27/04/2026
Habib Adrian (11 tahun) dan Raden Zharif (10 tahun) terus mencuri tumpuan apabila mewarnai tiga daripada lapan pentas final dalam kategori BU10, BU12 dan BU14.
Pencapaian membanggakan:
BU10 🥇
BU12 🥈
BU14 🥈
Usia muda bukan penghalang untuk bersaing dan menyerlah di pentas lebih tinggi. Syabas! 🏓🔥
19/04/2026
MSA GEWO JUNIOR 🏓🔥
Kejohanan Pingpong Berpasukan
Negeri Sembilan 2026
18 April 2026
Naib Johan (Plate) 💪
Tahniah semua! 🏆
Gandingan asal MSA SPORT:
Coach Afiq
Rayyan • Uthman • Habib • Raden
11/02/2026
Tahniah…!!!
𝐁𝐀𝐊𝐄𝐑'𝐒 𝐂𝐎𝐓𝐓𝐀𝐆𝐄 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐓𝐄𝐍𝐍𝐈𝐒 𝐓𝐎𝐔𝐑 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔
Category:
𝐁𝐎𝐘𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 13 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐋𝐄𝐒
𝐁𝐎𝐘𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 15 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐋𝐄𝐒
Uthman Afham : Quarterfinal
(MSA Sport)
11/02/2026
Tahniah…tahniah…tahniah…!!!
𝐁𝐀𝐊𝐄𝐑'𝐒 𝐂𝐎𝐓𝐓𝐀𝐆𝐄 𝐓𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐓𝐄𝐍𝐍𝐈𝐒 𝐓𝐎𝐔𝐑 𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟔
Category: 𝐁𝐎𝐘𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 𝟏𝟗 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐋𝐄𝐒
🥉 Muhammad Danish Rayyan Bin Razak
(MSA Sport)
🥉 Brenden Yeo Yan Ze
📸 Baker Cottage | Table Tennis
04/02/2026
Anak Malaysia, Azhar Habib Kini No. 2 Dunia ITTF Bawah 11 Tahun 🇲🇾🏓
Februari 2026 mencatat satu pencapaian membanggakan apabila Azhar Habib berjaya menempatkan diri antara dua pemain terbaik dunia kategori Bawah 11 Tahun, berdasarkan ranking rasmi ITTF Minggu ke-6, 2026.
Prestasi cemerlang kebelakangan ini membuktikan kematangan permainan dan hasil latihan berterusan. Sejak menyertai siri kejohanan WTT Youth pada Februari 2024, setiap latihan dan pengorbanan yang dilalui akhirnya membuahkan kejayaan yang amat membanggakan.
Didoakan agar pihak KBS atau sektor korporat tampil membantu meneruskan perjuangan anak Malaysia ini, demi membuka lebih banyak peluang kejayaan di peringkat antarabangsa.
Tahniah Habib! Teruskan usaha dan semangat juang untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia 🏓🇲🇾
📸 World Table Tennis
Sumber: ITTF Ranking, Minggu ke-6, 2026
🔗 Ranking ITTF
https://www.ittf.com/wp-content/uploads/2026/02/2026_6_YOU_MS.html
02/02/2026
🌟🏓 AZHAR HABIB GEMPARKAN CAPPADOCIA! JUARA BU11 WTT YOUTH CONTENDER 2026! 🏆🇹🇷
Cappadocia – Azhar Habib, bintang muda Malaysia, mencipta kejayaan luar biasa apabila muncul juara kategori Bawah 11 Tahun (BU11) di WTT Youth Contender Cappadocia 2026!
Dalam perlawanan akhir, Azhar Habib menewaskan wakil Turki 🇹🇷, Ege Bolat, 3–0 (11–7, 11–9, 11–9), manakala di peringkat separuh akhir, beliau menundukkan pemain Iraq 🇮🇶, Younus Ahmed, dengan keputusan tipis 3–2 dalam perlawanan yang penuh debaran.
Kemenangan ini membuktikan kemampuan Azhar Habib di peringkat antarabangsa dan menunjukkan beliau sedang berada di landasan yang tepat untuk masa depan pingpong Malaysia. 🇲🇾✨
👏 Tahniah Azhar Habib! Teruskan melakar sejarah! 🇲🇾
27/01/2026
WTT Youth Contender Cappadocia 2026
🇹🇷 28 Jan - 31 Jan 2026
Nevşehir Hacı Bektaş Veli University Sport Center
Cappadocia - Nevsehir, Türkiye
Doakan Habib & Raden 🤲🏓
amin3
31/12/2025
World No. 4
Azhar Habib tembus kelompok 4 pemain terbaik dunia
Azhar Habib menutup tirai 2025 dengan kejayaan membanggakan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 pemain terbaik dunia kategori Bawah 11 Tahun, berdasarkan ranking rasmi ITTF bagi minggu pertama 2026 (29 Disember 2025).
Ini merupakan permulaan yang sangat positif bagi tahun 2026. Sejak Februari 2024, Habib mula menyertai siri kejohanan WTT Youth dan sejak itu, setiap titik peluh, latihan tanpa henti serta pengorbanan yang dilalui akhirnya membuahkan hasil.
Tahniah Habib! Teruskan usaha dan semangat juang demi melakar lebih banyak kejayaan serta mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
📸 World Table Tennis
Sumber: ITTF Ranking
2026 Week #1 – 29 Disember 2025
31/12/2025
AZHAR Raden mulakan langkah cemerlang di usia 9 tahun – ranking ke-36 dunia kategori Bawah 11 Tahun
Azhar Raden memulakan tahun 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya tersenarai di kedudukan ke-36 dunia dalam kategori Bawah 11 Tahun, menurut ranking rasmi ITTF minggu pertama 2026 (29 Disember 2025).
Satu permulaan yang sangat positif bagi pemain muda berusia 9 tahun, yang kini semakin menunjukkan potensi besar di pentas antarabangsa.
Tahniah Raden! Teruskan usaha dan semangat juang demi kejayaan yang lebih gemilang.
📸 World Table Tennis
Sumber: ITTF Ranking
2026 Week #1 – 29 Disember 2025