Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) Petaling Jaya atau dikenali sebagai SMK BUD (4) telah dibina pada 1 Disember 2002. Sesi persekolahan yang pertama bermula pada 7 Januari 2002 dengan kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Pada tahun permulaan persekolahan 2002,seramai 132 orang pelajar (sebuah kelas Tingkatan Peralihan dan 4 buah kelas Tingkatan Sat
u) menuntut di sekolah ini. Seramai 13 orang guru dan seorang Pengetua yang bertugas di sini. Mereka merupakan peneraju pertama dalam memajukan dan merealisasikan impian SMK Bandar Utama Damansara (4). Sekolah ini turut melahirkan pelajar calon PMR buat julung kalinya pada tahun 2004 dan calon SPM pada 2006. Kini pada tahun 2010 , jumlah pelajar yang mendaftar mancapai sebanyak 1336 orang yang dibimbing oleh 76 orang tenaga pengajar dan 8 orang kakitangan sokongan. Kebanyakan pelajar yang mendaftar tinggal di kawasan sekitar Damansara iaitu Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Sungai Kayu Ara, Damansara Perdana, Damansara Jaya, Damansara Utama, Sungai Rumput, Bukit Lanjan dan Sungai Buloh. Dari segi kemudahan, sekolah ini mempunyai 6 buah blok bangunan yang menempatkan 36 bilik darjah, bengkel Kemahiran Hidup, bilik pusat sumber, bilik muzik, makmal komputer, makmal siber, bilik pengawas, bilik kaunseling, bilik kesihatan, bilik wayangan, bilik-bilik khas mata pelajaran dan sebagainya supaya pelajar SMK BUD (4) dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Kedudukan SMK BUD(4) terletak di kawasan perumahan Bandar Utama iaitu berhampiran dengan pusat beli-belah One Utama. Lokasi yang strategi di tengah-tengah bandar ini telah banyak memberikan pelbagai kemudahan prasarana di sekeliling sekolah.