Prasekolah SK Bandar Utama Damansara 2

Prasekolah SK Bandar Utama Damansara 2

Share

Prasekolah SKBUD2

Pra Azalea :
Nama Guru: En.Ahmad Afiq
Nama PPM: Pn. NurFatihah

Pra Camellia :
Nama Guru: Pn.Fazidah
Nama PPM: Pn. Wan Nor Afikah

16/09/2022

Kami warga Prasekolah SKBUD2 mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia 🇲🇾


Selamat bercuti buat semua 😘
Tontonlah video anak2 prasekolah dengan pakaian bertema. Semoga terhibur 😉

28/02/2022

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM 2023.

Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang:
https://eprasekolah.moe.gov.my/

Tempoh permohonan secara dalam talian bermula *1 Mac hingga 30 April 2022*.

Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan hendaklah *mencetak* borang permohonan tersebut.
Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada *31 Mei 2022*.

KEGAGALAN berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Terima kasih.

01/02/2022

Selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bagi yg menyambut. Selamat bercuti pada semua rakyat Malaysia terutama anak2 Prasekolah SKBUD2.

Cuti sekolah bermula 31 Januari 2022 hingga 4 Februari 2022.

Jumpa nanti disekolah pada 7 Februari 2022 🎉

09/01/2022

Jom ke Sekolah!
Penggal 3 sesi 2021/2022
Bermula esok (10 Januari 2022)

✨Perhatian kepada ibu bapa dan penjaga✨

1. Tolong maklum kepada guru kelas kalau anak bawah jagaan puan jika tidak akan hadir ke sekolah utk lebih dari 3 hari kerana ada sebab² tentu.

2. WAJIB tulis surat ,maklum melalui guru kelas atau hubungi sekolah tentang keberadaan murid supaya tidak susah utk dihubungi dan TIDAK CICIR pada jangkamasa panjang.

3. Perlu peka tentang jadual waktu balik supaya tiada murid penat menunggu lama atau tertinggal pengangkutan.

4. Kalau murid tidak sihat cth deman and selesama tidak perlu kesekolah maklum kepada guru kelas. Setiap minggu beberapa murid yang TELAH dapat kebenaran ibubapa akan dipilih untuk menjalani Ujian Air Liur Test kit sebagai langkah keselamatan.

5. Murid² wajib pakai mask & pakai baju sekolah yg ditetapkan KPM (kalau tiada boleh pakai baju yang sesuai dan sopan)

6. Minta pesan kepada anak² tuan/puan supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri. Elakkan meminjam alatan rakan mereka supaya tiada jangkitan, kontak rapat.

7. PALING PENTING! Pastikan semua BUTIRAN peribadi adalah betul dan dikemaskini dari masa kesemasa di SPATKPM http://public.moe.gov.my

*SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH*

09/10/2021

Jom, sihat dalam norma baharu.

Sertai Program Kecergasan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2021 secara langsung melalui laman Facebook rasmi KPM.

9 Oktober 2021 | 8.15 Pagi

Penyertaan dalam talian: http://bit.do/ProgramKebangsaanKPM2021

Pautan akan diaktifkan pada 9 Oktober 2021 untuk tujuan pengiktirafan PAJSK.


01/08/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PERMOHONAN KEMASUKAN AWAL TAHUN 1 (KOHORT KELAHIRAN 2.1.2016 – 15.1.2016) UNTUK KEMASUKAN KE TAHUN 1/2022.

Tarikh Permohonan : OGOS 2021 – 20 SEPTEMBER 2021

Syarat dan Kelayakan Permohonan:
i. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang lahir pada 2 JANUARI 2016 – 15 JANUARI 2016 sahaja. (berdasarkan AKTA yang berkuatkuasa)
ii. Telah membuat permohonan Pendaftaran Tahun 1/2023 ke SEKOLAH KERAJAAN secara atas talian di www.public.moe.gov.my (Permohonan Online Tahun 1).
iii. Mengikuti PraSekolah/Tadika
Kaedah Permohonan:
i. Muat turun borang permohonan (Borang PMA 01) di laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
ii. Isi borang dengan BETUL dan LENGKAP. Pastikan semua dokumen yang diperlukan seperti dinyatakan dalam senarai semak dilampirkan bersama-sama permohonan. Pelaporan dari PraSekolah/Tadika WAJIB mendapat pengesahan.
iii. Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar terus ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (UNIT PRASEKOLAH & RENDAH);
atau,
diemelkan ke [email protected]
HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP AKAN DIPROSES.
iv. Pastikan permohonan dihantar DALAM TEMPOH PERMOHONAN sahaja. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN / DIPROSES.
Proses Pemilihan / Kelulusan Permohonan Kemasukan Awal:
i. Permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan diproses. CALON akan dihubungi oleh pihak JABATAN PENDIDIKAN NEGERI. SURAT PANGGILAN untuk menduduki SARINGAN BERTULIS akan dihantar kepada CALON yang layak.

ii. CALON perlu hadir dan MENDUDUKI SARINGAN BERTULIS di pusat saringan yang ditetapkan. Calon juga hendaklah MEMBAWA DOKUMEN ASAL serta SALINAN DOKUMEN seperti dinyatakan dalam SURAT PANGGILAN termasuk SURAT PANGGILAN ASAL (HARD COPY) semasa menghadiri saringan tersebut. Kegagalan mengemukakan dokumen yang diperlukan boleh mengakibatkan pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki saringan tersebut.

iii. CALON yang LULUS SARINGAN BERTULIS SAHAJA akan dipanggil untuk menduduki SARINGAN TEMU BUAL. Hanya CALON yang LULUS kedua-dua SARINGAN BERTULIS dan SARINGAN TEMU BUAL akan diberikan SURAT KELULUSAN BERSEKOLAH AWAL.

Semua keputusan adalah MUKTAMAD dan tidak dibuka untuk sebarang RAYUAN.

Senarai lampiran yang disertakan bersama pemakluman ini:
i. SURAT SIARAN KPM
ii. SURAT PEMAKLUMAN DARI JPN
iii. BORANG PMA 01

Mohon dipanjangkan makluman ini kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan komuniti. Surat dari PPD akan menyusul.

Puan Kuhanis binti Mohamad Zain
PEN. PPD PRASEKOLAH DAN RENDAH
31 JULAI 2021

www.public.moe.gov.my

16/05/2021
28/02/2021

Permohonan Kemasukan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022.

Permohonan secara dalam talian dan manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2021.

Layari https://eprasekolah.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SK Bandar Utama Damansara 2
Petaling Jaya
47400