PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya

PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya

Share

PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya

TikTok · Za'im RAS ABI 29/08/2025

Perarakan kemerdekaan PASTI Al Hidayah Petaling Jaya

TikTok · Za'im RAS ABI Check out Za'im RAS ABI’s video.

08/08/2025

Temasya Sukaneka Pasti Al-Hidayah Taman medan 2025

14/12/2024

Pendaratan secara bersemuka sudah bermula.. 14 dan 15 Disember 2024.. boleh walkin

14/12/2024
Photos from PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya's post 19/01/2024

PARENTS DAY (Hari Bertemu IbuBapa) selesai untuk hari ini... Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk Pasti Kami.. InsyaAllah kita bertemu lagi di lain hari. Tahniah semua!

20/10/2023

Doa Wehdah dari Anak2 Pasti

Photos from PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya's post 20/10/2023

PASTI AL-HIDAYAH BERSAMA PALESTIN

YA ALLAH HANTARKAN TENTERA² MU UNTUK MEMBANTU PALESTIN

11/09/2023

PASTI TAWAR AKSES PENDIDIKAN DAN KUALITI SILIBUS UNTUK PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM

1. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Bank Dunia bertajuk “Shaping First Steps: A Comprehensive Review of Preschool Education in Malaysia”, prasekolah yang ditubuhkan di bawah kerajaan iaitu tadika di bawah KPM, KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) berjumlah 64 peratus daripada jumlah keseluruhan dan selebihnya diuruskan di bawah institusi swasta.

2. Data ini menunjukkan bahawa, walaupun kebanyakan ibu bapa di Malaysia masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan bagi pendidikan rendah dan menengah, namun akses kepada pendidikan prasekolah masih lagi terhad kerana sekolah tadika yang disediakan kerajaan tidak mencukupi bagi menampung jumlah kanak-kanak yang ada.

3. Hal ini menyebabkan ibu bapa yang kurang berkemampuan menghadapi dilema kerana dalam keadaan ekonomi hari ini, kos untuk menghantar anak ke sekolah tadika swasta sangat tinggi dan jarang bantuan disediakan untuk rakyat bagi tujuan tersebut. Sekiranya keadaan ini tidak ditangani, lebih ramai kanak-kanak yang berisiko untuk berdepan dengan masalah keciciran pembelajaran jika mereka masih tidak boleh menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum mendaftar ke Tahun 1.

4. Dalam hal ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah lama memainkan peranan menjadi salah satu rakan strategik kerajaan bagi menjayakan sasaran 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan termasuklah pada tahap prasekolah menjelang tahun 2020 yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. PAS telah mengambil tanggungjawab ini bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan mendapat hak pendidikan sama rata dengan kanak-kanak yang lain. Yuran yang ditawarkan PASTI adalah berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga yuran tadika swasta yang lain.

5. Di kebanyakan premis PASTI, selain daripada yuran bulanan, tidak semua kos perlu ditanggung oleh ibu bapa. Dalam penganjuran program seperti Hari Sukan PASTI dan juga Alam Ria PASTI (iaitu sebuah program tahunan berbentuk pertandingan), PASTI sering kali menggunakan khidmat dan tenaga ahli parti seperti Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ameerah Malaysia, Jabatan Amal dan banyak lagi tanpa sebarang bayaran. Inilah istimewanya PASTI yang menjadikan institusi ini terus bertahan tanpa pembiayaan daripada kerajaan dan rakyat masih memilih PASTI walaupun mengetahui bahawa PASTI adalah milik parti politik.

6. Selain itu, asas ilmu agama dan pembentukan jati diri sejak dari prasekolah amat penting bagi membenteng anak-anak ini daripada pengaruh dan gaya hidup masyarakat Barat. Kualiti pendidikan yang ditawarkan merangkumi aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan sangat membantu ibu bapa untuk pembangunan keluarga Islam yang baik. Berbanding dengan tadika swasta yang lain, tidak sukar untuk PASTI ditubuhkan di luar bandar atau kawasan pedalaman kerana permintaan terhadap kualiti pendidikan berteraskan Islam yang ditawarkan sangat tinggi.

7. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk berhenti mempolitikkan fungsi dan peranan PASTI dalam masyarakat. Walaupun PASTI ditubuhkan di bawah sebuah parti politik, perjalanannya bukan berpaksikan politik kepartian, tetapi lebih kepada tanggungjawab sosial PAS dalam memenuhi keperluan rakyat dan melengkapkan usaha kerajaan dalam bidang pendidikan, sekaligus penyumbang penting kepada pembangunan keluarga yang holistik. Sumbangan PASTI wajar diiktiraf kerana peluang pendidikan prasekolah yang ditawarkan merentasi faktor sosioekonomi dan lokaliti.

YB Ustaz Datuk Dr Ahmad Marzuk Bin Shaary
Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga PAS Pusat
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
7 September 2023

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=879073127113062&id=100050311487174&mibextid=Nif5oz

Photos from PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya's post 10/09/2023

Mungkin ada yang sudah tahu. Mungkin masih ada yang belum tahu.

Tapi yang pasti mana-mana ibu bapa yang sudah hantar anak mereka ke sini, pasti tahu. Yang sedang risik-risik pun mesti terkejut kalau tahu.

Tahu apa sebenarnya ni?

Tahu yang PASTI satu-satunya tadika swasta yang sangat murah. Tapi tawaran pembelajaran lengkap dan premium.

Walaupun murah, bukan biasa-biasa dapat belajar sini. Guru-guru di PASTI menerima elaun yang tidak tinggi, tetapi sumbangan mereka mahal dan bernilai.

Semua ibu bapa mesti mahukan anak-anak mereka membesar dengan kefahaman agama yang kuat.

Umur 4 sehingga 6 tahun ialah fasa penting anak-anak cepat dan mudah belajar. Apa yang disemai dalam diri anak-anak ketika ini akan menjadi akar yang kuat, menumbuh menjadi anak yang bijak dan soleh solehah.

Itu impian semua ibu bapa dan dengan PASTI impian itu tidak mustahil. Daripada B40 sampai T20, insya-Allah mampu hantar anak ke PASTI.

Nak anak cepat baca al-Quran pakej sekali dapat hafal surah-surah lazim, baca hadis, solat sempurna, mampu jadi imam, boleh membaca tulisan jawi, beradab, hantarlah anak ke PASTI.

Dapat semua itu, insya-Allah subjek akademik yang lain pun anak akan mudah belajar.

Tanya lah mereka yang sudah hantar anak-anak ke PASTI. Mesti ‘5 star review’!

Tanya lah guru-guru di sekolah rendah, bagaimana prestasi anak-anak murid keluaran PASTI.

Ini bukan untuk membandingkan anak-anak dari tadika mana pun, tapi biarlah tulisan ini ingin mengangkat anak-anak PASTI.

Anak-anak suci yang pernah diserang orang tua yang sibuk berpolitik hingga tiada sempadan.

PAS sangat menghargai dan berbangga dengan guru-guru, anak-anak dan ibu bapa yang percaya dan menyokong PASTI.

Terima kasih semua 😊

Photos from PASTI Al-Hidayah Taman Medan Petaling Jaya's post 29/07/2023

Mohon sumbangan Dana Program, Pengurusan dan Pembangunan Pasti Al Hidayah Taman Medan

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan PJS 2c/15, Seksyen 2c, PJ
Petaling Jaya
46000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 13:00