SK Damansara Damai 2 (SKDD2)

SK Damansara Damai 2 (SKDD2) Page Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 ini dibawah kelolaan pihak sekolah bersama PIBG: Tuliskan

🌙✨ IFTHOR JAMAIE SKDD2 2026 ✨🌙Assalamualaikum & salam Ramadan 🌙Sukacitanya dijemput semua ibu bapa dan warga SKDD2 untuk...
04/03/2026

🌙✨ IFTHOR JAMAIE SKDD2 2026 ✨🌙

Assalamualaikum & salam Ramadan 🌙

Sukacitanya dijemput semua ibu bapa dan warga SKDD2 untuk bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 10 Mac 2026
🗓 Hari : Selasa
⏰ Masa : Bermula 6.30 Petang

Sila rujuk guru kelas masing-masing untuk maklumat dan urusan pendaftaran.

Marilah kita eratkan ukhuwah dan mengimarahkan Ramadan dalam suasana penuh keberkatan bersama keluarga tercinta 🤲✨

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak.Barisan Penta...
18/02/2026

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Barisan Pentadbir SK Damansara Damai (2) ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga sekolah, para guru, murid-murid serta ibu bapa yang dihormati.

Semoga Ramadhan kali ini memberi ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperbaiki diri, memperkukuhkan ukhuwah serta mendidik hati menjadi lebih sabar dan bersyukur.

Marilah kita manfaatkan setiap detik di bulan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Semoga segala amal ibadah kita diterima dan dikurniakan keberkatan.

✨ Ikhlas daripada
Barisan Pentadbir
SK Damansara Damai (2) ✨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌹📢Makluman kepada ibubapa/penjaga yang mempunyai anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun ...
15/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌹

📢Makluman kepada ibubapa/penjaga yang mempunyai anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun pada tahun 2026.

1️⃣ Anak berumur 5 dan 6 tahun (2026)

👉Pendaftaran Tahun 1 2027 pada 15 Februari - 31 Mac 2026
Link➡️ https://idme.moe.gov.my

2️⃣Anak berumur 4 tahun (2026).

👉Pendaftaran Prasekolah 1 Mac - 30 April 2026 (permohonan online)
Pendaftaran Prasekolah 1 Mac - 31 Mei 2026 (permohonan manual)
Link➡️ https://eprasekolah.moe.gov.my

📢 Makluman Cuti Tahun Baru Cina & Cuti Tambahan KPM 2026Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina ...
13/02/2026

📢 Makluman Cuti Tahun Baru Cina & Cuti Tambahan KPM 2026

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina dan Cuti Tambahan KPM pada:

🗓 16 Februari 2026 (Isnin) hingga 20 Februari 2026 (Jumaat)

🏫 Sekolah akan dibuka semula pada 23 Februari 2026 (Isnin).

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid dan warga SK Damansara Damai (2).

Ibu bapa/penjaga diharapkan dapat memastikan anak-anak sentiasa menjaga keselamatan dan memanfaatkan masa cuti dengan perkara yang berfaedah.

Terima kasih.

Tahniah dan syabas kepada semua Pemimpin Muda Sekolah atas pelantikan rasmi dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Mud...
13/02/2026

Tahniah dan syabas kepada semua Pemimpin Muda Sekolah atas pelantikan rasmi dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Damansara Damai (2) yang telah berlangsung pada 12 Februari yang lalu.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan. Teruskan memimpin dengan hati yang ikhlas, berani membuat keputusan dan sentiasa mengutamakan nilai murni dalam setiap tindakan.

“Pemimpin Cilik Hari Ini, Pemimpin Berwibawa Masa Hadapan.” 💙✨

Kepada anak-anak murid yang dikasihi, jauhilah budaya buli dan sentiasalah berbuat baik sesama rakan.Jadilah insan yang ...
11/02/2026

Kepada anak-anak murid yang dikasihi, jauhilah budaya buli dan sentiasalah berbuat baik sesama rakan.

Jadilah insan yang berani berkata tidak kepada buli serta prihatin terhadap perasaan orang lain.

Kepada para guru, marilah kita terus menjadi pembimbing, pendidik dan pelindung yang sentiasa membimbing murid dengan penuh kasih sayang, hikmah dan empati.

Bersama kita wujudkan persekitaran sekolah yang selamat, sejahtera dan harmoni.

Sifar Buli, Sekolah Harmoni.

Puan Nazliza Bt Samsudin
Guru Besar SK Damansara Damai (2)

Pada 9 Februari 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian Bangunan Baharu PPKI bertempat di SK Damansara Damai (2). Majli...
09/02/2026

Pada 9 Februari 2026, telah berlangsung Majlis Perasmian Bangunan Baharu PPKI bertempat di SK Damansara Damai (2). Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Haniza, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama.

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai simbolik perasmian dan pembukaan rasmi penggunaan bangunan baharu PPKI bagi menyokong kelancaran operasi pengajaran dan pembelajaran.

Malam ini, pastikan tidur awal dan rehat secukupnya Semoga langkah pertama esok menjadi permulaan kepada hari-hari yang ...
11/01/2026

Malam ini, pastikan tidur awal dan rehat secukupnya

Semoga langkah pertama esok menjadi permulaan kepada hari-hari yang penuh keceriaan dan kejayaan.

Jumpa esok di sekolah! 🎒✨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 🌷👉MAKLUMAN DAN PERHATIAN IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1,PRASEKOLAH DAN PPKI SESI 202...
05/01/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 🌷

👉MAKLUMAN DAN PERHATIAN IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1,PRASEKOLAH DAN PPKI SESI 2026

🔶SK Damansara Damai (2) akan mengadakan Hari Orientasi dan Permuafakatan pada tarikh 12 Januari 2026 (Isnin)

🔶Ibubapa/Penjaga boleh rujuk surat untuk mengetahui info lanjut berkaitan masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

🔶Mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk menyediakan beg tambahan bagi urusan penerimaan buku teks.

🔶Pihak sekolah amat berbesar hati menerima kehadiran tuan puan bersama anak-anak pada awal sesi persekolahan 2026.😊

UNIT HEM SKDD(2)

Terima kasih, FINAS Malaysia
17/12/2025

Terima kasih, FINAS Malaysia

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua murid, guru, ibu bapa dan komuniti yang meraikannya.✨ Cuti sempena Deepavali be...
18/10/2025

Selamat Menyambut Deepavali kepada semua murid, guru, ibu bapa dan komuniti yang meraikannya.

✨ Cuti sempena Deepavali bermula 18 hingga 22 Oktober 2025, dan sekolah akan dibuka semula pada Khamis, 23 Oktober 2025.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 📢📢📢 *IBUBAPA/PENJAGA / PENDUDUK DAMANSARA DAMAI BOLEH HADIR HARI INI MULAI JAM 9.0...
11/10/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

📢📢📢 *IBUBAPA/PENJAGA / PENDUDUK DAMANSARA DAMAI BOLEH HADIR HARI INI MULAI JAM 9.00 PAGI.*

📌 *Tempat*: Dewan Mutiara SKDD(2)
📌 *Masa*: 9.00 pagi - 12.30 tengah hari.

👉 *PERMOHONAN DAN SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)*

*Keputusan kelayakan akan diberikan serta merta*

🔹Kepada ibubapa/penjaga yang ingin hadir, *WAJIB* untuk mengisi pautan kehadiran di bawah dengan segera untuk memudahkan urusan dengan pihak LZS 👇🏻

https://tinyurl.com/kehadiranprogram-sjk-skdd2

Address

JLN. PJU 10/4C, DAMANSARA DAMAI
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+60361402386

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Damansara Damai 2 (SKDD2) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Damansara Damai 2 (SKDD2):

Shortcuts

Share