13/03/2026
๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ต ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐ป๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ต ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต/๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต?
Jika diamati sebanyak 90 bilion nama si mati masih lagi tidak bertukar nama kepada waris hidup menyebabkan harta yang ditinggalkan arwah bakal menjadi perbalahan.
Waris-waris mungkin menyangka bahawa penukaran nama amatlah sukar sedangkan proses tukar nama ini amatlah mudah.
๐๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐บ๐๐ฑ๐ฎ๐ต :
๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐: Dapatkan maklumat harta yang ditinggalkan arwah serta liabiliti, kumpul bilangan waris yang layak mendapat pusaka tersebut dan maklumkan jika ada perkara tambahan seperti arwah ada membuat wakaf/ hibah/ amanah
๐๐๐๐จ๐ : Buat fail PDF kad pengenalan waris, sijil mati, sijil nikah, geran, cukai tanah, dan penyata kwsp/ Tabung Haji/ Takaful dan โuploadโ dalam sistem Myland (.) gov (.) my. Tunggu sehingga permohonan diterima dan dipanggil tarikh bicara.
๐๐๐ง๐๐๐ : Kumpul maklumat waris yang hadir dan tidak hadir semasa bicara nanti beserta membawa keputusan agihan harta. Sekurang-kurangnya dua waris yang hadir nanti manakala waris yang tidak hadir perlu mengisi borang DDA/DDC. Perintah akan dikeluarkan selepas bicara.
๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง : Perintah dari JKPTG boleh dibawa ke Pejabat Tanah dan waris-waris akan mendapat geran baharu. Untuk perintah harta alih, boleh dibawa ke institusi harta tersebut seperti kwsp, Tabung Haji, takaful.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ:
Apakah harta pusaka perlu diagihkan secara faraid?
Jawapan :
Ya, wajib faraid ke atas harta pusaka. Harta yang telah dijual, dihibah, diwakaf tidak p**a menjadi harta yang difaraidkan.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฎ :
Adakah waris boleh melepaskan bahagian faraidnya atau diagih secara sama-rata?
Jawapan :
Boleh dengan syarat waris-waris lain maklum tentang bahagian faraid mereka terlebih dahulu barulah dilepaskan bahagian.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฏ :
Apakah penama di KWSP merupakan pemilik harta?
Jawapan :
Tidak. Penama adalah pemegang amanah untuk mengagihkan kepada waris faraid setelah ditolak hutang-piutang arwah. Penamaan dibuat untuk memudahkan proses pengeluaran di kaunter KWSP tanpa melalui Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฐ :
Adakah waris yang sudah meninggal layak mendapat harta pusaka?
Jawapan :
Tidak layak. Hanya waris yang hidup sahaja layak mendapat harta pusaka. Waris layak bermaksud waris yang hidup selepas kematian arwah. Cth arwah meninggal pada tahun 2020 maka waris dikira pada tahun 2020 bukan dikira tahun 2026
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฑ :
Arwah ayah meninggal tahun 2020, ada seorang anak arwah meninggal tahun 2024, adakah anak yang sudah meninggal ini layak mendapat harta pusaka?
Jawapan :
Layak dapat kerana dia masih hidup pada tahun 2020 iaitu tahun kematian ayah.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฒ :
Bolehkah kereta pusaka dikongsi nama beramai-ramai di dalam geran?
Jawapan :
Tidak boleh. Hanya seorang sahaja waris yang boleh mengambil alih geran kereta tersebut.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ณ :
Adakah gelang emas yang ditinggalkan arwah perlu dijual?
Jawapan :
Terp**ang perbincangan daripada para waris. Jika tiada persepakatan mengekalkan bentuk emas tersebut barulah dijual. Asas kepada pembahagian harta pusaka adalah faraid tetapi jika waris-waris lain boleh melepaskan bahagiannya kepada waris lain tiada masalah. Contoh anak lelaki melepaskan bahagian kepada anak perempuan.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ด :
Arwah ada niat hendak menghibahkan sebuah rumah kepada anak-anaknya, apakah status rumah tersebut?
Jawapan :
Hibah tidak berlaku hanya dengan niat.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ต :
Arwah tukar nama tanah 1 ekar kepada seorang anak, Abu untuk tujuan diberikan semula kepada anak-anak yang lain. Anak ini belum sempat memberikan kepada adik-beradiknya yang lain dia telah meninggal, apa yang berlaku?
Jawapan :
Tanah telah menjadi harta pusaka Abu seorang dan memerlukan waris-waris Abu mengambil peranan.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฌ :
Waris tidak mahu bekerjasama untuk membuat proses pentadbiran pusaka, apakah perlu dibuat?
Jawapan :
Perlu didetailkan apakah bentuk situasi tidak mahu bekerjasama tersebut seperti tidak mahu hadir semasa tarikh bicara atau menyembunyikan diri atau tiba-tiba menjadi gila atau tidak mahu berikan geran asli.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ญ :
Adakah sijil nikah arwah penting?
Soalan :
Ya penting untuk membuktikan arwah sudah berkahwin dan hasil anak tersebut adalah anak kandung. Jika perkahwinan di luar negara, perlu mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฎ :
Siapakah yang layak menguruskan harta pusaka arwah?
Jawapan :
Semua waris cukup umur layak menguruskan pusaka arwah. Seorang waris perlu dilantik untuk mewakili semua waris membuat permohonan di Myland (dot) gov (dot) my.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฏ :
Jika di dalam perjanjian jual beli ada nama suami isteri, bagaimana urusan pusaka?
Jawapan :
Pemilikan harta 50-50 di antara suami dan isteri. Jika suami meninggal, yang akan menjadi harta pusaka suami adalah bahagian 50% tanpa mengira siapa yang membayar ansuran tersebut.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฐ :
Arwah ayah berkahwin semula selepas isteri pertama meninggal dunia. Arwah ayah hanya ada anak dari isteri pertama. Berapakah bahagian isteri kedua ayah dalam faraid?
Jawapan :
1/8 (12.5%) kerana arwah ayah ada anak kandung.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฑ :
Adakah wasiat atau hibah secara lafaz mulut terpakai?
Jawapan :
Ya terpakai dan seeloknya ditulis dalam kertas bagi memudahkan proses bacaan semula selepas kematian.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ฒ :
Adakah wasiat berbeza dengan hibah?
Jawapan :
Ya berbeza. 3 perkara besar perbezaan wasiat dan hibah
1. Hibah terlaksana semasa hidup dan wasiat selepas kematian
2. Penerima hibah kepada sesiapa sahaja tetapi wasiat selain waris faraid
3. Pemberian hibah boleh dibuat 100% manakalah wasiat hanya 1/3 shj.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ณ :
Mengapakah harta pusaka suami tidak diberikan 100% kepada isteri?
Jawapan :
Pusaka suami perlu melalui proses keutamaan perkara wajib dan seterusnya perkara sunat/harus. Perkara wajib adalah digunakan untuk urusan jenazahnya, kemudian hutang piutangnya, kemudian agihan kepada ibu bapa yang lahirkannya beserta isteri dan anak-anak kandungnya.
Namun sekiranya pemberi hutang memaafkan hutang yang diberikan kepada arwah beserta waris-waris lain tidak mahu bahagian mereka maka isteri boleh mendapat 100%.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ด :
Bagaimana suami ingin berikan rumah kepada isteri?
Jawapan :
Melalui pemberian secara hibah sama ada hibah mutlak atau hibah bersyarat dengan kaedah meletakan nama dalam geran selepas kematian suami atau semasa hidup suami. Kos membuat dokumen hibah untuk 3 rumah adalah sebanyak RM2100
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ญ๐ต :
Berapa lama proses untuk tukar nama pusaka arwah kepada nama waris-waris?.
Jawapan :
Ada beberapa proses perlu dibuat
1. Pengump**an dokumen โ 1 bulan
2. Pendaftaran Myland dan penerimaan โ 1 bulan
3. Panggilan bicara โ 5 ke 6 bulan
4. Perintah keluar โ 1 bulan
5. Pendaftaran ke Pejabat Tanag โ 1 bulan
Lebih kurang setahun namun jika waris lebih bersedia, proses boleh dipercepatkan.
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ :
Berapa kos yang perlu dikeluarkan?
Jawapan 20:
Ada beberapa kos yang perlu dikeluarkan oleh waris
1. Pesuruhjaya sumpah โ 10 ke 12
2. Carian rasmi โ 50 ke 120
3. Kos tol minyak upah waris yang uruskan
4. Cukai dari pejabat pusaka โ 0.2%
5. Kos pihak ketiga jika waris perlukan
๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ญ :
ASB boleh dikeluarkan melalui sijil faraid?
Jawapan :
Ya boleh sekiranya nilai pelaburan tidak melebihi 10k. Jika melebihi 10k, keperluan perintah dari Pejabat Pusaka (JKPTG)