10/08/2025
Sebentar sahaja lagi. Semua alumni yang berkelapangan diundang hadir secara dalam talian.
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Kepada semua Alumni SMK Bandar Sunway,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Alumni SMK Bandar Sunway bagi tahun 2025 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh: 10 Ogos 2025 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Secara dalam talian menerusi Google Meet
Pautan: https://meet.google.com/kzu-gobh-xdv
Alumni yang berkelapangan diundang untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat ini. Bersama-sama ini disertakan pautan untuk cadangan usul dan pencalonan ahli jawatankuasa. Cadangan usul dan pencalonan ahli jawatankuasa perlu dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum/pada 7 Ogos 2025
Pautan untuk cadangan usul: https://shorturl.at/SqtR3
Pautan untuk pencalonan AJK: https://shorturl.at/1tkAa
Alumni yang mengemukakan usul atau pencalonan AJK tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Maklumat lanjut tentang mesyuarat ini boleh dirujuk pada pautan https://shorturl.at/NTyp1.
Kehadiran dan sokongan semua ahli amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
SMKBS, Alma Mater Kita,
Sekian.
Persatuan Alumni SMK Bandar Sunway.