TI Penang

TI Penang [ BRIEF HISTORY OF TECHNICAL INSTITUTE PENANG ]
Tunku Abdul Rahman Putra Technical Secondary School, Later on, a condensed course of two years was introduced.

[ BRIEF HISTORY OF TECHNICAL INSTITUTE PENANG ]
Tunku Abdul Rahman Putra Technical Secondary School, or Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMTTARP), is a secondary school along Ibbetson Road in Penang. It was founded on 1 January, 1958, as the Technical Institute Penang. At that time, it shared the premises of the Trade School along Batu Lanchang Lane. The initial intake in 1958 com

prised a batch of 53 students who obtained the C Grade in the Lower Certificate of Education (LCE). They were provided a three-year couse in electrical engineering. By 1962, all courses have been reduced from three to two years. The Technical Institute Penang (TI Penang) was later renamed Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra (SMTTARP), in honor of the first prime minister of Malaysia. The school has undergone several phases of upgrading and renovation. This included the construction of hostels, teachers' quarters and principal's residence in 1996, and the construction of the school administrator's office in 2007.

[ SEJARAH RINGKAS TECHNICAL INSTITUTE PENANG ]
1. Pada tahun 1956, Y.A.B. Allayarham Tun Abdul Razak bin Hussain (Menteri Pelajaran) mempengerusikan Jawatankuasa Pendidikan Pelajaran, mencadangkan dua daripada 4 buah Sekolah Tukang (Trade School) menjadi Sekolah Menengah Teknik. Cadangan diterima dan dilaksanakan.
2. Technical Institute, Penang ditubuhkan pada 1hb. Januari 1958 dengan menumpang bangunan Sekolah Tukang (Trade School) di Lorong Batu Lanchang, Pulau Pinang.
3. En. Oh Boon Tat dilantik sebagai Guru Besar pertama Technical Institute Penang pada tahun 1958 sehingga 1965.
4. Tuan Haji C.M. Hashim telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pengerusi Jemaah Pentadbiran.
5. Pengambilan pertama pada tahun 1958 adalah seramai 53 orang murid pangkat C dalam L.C.E. untuk kursus tiga tahun dalam Kejuruteraan Elektrik.
6. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pertama telah berlangsung pada 15-9-1961.
7. Kursus Ekspres dalam bidang elektrik bagi tempoh dua tahun telah diperkenalkan pada tahun 1962.
8. Pada tahun 1963, kelas Tingkatan Enam telah dimulakan.
9. Mulai tahun 1964, semua kursus dikurangkan menjadi dua (2) tahun.
10. Pada 04 April 1964, majlis perletakan batu asas bangunan baru telah disempurnakan oleh Tun Abdul Razak. Kawasan baru sekolah terletak dalam kawasan seluas 27 ekar di Jalan Ibbetson, Pulau Pinang.
11. Pada tahun 1965, Guru Besar pertama telah bersara.
12. Pada tahun 1965, bangunan sekolah yang baru telah siap dibina ditapak baru dibawah kelolaan Jabatan Kerjaraya (JKR).
13. Technical Institute Penang telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Januari 1966.
14. Yeong Siew Mun telah dilantik menjadi Guru Besar kedua bagi tempoh 1966 sehingga 1967.
15. Pada tahun 1966 kurikulum telah disemak semula. Hanya kursus-kursus kejuruteraan mekanikal dan sivil sahaja yang diambil oleh pelajar.
16. Pada tahun 1966, bangunan baru dan asrama siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Nama sekolah juga ditukarkan kepada Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra.
17. Pada 19-8-1966, D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah melawat sekolah.
18. Pada tahun 1968, astaka sekolah telah dibina secara gotong-royong oleh guru-guru dan pelajar sekolah dibawah penyeliaan seorang guru Peace Corps. Astaka sukan siap dibina pada 6-7-1970.
19. Pada tahun 1974, Menteri Pelajaran Malaysia telah melawat sekolah.
20. Pada tahun 1976 projek pembinaan bangunan tingkatan 6, dimulakan dan siap sepenuhnya pada tahun 1977.
21. Pada tahun 1977 pelajar perempuan ditempatkan di tingkat atas Blok A asrama putera.
22. Pada 7-6-1980 Mesyuarat Agung PIBG yang pertama telah diadakan. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Rafik Khan, Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran Teknik & Vokasional.
23. Pada tahun 1982, sekolah merayakan Sukan Tahunan Jubli Perak.
24. Blok Asrama Putera dibina dan siap dalam tahun 1982.
25. Perletakan batu asas surau sekolah oleh Y.B. Dato Khalil b. Yakob, DSAP, SMP, JSM, Timbalan Menteri Pelajaran pada 10-6-1983 sempena Perayaan Jubli Perak Sekolah. YB juga telah melancarkan Perayaan Jubli Perak Sekolah.
26. Pada tahun 1982 surau siap dibina dan dirasmi pembukaannya oleh Y.B. Hj. Bujang b. Ulis, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.
27. Pada tahun 1995 bumbung bengkel diganti dengan 'Metal Deck'
---
Website (official): https://ti-penang.edu.my/
Facebook (official): https://www.fb.com/technicpenang/
---

Sumber: Google

22/03/2024

Sy mencari contact no dan nama2 admin grp Ti Penang ni. Boleh x nak tau siapa Chairman grp.
Ada proposal nak activate streamline n meriahkan grp dan untuk mudahkana penyampaian.
Boleh pm msg sy di link fb sy.. https://www.facebook.com/ikhsan.mukhtar?mibextid=ZbWKwL

20/04/2022

Something is brewing. New leadership will announce later. Few meetings with VVIP in the process. Just giving uoll a hint and heads up.

https://youtu.be/SkXOfUU_urE
17/01/2022

https://youtu.be/SkXOfUU_urE

Warna warni sekitar proses pendaftaran asrama TI Penang pada 9/1/2022 (Ahad) Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung....

NEWS: PKP seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021Source: Astroawani---
10/05/2021

NEWS: PKP seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021
Source: Astroawani
---

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRIMaaf Zahir & Batin---                                 Image: Creative Commons
10/05/2021

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Maaf Zahir & Batin
---

Image: Creative Commons

Larangan RENTAS Negeri & Daerah mulai 10 Mei 2021Image: MKN
09/05/2021

Larangan RENTAS Negeri & Daerah mulai 10 Mei 2021
Image: MKN

Marhaban ya Ramadhan.Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan 1442H (2021) ini dengan penuh semangat dan k...
11/04/2021

Marhaban ya Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan 1442H (2021) ini dengan penuh semangat dan kesabaran.

Daftar vaksinasi Covid-19 via aplikasi MySejahtera.. update skrg..
24/02/2021

Daftar vaksinasi Covid-19 via aplikasi MySejahtera.. update skrg..

Happy Chinese New Year 2021
11/02/2021

Happy Chinese New Year 2021

Address

Jalan Ibbetson
Petaling Jaya
11600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TI Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category