Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Damansara Damai

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Cawangan Damansara Damai

Share

PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA
-Cawangan Damansara Damai-


YouTube: https://www.youtube.com/@silatlincahdamansaradamai A. B.

Silat Lincah adalah salah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai 'Silat Tarah' dan kemudiannya telah ditukar kepada nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Bermula dengan hanya 5 orang anak murid, pada tahun 1963 di gelanggang pertama di Kampung Puah Pertubuhan yang dipimpin oleh Allahyarham YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju ini berger

Photos from Official-Silat Lincah's post 17/03/2026

...كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ...

“Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya..."

Dalam kesibukan masa dan tanggungjawab, Datuk Wira Megat Zulkarnain TanSri Omardin, Mahaguru Muda, Pertubuhan Seni SIlat Lincah Malaysia tetap mencari ruang untuk menziarahi Guru Muda PSSLM yang diuji dengan masalah kesihatan skrg.

Untuk makluman, Paduka Guru Tn Syed Mahmud Syed Hj Daud sekarang sedang dirawat di PPUM selepas disahkan menghidap kanser.

Sama2lah kita doakan semoga beliau diberikan kesembuhan dan kesihatan seperti sedia kala.

05/02/2026

ASSALAMUALAIKUM WBT

Di hari yang baik, di bulan Syaaban penuh keberkatan ini, kami keluarga besar Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, menerima perkhabaran duka atas kembalinya Paduka Guru Dr. Haji Ahmad Tajuddin bin Mansor, Guru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Almarhum, semoga tabah dan redha di atas ujian ini.

Marilah sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah serta beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah kami menjadi saksi bahawa hambamu ini telah meninggalkan kami dengan segala perbuatan yang baik dan ilmu yang bermanfaat semasa hayatnya di atas muka bumi-Mu ini. Terimalah segala amal bakti dan kebaikkannya. Amin Ya Rabbal A'lamin

DATUK WIRA HJ MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN, MAHAGURU MUDA PSSLM
GURU-GURU MUDA, KEMPIMPINAN, JURULATIH DAN AHLI2 PSSLM.

ASSALAMUALAIKUM WBT

Di hari yang baik, di bulan Syaaban penuh keberkatan ini, kami keluarga besar Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, menerima perkhabaran duka atas kembalinya Paduka Guru Dr. Haji Ahmad Tajuddin bin Mansor, Guru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga Almarhum, semoga tabah dan redha di atas ujian ini.

Marilah sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah serta beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah kami menjadi saksi bahawa hambamu ini telah meninggalkan kami dengan segala perbuatan yang baik dan ilmu yang bermanfaat semasa hayatnya di atas muka bumi-Mu ini. Terimalah segala amal bakti dan kebaikkannya. Amin Ya Rabbal A'lamin

DATUK WIRA HJ MEGAT ZULKARNAIN TAN SRI OMARDIN, MAHAGURU MUDA PSSLM

GURU-GURU MUDA, KEMPIMPINAN, JURULATIH DAN AHLI2 PSSLM.

11/11/2025

Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair
‎“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan.”

Selamat menduduki Ujian-Ujian Lisan dan Amali SPM 2025 :
- Ujian lisan Bahasa Melayu - 3-6 Nov
- Ujian Lisan Bahasa Inggeris - 10-13 Nov
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi) - 17-19 Nov
- Ujian Mendengar - 20 Nov
Kepada Anak2 Lincah dan Calon SPM di seluruh negara

Semoga diberikan kefasihan bicara, ketenangan dan kelapangan hati untuk menjawab peperiksaan serta beroleh kejayaan yang cermerlang dan gemilang.

15/09/2025

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

*Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia* mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, keberanian, dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam jiwa kita semua.

Mari kita warisi semangat pejuang2 terdahulu, kekalkan keharmonian, dan terus bangkit sebagai bangsa yang bermaruah.

_Malaysia tanah tumpah darah kita,_
_Silat Lincah warisan pusaka bangsa._



Photos from Official-Silat Lincah's post 14/09/2025
Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

SEJARAH PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM)


Silat Lincah adalah salah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai 'Silat Tarah' dan kemudiannya telah ditukar kepada nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM). Bermula dengan hanya 5 orang anak murid, pada tahun 1963 di gelanggang pertama di Kampung Puah Pertubuhan yang dipimpin oleh YM Mahaguru Dato' Haji Omardin B. Mauju ini bergerak aktif sejak didaftarkan pada tahun 1969 sehinggalah mempunyai keahlian seramai 830 000 orang di Malaysia dan 30 000 orang di luar Negara

Pada tahun 1998, PSSLM dicatatkan dalam buku 'Malaysia Book Of Record' yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Y. A. B. Datuk Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad sebagai perguruan silat melayu yang mempunyai keahlian yang teramai dan terunggul.

Allahyarham Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Pakistan, India dan Mekah.

Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah lagi melihat ratusan perguruan silat yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu, terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak disilau tanpa pembelaan.

Atas kesedaran ini, pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei. Dalam pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan susah payahnya juga, akhirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia.

Disebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di Peringkat Rantau ASEAN. Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat diperingkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap badan-badan silat di Negara Asean malah badan-badan silat di seluruh dunia.

Location

Telephone

Address


Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Friday 21:00 - 23:00
Saturday 21:00 - 23:00