14/02/2016
Apabila saya ingin memulakan 'THHP', bekas majikan saya sangat tidak bersetuju. Ini adalah kerana setiap servis itu ada nilai bayarannya. Memberi perhidmatan atas konsep pertolongan tidak membawa keuntungan.
-Saya tersenyum dan tergelak kecil. Barangkali beliau tidak memahami konsep the helping hand. Jika faham, maka tiada isu tentang keuntungan atau kerugian.
Semasa saya cuba meminta buah fikiran dengan rakan perniagaan saya tentang konsep projek THHP, mereka bersetuju pada konsep non-profit projek. Namun tidak bersetuju pada implementasi yang melibatkan kos. Mudah kata, jika kos ditanggung baru setuju.
-Dunia perniagaan adalah tentang penyata untung dan rugi. Ditambah p**a tiada yang percuma, maka hanya orang gila yang membuat sesuatu bukan untuk keuntungan.
Saya juga bertanyakan kepada client saya tentang idea THHP. Mostly agreed! Mereka hanya mahukan privilage apabila ingin membuat treatment untuk mereka, famili, saudara & rakan2 mereka.
-Lumrah dunia apabila manusia mementingkan diri sendiri serta orang yang disekelilingnya. Jika orang asing itu tidak perlu dibantu kerana tidak dikenali.
Petang ini ada kawan fisio yang bertanyakan tentang peluang pekerjaan dengan THHP. Saya terpaksa berlawak sinis kerana tidak mahu dia terasa hati.
-Jika mahukan pekerjaan, maka di sini tiada jawatan kosong untuk di isi.
Kepada saya sendiri, The Helping Hand Project adalah ruang untuk melihat kuntuman senyuman. Senyuman si sakit, pasangannya, anak2 dan juga ahli keluarga. Senyuman kegembiraan yang dinantikan oleh semua orang.
Jika anda mempunyai sebab tersendiri untuk menghulurkan tangan, begitu juga saya.
Tiada paksaan untuk melakukan kebaikan. Penghalangnya adalah KAMU.
------------------------------------------
------------------------------------------
The Helping Hand Project akan beroperasi secara rasmi di Lembah Klang(lokasi akan diberitahu kelak) pada bulan Mac 2016. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga, saudara, jiran tetangga ataupun sahabat yang mempunyai masalah seperti di bawah, sila whatapps nama, umur, tempoh sakit & diagnosis ke +673 8662800.
1. Back pain (spinal cord & vertebra)
2. Sciatica (buttock to foot)
3. Headache + neck + shoulder
4. Cerebral Palsy / developmental delay
Proses rehab melibatkan terapi pemulihan pantas(fast recovery), diet pemakanan, regangan, senaman serta pemantauan berkala. Sila share sebanyak mungkin. Semoga ada kuntuman senyuman yang terukir melalui perkongsian anda.