SK Tropicana

SK Tropicana Sekolah Kebangsaan Tropicana, Jalan Tropicana Selatan, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Page SK TROPICANA ini dikelolakan oleh guru-guru SK TROPICANA.Tuliskan Keceriaan, bukan cercaan Berikan Impian, bukan kesedihan Doakan kebaikan untuk anak didik, guru-guru serta ibu bapa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua πŸ˜ŠπŸ’– β€œJadilah sebab seseorang tersenyum, bukan sebab seseorang menangis.”Ayuh ki...
19/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊

πŸ’– β€œJadilah sebab seseorang tersenyum, bukan sebab seseorang menangis.”

Ayuh kita sama-sama amalkan sikap baik, prihatin dan saling menghormati. Kata-kata yang baik, senyuman kecil dan sedikit perhatian daripada kita mungkin mampu menceriakan hari seseorang. 🌈✨

🀝 Jangan mengejek.
😊 Sebarkan senyuman.
πŸ’— Bantu dan sokong rakan.
🌟 Jadilah insan yang membawa kebaikan kepada orang lain.

Ingat ya anak-anak, jadilah sebab seseorang tersenyum hari ini πŸ₯°

.A.F.E
-UnitBimbingandanKaunseling

JOM KENALI JENIS-JENIS BULI 🚫Tahukah anda? Buli bukan sahaja melibatkan perbuatan memukul. Buli boleh berlaku dalam pelb...
05/08/2026

JOM KENALI JENIS-JENIS BULI 🚫

Tahukah anda?

Buli bukan sahaja melibatkan perbuatan memukul.
Buli boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antaranya:

πŸŸ₯ Buli Fizikal – memukul, menendang, menolak atau mencederakan orang lain.

🟧 Buli Lisan – mengejek, menghina, memanggil dengan gelaran yang menyakitkan hati atau mengugut.

🟨 Buli Emosi – memulau, menyisihkan atau sengaja menjauhkan seseorang daripada kumpulan.

🟦 Buli Siber – menyebarkan komen, gambar atau mesej yang menyakitkan hati melalui media sosial dan aplikasi komunikasi.

🚫 Katakan TIDAK kepada buli ! ❌

βœ… Jadilah rakan yang menghormati, membantu dan melindungi.

β€œBuli Bukan Gurauan, Buli Adalah Kesalahan.”



Bersempena pelaksanaan Program Kerangka Antibuli Untuk Pemerkasaan @ School Anti-Bullying Framework For Empowerment (S.A...
05/08/2026

Bersempena pelaksanaan Program Kerangka Antibuli Untuk Pemerkasaan @ School Anti-Bullying Framework For Empowerment (S.A.F.E.), pihak sekolah telah menyambut baik saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan program ini demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

Sehubungan itu, berikut dikongsikan sedikit info berkaitan buli.

🚫 KATAKAN TIDAK KEPADA BULI ❌

"Buli Bukan Gurauan, Buli Adalah Kesalahan."

βœ” Hormati rakan.
βœ” Bertutur dengan sopan.
βœ” Berani berkata TIDAK kepada buli.
βœ” Laporkan kepada guru atau ibu bapa jika anda melihat atau mengalami kejadian buli.

❀️ Jadilah sahabat yang prihatin, bukan pembuli ❀️

πŸ“Œ Bersama-sama kita membina budaya saling menghormati demi mewujudkan sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.

πŸ“Œ Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran semua warga sekolah untuk bersama-sama mencegah buli dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.



MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI AKADEMIK 2027Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Untuk makluman semua pihak, keputus...
02/08/2026

MAKLUMAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI AKADEMIK 2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua pihak, keputusan penempatan ke Tahun Satu bagi Sesi Kalendar Akademik 2027 boleh disemak mulai *1 Ogos 2026.*

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa bagi permohonan yang *BERJAYA*, ibu bapa/penjaga *TIDAK PERLU* membuat sebarang *PENGESAHAN* sama ada melalui sistem idMe atau hadir ke sekolah.

Nama murid yang diluluskan akan *ditarik masuk secara automatik* ke sekolah yang telah diluluskan.

Bagi permohonan *RAYUAN*, ianya hanya boleh dibuat melalui *sistem idMe sahaja*.

Namun begitu, ibu bapa/penjaga adalah *PERLU* mencetak dan menyimpan surat kelulusan tersebut sebagai rujukan dan simpanan sendiri untuk kegunaan pada masa akan datang. Ini kerana *sistem idMe tidak lagi menyimpan surat tawaran penempatan setelah sistem ditutup*. Oleh itu, ibu bapa/penjaga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan tersebut.

Sehubungan itu, mohon pihak sekolah memaklumkan perkara ini kepada semua ibu bapa/penjaga agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

πŸ“’ HEBAHAN RASMI: INFOGRAFIK MADANIUsaha menyebarkan maklumat yang telus, tepat dan cepat diteruskan menerusi Infografik ...
31/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI: INFOGRAFIK MADANI
Usaha menyebarkan maklumat yang telus, tepat dan cepat diteruskan menerusi Infografik MADANI.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan dasar, perkhidmatan, serta inisiatif Kerajaan MADANI dalam bentuk visual infografik yang interaktif dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Antara fokus utama kempen ini:
πŸ“Œ Penyampaian maklumat keutamaan rakyat.
πŸ“Œ Inisiatif bantuan dan insentif terkini.
πŸ“Œ Panduan perkhidmatan awam yang mesra pengguna.
Sama-sama kita membina masyarakat yang berpengetahuan dan celik maklumat demi kesejahteraan negara.

Antara koleksi gambar sepanjang berlangsungnya Hari Bicara Akademik tadi.Terima kasih buat semua ibu bapa atas kesudian ...
31/07/2026

Antara koleksi gambar sepanjang berlangsungnya Hari Bicara Akademik tadi.

Terima kasih buat semua ibu bapa atas kesudian menghadirkan diri ke sekolah bagi mendapatkan perkembangan prestasi akademik dan sahsiah anak-anak.

"Kerjasama ibu bapa dan guru hari ini adalah asas kejayaan anak di masa hadapan".

πŸ–Œ JEMPUTAN KE HARI BICARA AKADEMIK SESI 2026 πŸ–ŒAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Hari Bicara Akademi...
25/07/2026

πŸ–Œ JEMPUTAN KE HARI BICARA AKADEMIK SESI 2026 πŸ–Œ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Hari Bicara Akademik Sesi 2026 akan diadakan seperti maklumat pada poster.

πŸ“ Keperluan murid: Buku nota, alat tulis dan pensel warna.
πŸ“ Pakaian murid: Uniform sekolah atau baju sukan sekolah.
πŸ“ Ruang menunggu (sebelum 8.15 pagi): Kantin Sekolah.
πŸ“ Parkir ibu bapa/penjaga: Sekitar Pagar C.
πŸ“ Bayaran Sumbangan PIBG: Dewan Terbuka.

πŸ”– Murid boleh dibawa pulang setelah selesai sesi.

πŸ“Ž Sekiranya diwakilkan, wakil hendaklah berumur 18 tahun ke atas, membawa Surat Akuan Wakil yang telah dicetak dan diisi lengkap serta kad pengenalan untuk pengesahan.

Lampiran Surat Makluman dan Surat Akuan Wakil boleh diperoleh dalam whatsapp Info Rasmi@SeKaTa.

Terima kasih atas kerjasama tuan/puan. 🌷

KEPUTUSAN KEDUDUKAN RUMAH SUKAN BAGI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-24 SK TROPICANA πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰πŸ…Tahniah dan syabas diucapkan ke...
14/07/2026

KEPUTUSAN KEDUDUKAN RUMAH SUKAN BAGI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-24 SK TROPICANA πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰πŸ…

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua rumah sukan Amber πŸ”΄, Aero πŸ”΅, Nova 🟑 dan Titan 🟒 atas kejayaan serta semangat kesukanan yang telah ditunjukkan sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan kali ini. πŸ’ͺπŸ»πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua murid, guru, ibu bapa serta warga sekolah yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang hebat bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini. πŸ‘πŸ»βœ¨

Tahniah diucapkan kepada rumah sukan Amber πŸ”΄ selaku Juara Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-24 SK Tropicana πŸ†πŸ₯³

Kepada semua rumah sukan, teruskan semangat, usaha dan kesungguhan. Menang atau kalah, semangat kesukanan dan kerjasama yang ditunjukkan adalah kemenangan yang sebenar. 🌟

Syabas warga SK Tropicana! Teruskan kecemerlangan! πŸ’ͺ🏻❀️

Olahragawan dan Olahragawati Sukan Tahunan SKT Kali ke-24. Tahniah diucapkan kepada semua atlet SK Tropicana πŸ‘πŸ»πŸ˜‡
14/07/2026

Olahragawan dan Olahragawati Sukan Tahunan SKT Kali ke-24. Tahniah diucapkan kepada semua atlet SK Tropicana πŸ‘πŸ»πŸ˜‡


12/07/2026

Perbarisan Rumah Sukan Tema β€˜Under The Sea’ 🦞πŸͺΌπŸ™πŸ’


Address

Jalan Tropicana Selatan
Petaling Jaya
47410

Telephone

+60378036421

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tropicana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share