08/08/2026
๐ฟ Alhamdulillah, A Cup of Al-Fatihah ๐ฟ
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, program A Cup of Al-Fatihah pada hari ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh makna.. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Syed Muhammad Zubair ๐ค
Lebih istimewa, program ini turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa yang meluangkan masa untuk bersama-sama dalam sesi tadabbur, refleksi dan pengisian rohani. Kehadiran serta sokongan daripada para ibu bapa amat kami hargai. ๐ฟ
Semoga setiap ayat yang dibaca, setiap makna yang ditadabburi dan setiap perkongsian yang disampaikan menjadi bekalan untuk kita membawa Al-Fatihah bukan sekadar di bibir, tetapi hidup di dalam hati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian. ๐คฒ๐ป
โจ Insya-Allah, IQELC akan terus menganjurkan lebih banyak program yang membawa manfaat, menyuburkan jiwa, memperkukuhkan hubungan kekeluargaan serta membina komuniti yang lebih positif dan berilmu.
Semoga pertemuan hari ini menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan yang akan datang. ๐ค
Al-Fatihah โ bukan sekadar bacaan, tetapi panduan untuk menjalani kehidupan. ๐ฟ