11/08/2022
[E-Mesyuarat Agung Tahunan Makmum sesi 21/22]
Pada 10 ogos 2022 iaitu hari Rabu Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan MAKMUM telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian. E-Mesuarat Agung Tahunan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memilih Majlis Tertinggi yang baharu serta melabuhkan tirai pimpinan sesi 2021/2022.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghadirkan diri dalam memeriahkan serta melancarkan E-AGM pada kali ini. Kehadiran anda amat memberi makna kepada Persatuan MAKMUM. Mohon maaf atas segala kekurangan daripada pihak kami sepanjang sesi ini.
Semoga Kita Berjumpa Lagi dan Selamat Maju Jaya!!!
# MAKMUM21/22
10/08/2022
[E- Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2021/2022]
Assalamulaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Persatuan Mahasiswa Melaka Universiti Malaya (MAKMUM) akan mengadakan E-Mesyuarat Agung Tahunan bagi mengumumkan keputusan pengundian calon barisan pimpinan MAKMUM sesi 2022/2023 pada ketetapan berikut:
*Tarikh: 10 Ogos 2022 (RABU)*
*Masa: 8.30 Malam*
*Platform: _Microsoft Teams_*
🎯Oleh itu, kami ingin menjemput semua ahli MAKMUM untuk datang menghadirkan diri bagi melancarkan sekaligus memeriahkan mesyuarat tahunan pada kali ini. Jom sama-sama kita menghadirkan diri untuk AGM kali ini demi nama MAKMUM.
PersatuanMahasiswaMelaka 21/22
21/22
02/05/2022
[RAMADAN AL MUBARAK]
MAKMUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang beragama Islam. Semoga Lebaran kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.
/22
15/04/2022
[HARI PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH]
Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah oleh UNESCO pada tahun 2008.
/22
02/04/2022
[RAMADAN AL MUBARAK]
MAKMUM mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.
/22
01/03/2022
[SALAM ISRAK MIKRAJ]
MAKMUM mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua yang beragama Islam. Semoga Israk Mikraj kali ini membawa keberkatan kepada kita semua.
/22