23/08/2026
ETHEREUM $2,560: ADAKAH INI PERMULAAN BULL RUN ATAU SPIKE TERAKHIR?
ETH dah meltop +28%.
Tapi kita jangan terlalu cepat rasa yang kita dah menang..
Saya teringat satu benda yang selalu berlaku dalam market, bila harga lama sangat duduk diam, manusia akan mula bosan.
Kemudian satu hari harga bergerak...sedikit.
Kemudian lebih laju...
Kemudian tiba-tiba…
Semua orang mula nampak benda yang sama.
“ETH dah breakout.”
“Bull market dah start.”
“Lepas ni $3,000.”
Dan teringat saya kata-kata nasihat dari guru saya "Pakcik Kebun Sebelah", pakcik pesan pada masa itulah kita kena biasakan diri untuk mula berhenti sekejap...Berhenti bukan sebab bearish.
Tapi sebab market yang baru saja bergerak terlalu laju, kita perlu fahamkan, bukan terus kejar. Bab ni ada dalam modul 7 eBook 30 Days War map | Survival Psikologi Dalam Dunia Trading (kalau korang tak baca ebook ni, sumpah korang tak kan faham gameplan dalam dunia trading ni dan korang takkan kekal lama dalam dunia trading)
ETH baru sahaja buat sesuatu yang sangat agresif.
Selama berbulan-bulan ia mengecil dalam satu symmetrical triangle sekitar $1,850-$1,980 dan pada 19 Ogos, triangle itu pecah.
ETH bergerak daripada sekitar $1,880 terus ke $2,100 dalam beberapa jam jer.
Kemudian sambung...
- $2,200
- $2,300
- $2,400
Dan akhirnya… ke $2,560
Kenaikan hampir +28% rally dalam beberapa hari.
Lani drop sekitar $2,420.
Ramai akan tengok -3.83% daripada high dan terus fikir:
“ETH dah mula jatuh.”
Tapi saya tak nampak macam tu.. saya nampak ini adalah "cooling down selepas vertical move"
2 benda yang sangat berbeza.
Apa yang menariknya, minggu lepas saya sendiri tersilap kat 1 perkara, walaupun prediction arah breakout kita condong bullish tu Betul.
Tapi target yang saya share tu terlalu kecik, saya ingat ETH mungkin bergerak ke kawasan $2,000-$2,190.
Tapi Reality?
Price terus melangkau kawasan itu macam kawsan tu tak wujud dan ini benda yang saya s**a pasal market...Market tak peduli forecast kita...Market tak peduli kita yakin atau tidak.
Kalau liquidity sudah tersedia dan positioning sudah salah tempat…
Harga akan pergi mencari liquidity tersebut dan itulah yang berlaku.
- Treasury umumkan peningkatan bond buyback.
- Trump p**a push CLARITY Act.
- Kemudian lebih $1.1 bilion short position diliquidate (wipeout).
3 benda ini bertemu pada masa yang sama.
Apa yang ramai orang nampak kat chart ialah:
“ETH naik.”
Tapi sebenarnya apa yang berlaku di belakang chart ialah "liquidity sedang berpindah tangan"
Sekarang datang plak bahagian yang lebih menarik.
- ETH sudah overbought.
- RSI 14 hari berada sekitar 86
Pakcik cakap ni bukan signal automatik untuk short, tapi ia memberitahu kita satu perkara, iaitu :
"market perlukan masa untuk bernafas"
Sebab itu saya lebih s**a tengok apa yang berlaku selepas , berbanding mengejar . Kalau ETH mampu bertahan di atas kawasan $2,300-$2,200 dan kemudian reclaim $2,500 dengan volume… pakcik cakap maknanya cerita bullish masih hidup. Kalau $2,500 pecah, kawasan seterusnya yang patut diperhatikan ialah sekitar $2,625 dan $2,750.
Tapi kalau market mula kehilangan $2,150-$2,200…
Pakcik pesan kita kena mula lebih berhati-hati.
Dan pakcik cakap ada satu level yang dia rasa jauh lebih penting daripada semua nombor tadi.
$2,128 dan 200-day EMA.
Kenapa?
Sebab level ini boleh membantu kita bezakan antara:
“ETH sedang membina trend baru” dengan “ETH cuma sedang buat satu spike besar.”
Dan sekarang kita sampai kepada catalyst paling besar iaitu Simposium Jackson Hole yang akan berlengsung pada 27-29 Ogos ni. Khususnya keynote Kevin Warsh pada Jumaat.
Ini bukan sekadar event Fed biasa, pakcik cakap market akan cuba baca setiap perkataan.
- Adakah nada Warsh dovish atau hawkish?
- Adakah September rate hike masih di atas meja?
- Adakah beliau sentuh tentang stablecoin, digital payment atau financial innovation?
Sebab kalau kita tengok realiti market sekarang, market tengah berada dalam keadaan yang pelik.
ETH baru rally hampir 28%, tapi pada masa yang sama, probability September hike p**a meningkat.
Pakcik pesan, kita jangan anggap bila market rally itu bermaksud semua benda sudah bullish, sebab..
"Market boleh bullish pada harga dan bearish pada macro pada masa yang sama"
Sebab tu lah saya tak mahu kita tengok ETH seorang diri. Kita kena tengok:
-
-
-
-
- .
- .
- .
Dan paling penting sekali… "positioning manusia di sebalik semua ni"
Saya lebih s**a satu soalan daripada cuba teka harga. Bukan:
“ETH akan naik atau turun?” tapi “Siapa yang sedang trapped sekarang?”
Minggu lepas, shorts yang terlalu yakin dah kena paksa keluar. Sekarang selepas harga naik 28%, siapa p**a yang mula FOMO?
Sebab tu lah saya tak kejar ETH pada candle hijau, cara saya lebih s**a tunggu market tunjuk tangan.
Kalau pullback datang dan support bertahan, itu satu cerita.
Kalau ETH reclaim $2,500 dengan volume, itu cerita lain.
Kalau $2,128 hilang…ceritanya akan berubah lagi.
Market ni bukan pasal kita meneka apa yang akan berlaku. Market ialah pasal "menunggu bukti sebelum kita campak duit kita kedalam market"
Dan untuk minggu ini… saya rasa kita belum dapat jawapan penuh lagi. Sekarang kita nak tengok… adakah ini "BASE untuk leg seterusnya?" atau cuma "SPIKE sebelum market mengambil nafas lebih dalam?"
Itulah permainan sebenar minggu ini, untuk minggu ni saya dah letak breakdown penuh dalam laporan Ethereum Market Outlook minggu ni, termasuk level spesifik untuk pantau, dan saya declare terus di mana saya salah ramal minggu lepas (spoiler: saya betul pasal arah, tapi target saya jauh terlalu kecil).. link ada kat ruangan komen.
Ini bukan nasihat kewangan / pelaburan. Sekadar pendapat peribadi. Buat kajian sendiri sebelum masuk market.
— Cikgu Mayee, MyCryptoversity