Epul Roseman

Epul Roseman

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Epul Roseman, Education, Petaling Jaya.

Photos from Epul Roseman's post 21/12/2025

Terima pesanan whatsapp ringkas jemputan ke aktiviti friendly match antara dengan pelajar IISSA Secondary. Terubat kerinduan selaku mantan Pengetua, saling bertanya khabar dengan bekas pelajar. Semoga ukhwah terus berkekalan. Dapatlah juga update perkembangan terkini mereka dan IISSA Secondary yang kali terakhir saya berkhidmat sehingga April 2024.

Photos from Epul Roseman's post 25/07/2025

Dallaz Kids FC Tiba di Langkawi untuk Langkawi Cup 2025

Pasukan Dallaz Kids FC (DKFC) U10 dan U12 telah tiba di Pulau Langkawi bagi menyertai kejohanan Langkawi Cup 2025. Persiapan rapi telah dilakukan oleh pasukan ini sejak awal tahun lagi, dengan pelbagai latihan intensif, perlawanan dan strategi yang dirancang untuk memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran dalam kejohanan ini.

Jurulatih pasukan telah memastikan setiap pemain memahami peranan mereka di atas padang. Ini adalah langkah penting bagi memastikan mereka dapat beraksi dengan baik dalam format 7-a-side yang akan mereka hadapi.

Menariknya, sepanjang persiapan mereka, pasukan DKFC telah menerima sokongan moral yang luar biasa daripada beberapa artis dan pemain bola sepak terkenal tanah air. Antara yang memberikan ucapan semangat adalah penyanyi terkenal Liza Hanim, dimana anak penyanyi ini juga merupakan salah seorang pemain DKFC iaitu Faheem. Tomok dan Naqiu juga tidak ketinggalan, dengan pesanan untuk terus berjuang dan tidak mudah berputus asa.

Selain itu, Elly Mazlien, Lan Solo dan Nadhir Nasar turut memberikan kata-kata motivasi, menekankan pentingnya semangat berpasukan dan persahabatan dalam sukan. Pemain bola sepak profesional seperti Razman Roslan dan Zhafri Yahya juga menyampaikan sokongan mereka, mengingatkan pemain-pemain muda bahawa kejohanan ini adalah platform untuk menunjukkan bakat dan potensi mereka.

Kedua-dua pasukan U10 dan U12 DKFC kini bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama mereka di Langkawi Sports Complex. Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan padu daripada peminat, pasukan ini berharap untuk meraih kejayaan dan mengukir nama di pentas kejohanan ini.

Kejohanan Langkawi Cup 2025 dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 Julai, dengan pelbagai pasukan dari seluruh Malaysia dan Asia Tenggara mengambil bahagian.

23/11/2024

Beraksi sambil mempromosi kesedaran tentang kesihatan mental dalam International Stigma Conference 2024 , ditemani dan selaku emcee bersama. Jom kita hentikan labelling, berikan sokongan kepada pejuang² kesihatan mental terutama .malaysia

01/10/2024

Berkongsi hal-hal yang kita semua alami - pembaziran masa. Dalam surah Al-Asr, Allah memang nyatakan yang secara hakikinya kita memang sentiasa dalam keadaan rugi.
Kita muhasabah sejenak dari sudut yang istimewa, iaitu melalui kefahaman dari al-Quran. Jom kita selami 12 pembazir masa yang sering menjadi musuh dalam selimut kita:
1. Kekurangan Keutamaan
Kadang-kadang kita sibuk dengan perkara yang tak penting, kan?
Peringatan dari ayat 3 surah Al-Mu'minun, :

"Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna." lalu "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman" dari ayat 1 surah yang sama.

Jadi, kita fokus pada yang penting-penting je!

2. Menunggu Inspirasi
Jangan tunggu ilham datang bergolek. Allah peringatkan dalam ayat 11 surah Ar-Ra'd, :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Maknanya, kita kena usaha dulu, baru la inspirasi tu datang.

3. Buat kerja sorang-sorang
Penat nak buat semua sendiri? Allah beri nasihat dalam ayat 2 surah Al-Maidah, :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa."

Tak salah minta tolong, malah dapat pahala lagi tu!

4. Risau Kata Orang
Risau sangat apa orang nak cakap? Al-Quran pesan dalam surah Al-Ahzab, ayat 39:

"Dan cukuplah Allah sebagai Pelindung."

Ingat, redha Allah yang paling penting! bukan redha manusia.

5. Tak Hidup Ikut Hati
Dok risau apa orang lain fikir, akhirnya hidup sendiri tak bahagia? ingat ayat best ni dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28:

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."

Jadi, ikut la hati yang dekat dengan Allah, insya-Allah tenteram. Move on!

6. Takut Gagal
Takut nak cuba sebab takut gagal? Jangan risau, ada di sebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Allah tahu had kita, jadi yakin je dengan diri sendiri!

7. Menangguh-nangguh kerja
Banyak kerja tertangguh? Al-Quran ajar tip ni dalam surah Al-Insyirah, ayat 7:

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain."

Habiskan satu-satu, nanti lega! Do it, or leave it.

8. Cuba Menyenangkan Semua
Nak puaskan hati semua orang? Susah beb! Allah ingatkan kita dalam surah Al-An'am, ayat 162:

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."

Yang penting, kita jaga hablum minallah, insyaallah Allah bantu hamblum minan nas kita.

9. S**a Nak Bandingkan Diri
Jangan la asyik nak bandingkan diri dengan orang lain. Allah nyatakan dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa."

Jadi, fokus je pada jadi versi terbaik diri sendiri!

10. Merungut
Selalu merungut tak ke mana pun. Dalam surah Ibrahim, ayat 7:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."

Tukar rungutan kepada sentiasa bersyukur, insya-Allah rezeki bertambah!

11. Mengulangi Kesilapan
Buat silap sekali tu okay la, tapi kalau dah berkali-kali? Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 269:

"Allah menganugerahkan al-hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang dianugerahi al-hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran."

Ayat ini mengingatkan kita untuk sentiasa belajar dari kesilapan dan mengambil hikmah dari setiap pengalaman. Jangan ulangi kesilapan yang sama, tapi jadikan ia sebagai pelajaran untuk masa depan.

12. Perfeksionisme
Nak sempurna sangat sampai tak buat apa-apa? Chill dan ingat firman Allah dalam surah At-Taghabun, ayat 16:

"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu."

Allah faham kita tak sempurna, yang penting kita cuba sebaik mungkin!

Itulah 12 sifat pembazir masa yang sering kita semua lalui. Dengan panduan dari Al-Quran, kita boleh atasi semua ni, insya-Allah. Kita sama-sama jaga masa kita, kerana ia anugerah Allah yang tak ternilai.

Ingat pesan Rasulullah SAW:
"Tidak bergerak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, untuk apa dia habiskan? Tentang masa mudanya, bagaimana dia gunakan? Tentang hartanya, dari mana dia peroleh dan untuk apa dia belanjakan? Dan tentang ilmunya, sejauh mana dia amalkan?" (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

MANFAATKAN masa kita sebaik mungkin. Semoga Allah berkati masa kita semua. Amin!

25/04/2024

At another higher education institution - MSU Shah Alam for H.E.A.R.T project officiating ceremony.

16/10/2023

Empower others to lead

"Fungsi kepimpinan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin, bukan lebih ramai pengikut."
Ralph Nader, The Seventeen Solutions. Empower others to lead.

Photos from Epul Roseman's post 26/08/2023

Setiap tahun, perasaan bercampur baur di Majlis Graduation Day sudah menjadi lumrah. Terpaksa berpisah dengan anak2 pelajar yang telah menamatkan pengajian.

Majlis yang diadakan dengan segala kemeriahan, diatur dan dirancang dengan teliti oleh para guru, agar ianya menjadi kenangan terindah yang terakhir sebelum anak2 ini melambai mengucapkan selamat jalan kepada kami.

04/07/2023

Untuk remaja dan belia yang pertama kali mengundi. Betul ke undi 18 ni undi tak matang? Jom bincang sama2

Photos from Epul Roseman's post 04/07/2022

Trio emcee with and dalam Majlis Makan Malam Amal anjuran Biro Ekonomi Parti Amanah Negeri Selangor malam semalam.

02/07/2022

Naik basikal, basikal pancit
Bila lari, sendiri pancit

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Petaling Jaya