PASTI Petaling Jaya Utara

PASTI Petaling Jaya Utara

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam Damansara Menerima kemasukan pelajar pra-sekolah umur 5 dan 6 tahun.

Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI PJU) mengendalikan dua Pusat Asuhan di PJ satu bertempat di Kompleks Masjid Al-Hidayah dikenali Tadika Islam Al-Hidayah (TIAH) dan ke duanya di Kawasan Sekolah Agama Flat Taman Putra Damai dikenali Taska ANA (TANA).

Photos from PASTI Damansara's post 15/12/2025
Photos from PASTI Petaling Jaya Utara's post 01/12/2024
Photos from PASTI Petaling Jaya Utara's post 01/12/2024

HARI SUKAN PASTI AL-HIDAYAH (TIAH)
2024

16/05/2024

*SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU*

Dewan Pemuda Pas Damansara mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia khususnya di Damansara.

Tiada hadiah lebih bermakna selain mendoakan kepada guru keatas ilmu dan jasa yang diberikan. Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa seorang GURU.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.

“Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"GURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI"

23/04/2024

Al Fatihah..

"Tenanglah hang kat sana Eija"

Salam Takziah kami ucapkan kepada Noor Rahiza Anuar, ibu kepada adik Nur Qistina Afia M. Azinor.

Eija merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter TLDM.

Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar merupakan penumpang kepada Pesawat HOM (M503-3) yang turut dinaiki oleh 4 orang kru dan 2 orang penumpang.

Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

Photos from Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara's post 28/01/2024
Photos from PASTI Negeri Selangor's post 24/01/2024
11/08/2023

Tengah hangat berkempen, sedar tak sedar, esok adalah hari membuang undi. Jom ikuti 5 pesanan penting berikut.

1. Pastikan anda datang awal bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan.

3. Pastikan anda tidak memakai baju yang mencerminkan mana-mana parti.

4. Pastikan anda mengundi calon yang bersih dan stabil iaitu Perikatan Nasional.

5. Pastikan seluruh ahli keluarga yang layak mengundi turun bagi menunaikan tanggungjawab kepada negeri tercinta.

Setiap undi anda amat berharga. Ini adalah demi masa depan negeri Selangor yang tercinta. Pilihlah pemimpin yang bakal membawa negeri Selangor ke arah lebih baik. Berikan kepercayaan kepada Perikatan Nasional.

Selamat mengundi !



06/02/2023

GEMPAR, BUMI TURKI BERGEGAR JAM 4 PAGI WAKTU TEMPATAN.

" Kami Ingat sudah kiamat," begitulah ketakutan yang mereka alami sebaik sahaja bumi Turki dan utara Syria bergegar.

Gempa bumi yang berskala 7.8 Sr. Ini telah mengakibatkan lebih daripada 100 nyawa termasuk kanak-kanak yang sedang tidur pada waktu itu terkorban.

Bertambah buruk lagi, ketika ini suhu di sana jatuh di bawah paras beku iaitu - 5°c yang mana pastinya menambah kesukaran buat mereka.

Pengarah Muslim Care Malaysia-Syria (MCM) telah berada di tempat kejadian terlibat secara langsung dengan usaha mencari dan menyelamat. Keberadaan mereka sebagai usaha awal menyampaikan bantuan secepat mungkin dan menyampaikan maklumat yang tepat lagi cepat.

Gempa yang sangat kuat itu turut memberi gegaran kepada negara jiran seperti Syria, Lubnan, Cyprus, Palestin serta Iraq.

Sama-samalah kita tembakkan doa buat saudara kita Turki, semoga tiada lagi gempa susulan dan mereka dapat menyelamatkan diri di kawasan yang lebih selamat. Insya-Allah.

Bantuan berbentuk kewangan boleh disalurkan melalui capaian ini
https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/tabung-kecemasan-gempa-turki

atau boleh terus membuat transaksi ke akaun
MUSLIM CARE MALAYSIA
564490413882 (MAYBANK)
14014010147470 (BANK ISLAM)
1101744599 (BANK RAKYAT)

atau ke akaun
PERTUBUHAN PENYAYANG ISLAM MALAYSIA
8604171675 (CIMB)

Slip sumbangan boleh dimaklumkan kepada exco kami untuk rekod dan dokumentasi.
📲Hotline : 011-50050035
📲En Johari : 016-9978323
📲En Safuan : 013-4886447
📲Cik Suryana : 011-21941194
📲Cik Zuriati : 019-2049434

Ingat Sedekah Jariah, Ingat Muslim Care Malaysia Society.
Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan,
Tepat pada sasaran.
Tepat pada waktunya.


03/01/2023

Jom daftar !! Masih ada kekosongan.. cepat

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan SS 3/42
Petaling Jaya
47300