in Clinical Practice Workshop” pada 17 hingga 19 Ogos 2026 bertempat di Teater Mini, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM.

Bengkel ini merupakan siri keempat dalam penganjuran bengkel terapi pasangan oleh Jabatan Psikiatri UPM sejak tahun 2022, dengan fokus khusus kepada integrasi pendekatan terapi pasangan multigenerasi dan terapi seksual dalam amalan klinikal.

Program ini menekankan perspektif sistemik dalam memahami isu seksual dan hubungan pasangan, termasuk pengaruh corak keluarga, kepercayaan, pengalaman emosi, komunikasi serta dinamika hubungan terhadap fungsi dan kesejahteraan seksual pasangan.

Bengkel ini dikendalikan oleh Mr Darrel Devan Lourdes, pakar terapi keluarga dari Andolfi Family Therapy Centre, Kuala Lumpur, dan Profesor Madya Dr Dariusz Piotr Skowronski dari Temple University Japan Campus, yang merupakan ahli psikologi klinikal serta pakar dalam bidang seksologi.

Turut bertindak sebagai fasilitator ialah Profesor Madya Dr Ruziana Masiran, Dr Aliaa Juares Rizal dan Dr Nur Hafidah Ishak.

Program ini disertai oleh para profesional kesihatan mental daripada pelbagai institusi, termasuk doktor perubatan, pakar psikiatri, pegawai psikologi klinikal, pekerja sosial, kaunselor hubungan dan pakar terapi keluarga.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen HSAAS dan UPM dalam memperkukuh kompetensi profesional kesihatan mental melalui perkongsian ilmu serta pendekatan terapi yang komprehensif bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan kesejahteraan pesakit.

🍀KPT PRIHATIN MADANI🍀*Program Pemindahan Ilmu Komuniti Sihat*Jom Sertai Kami dalam Program Outreach - KPT Prihatin MADAN...
27/08/2026

🍀KPT PRIHATIN MADANI🍀
*Program Pemindahan Ilmu Komuniti Sihat*

Jom Sertai Kami dalam Program Outreach - KPT Prihatin MADANI!
Pelbagai Aktiviti menarik menanti anda sekeluarga 🙌🏻

📆 *Tarikh* : 11-13 September 2026 (Jumaat - Ahad)
⏰ *Masa* : 8.30pagi - 5.00petang
📍*Tempat* : Kampung Bukit Payung Orang Asli, Alor Gajah Melaka.

*Pengisian Program*:
🩺 Pemeriksaan Kesihatan
❤️ Basic Life Support (BLS)
🧠 Pemeriksaan Kesihatan Mental
🧼 Penjagaan Diri (Personal Hygiene)

*Antara Aktiviti Menarik*:
🏆Sukaneka
🎁Cabutan Bertuah
🧩Pertandingan Interaktif
🪴Demonstrasi Kelestarian Alam
🦾Kenali TVET
💪🏻 Permainan Badang Sasa (Manual Handling)
💃🏻 Fisioterapi (Mr Gravity)
⛱️FREE MARKET 👚👕👠👜

Datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan serta mengeratkan hubungan Komuniti dalam suasa yang penuh ceria.

🌾✨ TINGGAL 1 HARI LAGI! ✨🌾Kemeriahan MAHA 2026 bakal bermula tidak lama lagi! 🎉Malaysia Agriculture, Horticulture & Agro...
27/08/2026

🌾✨ TINGGAL 1 HARI LAGI! ✨🌾

Kemeriahan MAHA 2026 bakal bermula tidak lama lagi! 🎉

Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA 2026) kembali dengan pelbagai pengisian menarik yang mengetengahkan bidang pertanian, inovasi, kesihatan, teknologi, agro makanan dan kehidupan.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Laman Padi MAEPS, Serdang

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan merasai sendiri pengalaman menarik di MAHA 2026. Pelbagai pameran, aktiviti, inovasi serta informasi berkaitan sektor pertanian dan agro akan menanti para pengunjung. 🌱🚜🐄

HSAAS UPM turut sama memeriahkan MAHA 2026 dalam menyokong usaha memperkasa ilmu, inovasi dan kesedaran berkaitan kesihatan serta kesejahteraan masyarakat.

📢 Ayuh, kita meriahkan MAHA 2026!
Jumpa anda di Laman Padi MAEPS, Serdang! 🌾💚

26/08/2026

IKLAN PEROLEHAN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJILARI DAN MENTAULIAH MESIN HEMODIALISIS KE JABATAN PERUBATAN, HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR.

Tarikh Buka : 21 Ogos 2026
Tarikh Tutup : 1 September 2026

Pentadbir Kontrak : Pn. Yasotha a/p Sugumaran
No. Telefon : 018-302 5946

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan dokumen perolehan, sila hubungi:
Emel : [email protected]

Sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal, sila hubungi:
No. Telefon : 03-7962 7947 / 7870 / 7957 / 7819
Emel : [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang TenderWizard UPM.

Address

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Persiaran Mardi/UPM Serdang
Petaling Jaya
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM:

Shortcuts

Share