Alumni Sultan Abdul Samad (ASAS) Petaling Jaya

Alumni Sultan Abdul Samad (ASAS) Petaling Jaya

Share

alumni association Open to all ex samadian .

Photos from Alumni Sultan Abdul Samad (ASAS) Petaling Jaya's post 12/05/2024

Hari ini 12hb Mei 2024

Majlis Sambutan Aidil Fitri Alumni SMK Samadian. Meriah sungguh.

Terima kasih kerana sudi hadir.

Photos from Alumni Sultan Abdul Samad (ASAS) Petaling Jaya's post 12/05/2024

Pada Hari ini 12hb May 2924. Simpan sebuah Kenangan.

Meriahnya Suasana Majlis Aidil Fitri Alumni SMK Samadian Di sekolah. Walaupun Bulan syawal Dah berakhir bahangnya Masih Ada lagi.

11/05/2024

Semua Ex Samadian dijemput hadir esok 12hb May 2024. Bawa pasangan anda bersama.

11/05/2024

Hi Geng jangan lupa esok 12hb May 2024 our Raya Gathering

08/05/2024

Semua dijemput hadir

02/06/2023
27/04/2023

*REMINDER*

*MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI SAMADIAN JUBLI INTAN 60 TAHUN SAS*

Shbt semua pls register before 10th May 2023

Kerjasama semua amat dihargai.

AJK Alumni Samadian

27/04/2023

Jom kawan2 Kita hadir..

Photos from Alumni Sultan Abdul Samad (ASAS) Petaling Jaya's post 30/07/2022

The beautiful of Kuala Kerteh Terengganu

31/03/2020

SURVIVAL DI MASA DAN SELEPAS COVID 19
Assalamualaikum sahabatku yang disayangi. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat disamping keluarga tercinta.
Alhamdulillah kita diuji oleh Allah dengan wabak Covid 19 dan kemelesatan ekonomi pada masa kini. Kenapa saya mulakan dengan Alhamdulillah kita diuji.. ini kerana Allah telah memberi isyarat untuk kita sedar. Allah turunkan tenteranya yang amat halus dan tidak nampak dilihat dengan mata kasar. Bahkan belum terdapatnya betul-betul vaksin yang dapat menyembuhkan mereka yang terkena Covid 19 ini. Semuanya untuk kita bermuhasabah supaya kita dapat menilai diri kita yang penuh dengan kesombongan dan keangkuhan. Kita sentiasa lupa akan DIA yang telah mencipta kita, memberi nyawa, memberi reziki dan sebagainya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat pertolongan).” (Surah al-An’am, ayat 44)

MASA Covid 19
Pada masa kini saya pasti sahabat sahabat sekalian merasa impaknya Covid 19. Bagi yang berniaga dan makan gaji sendiri sudah tentu kesannya amat terasa. Perniagaan mungkin ditutup pada masa kini. Ini sudah pasti telah menjejaskan pendapatan. Sebaliknya bagi yang berkerja dan makan gaji kesannya tak lah begitu terasa lebih-lebih lagi yang berkerja dengan Sektor Kerajaan.
Jika sebelum itu kawan kita yang berniaga burger dan pasar malam boleh berniaga setiap hari dan perolehi pendapatan tapi pada masa ini ianya tidak lagi dapat berbuat demikian.
Begitu juga sahabat yang berniaga dalam industry pelancongan seperti resort dan budget hotel, wabak covid 19 yang melanda telah menyebabkan perniagaan terpaksa ditutup. Pekerja-pekerja terpaksa dicutikan.
Berdasarkan situasi pada masa kini saya menjangka wabak covid 19 akan terus berlaku sehingga perayaan Aidil Fitri. Jika ini berterusan berlaku perniagaan sudah tertentu tidak diteruskan. Sahabat sahabat yang berniaga akan terus menghadapi kesukaran dalam sumber pendapatan. Ekonomi Malaysia akan terus merosot lebih-lebih lagi apabila harga minyak yang begitu rendah. Apabila berlaku kemelesatan ekonomi kilang-kilang mungkin akan mengurangkan pekerja. Ini sudah tentunya mengujudkan pengangguran.
Kita yang beragama Islam tidak akan dapat melaksanakan Solat Tarawih berjemaah pada bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Begitu juga Solat Jumaat yang sudah lama tidak dapat dilaksanakan lagi.
Dalam keadaan wabak ini, marilah kita berfikir dan bertafakul serta berdoa agar kita dapat memikirkan bagaimana untuk meneruskan kehidupan ini. Kita perlu berfikir strategi terbaik untuk perniagaan agar perniagaan yang telah kita bangunkan belasan tahun dulu dapat bertahan sehingga wabak covid 19 berakhir.
Strategi perniagaan dan business model mungkin berubah dan perlu bersesuaian dengan situasi masa kini.
COVID-19 telah mengubah ekonomi, sistem sosial, tingkah laku pengguna dan nilai dan permintaan pelanggan. Pesaing akan bertindak balas, rakan niaga akan gagal, motivasi pekerja akan berubah, politik akan kekal di barisan hadapan dan teknologi akan terus terganggu.

SELEPAS Covid 19
Mari kita berdoa dan panjatkan doa kita kepada Allah swt agar wabak Covid 19 akan berakhir sebelum Ramadhan bermula. Moga dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah swt dimakbulkan. Berakhirnya wabak covid 19 akan memberi peluang kedua untuk kita sentiasa menginggati kepadaNya.
Sahabat-sahabat yang berniaga burger, pasar malam, kedai makan, kedai kasut dan sebagainya boleh meneruskan perniagaan masing-masing. Perniagaan yang dijalankan insyallah akan memberi pendapatan mereka. Peluang pekerjaan dapat diwujudkan semula. Pengangguran dapat dikurangkan. Seterusnya ekonomi akan dapat berkembang semula. Ini semuanya memberi kesan yang baik bagi kita semua.
Perniaga-perniaga perlu memikirkan semula bentuk strategi dan business model yang bersesuaian dengan situasi selepas wabak covid 19. Covid 19 telah memberi kesan dan perubahan kepada system ekonomi, model perniagaan dan lain lain.
Kadang-kadang perubahan yang dipaksa adalah baik, terutamanya apabila sistem lemah dan mempunyai kelemahan. Risiko sistemik yang membawa kita ke dalam kekacauan ini akan berubah menjadi perubahan sistemik yang akan membawa kita keluar. Kita boleh melakukan lebih baik di banyak bidang, dan sekarang kita perlu.
Berikut adalah point utama untuk strategi perniagaan selepas COVID-19:
• Memahami risiko sistemik dan bagaimana ia menyebabkan pandemik. Risiko sistemik adalah bagaimana ancaman boleh menjejaskan keseluruhan sistem atau sistem. Sebagai contoh, banyak perniagaan telah melihat ancaman risiko keselamatan siber secara signifikan memberi kesan kepada keseluruhan sistem perniagaan mereka.
• Menjangkakan perubahan sistemik didorong oleh COVID-19 dan peristiwa dan peluang yang akan mengubah keseluruhan sistem, termasuk sistem perniagaan anda.
• Tumpukan pada bagaimana perkara berfungsi bersama kerana ini memacu risiko sistemik dan perubahan dalam sistem yang kompleks.
• Tumpuan pertama ialah perubahan secara paksa yang mempunyai tahap kepastian dan kemiripan yang tinggi pada pasaran dan proposisi nilai, contohnya, ekonomi, peraturan, perilaku pengguna digital, tindak balas kompetitif.
• Jangan abaikan perubahan kecil atau mikro. Yang sering mempunyai impak yang besar pada sistem kompleks.

JOM Bersama
Saya berharap sahabat sahabat semua dapat bersama “brainstorming” untuk memberi idea dan cadangan yang dapat membantu kita semua untuk terus hidup (Survive) pada masa wabak covid 19 berlaku. Kita bersama bantu sahabat-sahabat yang amat memerlukan. Ianya tidak semestinya kewangan tapi mungkin cadangan dan moral support.
Semasa pertemua kita pada bulan lepas di kantin sekolah, saya ada menyatakan hasrat untuk mengutip dana. Di mana dana ini bertujuan menjaga kebajikan sahabat-sahabat kita semua. Kita sama-sama tolong antara satu sama lain.
Konsep tolong-menolong sesama Muslim yang disarankan Islam. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Surah Al Maidah: Ayat 2
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ...
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat seksaNya.
Allah SWT mengarahkan hambaNya yang beriman untuk saling tolong-menolong dalam melakukan kebaikan (iaitu ketaatan) dan taqwa (iaitu meninggalkan kemungkaran). Di samping itu, Allah SWT juga melarang saling tolong-menolong dalam kebatilan, dosa dan ke arah sesuatu yang haram.
Akhir Kalam, saya doakan sahabat sekalian sentiasa dalam lindungan Allah swt dan dijauhkan dari wabak Covid 19. Bagi yang berniaga teruskan lah bertahan moga ianya akan kekal sehingga wabak Covid berakhir. Yang mempunyai reziki yang lebih boleh lah membantu tak banyak, sedikit pun amat bermakna.
Wasalam

Fazli Shah

Photos 06/05/2017

Form 3S3 Year 1979

27/01/2017

Happy Chinese New Year kpd semua rakan2 berbangsa Tionghua.Semoga tahun ayam ini membawa kekayaan,kemakmuran,kejayaan,kemewahan dan sentiasa sihat walafiat.Gong Xi Fa Cai....

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Kemajuan 12/18
Petaling Jaya
48000