Buletin Sk Damansara Damai 1

Buletin Sk Damansara Damai 1 Laman maya buletin SK DAMANSARA DAMAI 1. Layari laman komuniti FACEBOOK rasmi sekolah : Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1

23/05/2026

📌 PROGRAM INTERVENSI AWAL CAKNA IBU BAPA

📅 21 Mei 2026
📍 Dewan Citra Bestari

SK DAMANSARA DAMAI 1 telah melaksanakan Program Intervensi Awal Cakna Ibu Bapa yang melibatkan ibu bapa murid Intervensi Kurikulum Tahun 1.

Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan Program Intervensi Kurikulum Tahun 1 serta memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kaedah sokongan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di rumah. Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam membantu perkembangan akademik murid secara lebih berfokus.

Antara pengisian utama program ialah taklimat penataran Program Intervensi Kurikulum Tahun 1 serta ceramah perkongsian berkaitan peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Pakar Psikologis Jiwa Damai.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa, guru serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat kepada perkembangan pembelajaran murid-murid pada masa akan datang.




Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah. Kita berjaya mendapat tempat ke-5 terbaik keseluruhan Kejohanan Bola ...
22/05/2026

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah. Kita berjaya mendapat tempat ke-5 terbaik keseluruhan Kejohanan Bola Sepak MSSD Petaling Utama 2026

*🏅5 terbaik dari 46 buah sekolah bertanding.*

Kita berjaya mengalahkan seteru setempat SKDD2 di penentuan tempat ke-5 dan ke-6 dgn keputusan 1-0 pagi tadi.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan, juga setiap doa dari guru besar, barisan pentadbir, rakan-rakan guru serta ibu bapa.
Kejayaan ini untuk semua.

It's not done! We will come back stronger next year!

Alhamdulillah pasukan bola sepak telah berjaya di pusingan 16 terbaik dengan kemenangan. SKDD1 4-0 SKBUD4 SKDD1 0-3 SKBS...
19/05/2026

Alhamdulillah pasukan bola sepak telah berjaya di pusingan 16 terbaik dengan kemenangan.

SKDD1 4-0 SKBUD4
SKDD1 0-3 SKBSD1

“Menang kalah itu adat pertandingan, tapi semangat juang dan usaha kalian jauh lebih bermakna. Terima kasih coach, semua guru yang terlibat dan semua pemain kerana sudah beri yang terbaik hingga ke suku akhir. Kalah hari ini bukan pengakhiran, tapi pengalaman untuk jadi lebih kuat pada masa akan datang. Terus bangkit dan jangan putus asa!” ⚽💪

Makluman penangguhan aktiviti kokurikulum minggu ini.
19/05/2026

Makluman penangguhan aktiviti kokurikulum minggu ini.

Assalamualaikum & Salam SejahteraSukacitanya dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru SK Damansara Damai 1 akan diadakan se...
15/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Guru SK Damansara Damai 1 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: Rabu, 20 Mei 2026
Tempat: Laman Damai
Tema: Guru Bitara, Nadi Negara

Pakaian murid: Baju PJ
Nota:
Sesi Pagi - Bawa buku selepas rehat.
Sesi Petang - Bawa buku sebelum rehat

Mari kita raikan jasa para guru dengan penuh warna dan kenangan!
Sekian, terima kasih atas kerjasama semua.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKDD1 atau dikenali sebagi DD1 FC yang berjaya menjadi Johan Kumpulan F. DD1...
14/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKDD1 atau dikenali sebagi DD1 FC yang berjaya menjadi Johan Kumpulan F.
DD1 FC layak ke pusingan kalah mati
Semoga kita berjaya naik podium💪🏼.

Sama- sama kita doakan kejayaan DD1 FC!

Tahniah dan syabas buat murid-murid dan guru-guru yang terlibat!
14/05/2026

Tahniah dan syabas buat murid-murid dan guru-guru yang terlibat!

12/05/2026
Assalammualaikum dan salam sejahteraMakluman kepada semua ibu bapaPenangguhan Perjumpaan Kokurikulum pada minggu ini.Har...
11/05/2026

Assalammualaikum dan salam sejahtera
Makluman kepada semua ibu bapa

Penangguhan Perjumpaan Kokurikulum pada minggu ini.

Harap maklum
Terima kasih
Unit Kokurikulum SKDD1

Address

NO 2, Jalan PJU 10/1, DAMANSARA DAMAI
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin Sk Damansara Damai 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Buletin Sk Damansara Damai 1:

Shortcuts

Share

Category