SMK Taman Sea

SMK Taman Sea SMK Taman SEA Official School Fan Page

๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จSeluruh warga SMK Taman SEA merafak sembah menjunjung kasih serta menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahnia...
02/06/2026

๐——๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Seluruh warga SMK Taman SEA merafak sembah menjunjung kasih serta menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta terus memimpin negara ke arah kemakmuran dan perpaduan.

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚.

Ikhlas daripada,
Warga SMK Taman SEA

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang telah menyambutnya pada 31 Mei 2026.Semoga sambutan Hari Wesak te...
02/06/2026

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang telah menyambutnya pada 31 Mei 2026.

Semoga sambutan Hari Wesak terus membawa sinar kedamaian, keharmonian dan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat. Marilah kita bersama-sama memupuk semangat saling menghormati, memahami dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita.

Ikhlas daripada,Warga SMK Taman SEA

โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H โœจSemoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan pengorbanan yang penuh...
26/05/2026

โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H โœจ

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan dan pengorbanan yang penuh makna buat seluruh warga SMK Taman Sea serta keluarga tercinta. ๐Ÿค๐ŸŒ™

โ€œBerkorban kerana Allah, menyemai kasih sesama insan.โ€

Ikhlas daripada,
PUAN MONA ASIFAH BINTI ABDULLAH
Pengetua
SMK Taman Sea

dan Warga SMK Taman Sea โค๏ธ

๐ŸŽ–๏ธ Tahniah kepada Pengetua SMK Taman Sea, Pn. Mona Asifah Binti Abdullah atas kejayaan menamatkan program Wirawati-STEM ...
23/05/2026

๐ŸŽ–๏ธ Tahniah kepada Pengetua SMK Taman Sea, Pn. Mona Asifah Binti Abdullah atas kejayaan menamatkan program Wirawati-STEM 2025/2026.
Semoga terus cemerlang dalam memperkasa pendidikan STEM dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿš€ Tahniah kepada pasukan SMK Taman Sea atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Roket Air Sekolah Menengah Karnival ST...
23/05/2026

๐Ÿš€ Tahniah kepada pasukan SMK Taman Sea atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Roket Air Sekolah Menengah Karnival STEM PPD Petaling Utama 2026! ๐ŸŒŸ
๐Ÿ… Tempat Ketiga โ€“ Kategori Sasaran Terbaik
๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ Kategori Keseluruhan
Kejayaan ini membuktikan semangat inovasi, kreativiti dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar SMK Taman Sea. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam bidang STEM! ๐Ÿ’กโœจ

๐Ÿ† Tahniah diucapkan atas kejayaan meraih anugerah GANGSA dalam pertandingan SAInnoSTEM Peringkat Negeri Selangor 2026! โœจ...
23/05/2026

๐Ÿ† Tahniah diucapkan atas kejayaan meraih anugerah GANGSA dalam pertandingan SAInnoSTEM Peringkat Negeri Selangor 2026! โœจ
Pencapaian ini membuktikan semangat inovasi, kreativiti dan dedikasi warga SMK Taman Sea dalam bidang STEM terus cemerlang di peringkat negeri. ๐Ÿ’ก๐Ÿ”ฌ
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berani mencuba, mencipta dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ… Tahniah diucapkan kepada ALYXANDREA CHEE atas pemilihan menyertai SUKMA 2026!Warga SMK Taman Sea amat berbangga dengan...
23/05/2026

๐Ÿ… Tahniah diucapkan kepada ALYXANDREA CHEE atas pemilihan menyertai SUKMA 2026!
Warga SMK Taman Sea amat berbangga dengan pencapaian ini dan mendoakan semoga terus cemerlang serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›
โ€œTeruskan kecemerlangan, raih kemenangan, bawa harapan!โ€ ๐Ÿ”ฅ

โ™ป๏ธ PROGRAM BARANG KITAR SEMULA SMK TAMAN SEA โ™ป๏ธProgram Barang Kitar Semula yang telah berlangsung pada 21 & 22 Mei 2025 ...
23/05/2026

โ™ป๏ธ PROGRAM BARANG KITAR SEMULA SMK TAMAN SEA โ™ป๏ธ
Program Barang Kitar Semula yang telah berlangsung pada 21 & 22 Mei 2025 berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua warga sekolah ๐Ÿ’š
Terima kasih kepada para pelajar, guru-guru serta ibu bapa yang turut sama menyumbang bahan kitar semula dan menjayakan program ini. Setiap sumbangan kecil anda memberi impak besar kepada kelestarian alam sekitar ๐ŸŒโœจ
โ€œRecycle today for a better tomorrow.โ€ โ™ป๏ธ

๐Ÿ“šโœจ CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ“šWarga SMK Taman Sea diucapkan selamat bercuti dan manfaatkan masa cuti dengan p...
22/05/2026

๐Ÿ“šโœจ CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN 2026 โœจ๐Ÿ“š
Warga SMK Taman Sea diucapkan selamat bercuti dan manfaatkan masa cuti dengan perkara yang berfaedah ๐Ÿ’™๐Ÿ’›โค๏ธ
๐Ÿ—“๏ธ Kumpulan A
22 Mei 2026 โ€“ 6 Jun 2026
๐Ÿ—“๏ธ Kumpulan B
23 Mei 2026 โ€“ 7 Jun 2026
Jaga diri, jaga kesihatan dan jangan lupa rehat secukupnya ๐Ÿ˜„
Jumpa lagi selepas cuti nanti dengan semangat baru! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK TAMAN SEA KALI KE-50 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธAyuh warga SMK Taman Sea dan para ibu bapa, sama-sama mem...
21/05/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ”ฅ KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK TAMAN SEA KALI KE-50 ๐Ÿ”ฅ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

Ayuh warga SMK Taman Sea dan para ibu bapa, sama-sama memeriahkan temasya sukan tahunan yang penuh semangat, aksi dan kenangan! ๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’›

๐Ÿ“… 22 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ 7.20 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Padang Sekolah SMK Taman Sea

Mari beri sokongan padu kepada para peserta yang bakal berjuang demi rumah sukan masing-masing! ๐Ÿ…๐Ÿ”ฅ

โœจ โ€œSukan Menjana Kecemerlangan, Semangat Membina Kejayaanโ€ โœจ

Address

Jalan 21/37
Petaling Jaya
46300

Telephone

+60378752576

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Taman Sea posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Taman Sea:

Shortcuts

Share

Category