22/07/2025
BENGKEL KIRA FARAIDH
Kuasai teknik pengiraan faraidh dengan kaedah yang mudah
31 Ogos 2025, Ahad
9.00 pagi – 5.00 petang
RM 69 bersemuka | RM 29 online
PERCUMA - E- Jadual 99, slaid, rakaman dan kupon buku RM 5
✨PERHATIAN
Bengkel ini hanya sesuai bagi peserta yang mempunyai kemahiran asas faraidh terutama bab Penghalangan (Hajb) dan Bahagian Waris (Fardhu dan 'Asobah)
✨PENGENALAN
Penguasaan ilmu faraidh bukan terletak kepada kemahiran pemahaman semata-mata. Bahkan kemahiran melakukan pengiraan juga amat penting.
Sesuatu masalah pembahagian faraidh tidak akan selesai jika seseorang itu hanya mahir kefahaman sahaja tanpa pengiraan.
Oleh itu, dalam memantapkan penguasaan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah pengiraan faraidh maka Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Anak-anak Yatim Wardatul Jannah akan menganjurkan bengkel sehari berkenaan kemahiran tersebut.
✨ OBJEKTIF BENGKEL
Mempertingkat pengetahuan kaedah pengiraan bahagian ahli waris
Mengetahui cara yang mudah dalam pengiraan faraidh
Menajamkan kemahiran mengira melalui beberapa latihan
Menguasai kaedah-kaedah pengiraan tertentu berkaitan ilmu faraidh
Memahami cara mengelakkan daripada berlaku kesilapan dalam pengiraan faraidh
✨KANDUNGAN BENGKEL
Pecahan
Langkah-langkah Pengiraan
Melakar jadual
Asal Masalah
Ta'sil
Saham
Baki
Pengiraan Ahli Fardhu sahaja
Pengiraan Ahli 'Asobah sahaja
Pengiraan Ahli Fardhu dan 'Asobah
Tashih
Semak
✨ INFO PENCERAMAH
Ustaz Hilmi Haniz merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Du'ah Faraidh Malaysia adalah seorang lulusan Diploma Pengurusan Kewangan Islam.
Beliau mempunyai 3 tauliah mengajar iaitu daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Beliau juga merupakan penulis buku Fajar Faraidh dan Faham Faraidh serta menghasilkan 3 poster faraidh.
Selain itu, beliau aktif memberi kuliah dan ceramah berkaitan ilmu Faraidh kepada umum di masjid dan surau sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan juga memenuhi jemputan daripada pihak luar seperti TV Al-Hijrah, Baitulmal Selangor, UiTM, UNISEL, UTM, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak.
✨ DISEDIAKAN
Peserta bersemuka
Nota fizikal
Sijil penyertaan
Jamuan
Rakaman
Peserta Online
E Sijil Penyertaan
E Nota BKF
Rakaman bengkel
✨LOKASI BENGKEL (Bersemuka)
Yayasan Anak-anak Yatim Wardatul Jannah,
Kota Damansara, Selangor.
https://maps.app.goo.gl/hpsri3WB6dwhKALW9
✨PENDAFTARAN
Sila lengkapkan borang dan pembayaran melalui pautan di bawah
https://akademialif.onpay.my/order/form/13
✨PERTANYAAN
Jika anda ada pertanyaan sila hubungi melalui Whatsapp > https://wa.me/60187892252
www.akademialif.com
www.fahamfaraidh.com
Faham Faraidh, Harta Berkat, Waris Selamat
PERTUBUHAN DU'AH FARAIDH MALAYSIA
Sila kongsikan kepada yang lain agar ramai yang akan mendapat manfaatnya
Terima kasih, JazakAllahu khairan kathira