30/05/2024
"BINA NEGARA BANGSA"
JAKIM dengan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia melaksanakan Bengkel Peningkatan Profesionalisme : Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI Penjawat Awam - JAKIM.
Alhamdulillah.. dipilih menjadi "Penghulu" dalam bengkel batch-1 dan diberi penghormatan untuk menyampaikan perkongsian perjalanan bengkel selama 3 hari di Institut Kenegaraan Perdana, Jalan Bellamy, K.Lumpur.
Perkongsian dan pencerahan yang sangat jelas mampu memperkasakan jati diri dan profesionalisme dalam pembinaan negara bangsa.
27/05/2024
Jumpa anda di Pesta Buku, PWTC
https://vt.tiktok.com/ZSY24QFoo/
TikTok · YaPEIM
28 likes, 10 comments. “Mai mai mai semua.. Pavilion kami Al Falah”
14/05/2024
Kursus Digital Marketing Lauchpad
Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri daripada warga YaPEIM telah mengikuti kursus in house Digital Marketing di Hotel Perdana KLCC.
23/07/2023
KURSUS SYOKNYA KERJA KITA!
Kursus berlangsung pada 22 Julai 2023 yang bertempat di KOPTOWN EDC HOTEL،, Kuala Lumpur.
Seramai 90 orang peserta dari seluruh pegawai/ staf PPY Negeri dan Audit Dalam seluruh negeri. Banyak input dan perkongsian diterima dalam kursus ini. Semoga semua peserta seronok dengan kerja yang sekarang.
29/06/2023
Salam Eid Adha Al Mubarak 1444H
Korbankan segala permusuhan, pupuk semangat kesamaan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1444H | 2023M
"Sesungguhnya hari yang paling besar disisi Allah SWT adalah Hari Raya Korban, kemudian hari selepasnya". - HR Abu Daud dan Ahmad
Semoga segala amal ibadah diterima oleh Allah SWT khususnya buat mereka yang mengerjakan haji dan melaksanakan ibadah korban tahun ini.
Ikhlas daripada Pengerusi & Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengurusan Utama serta Warga Kerja YaPEIM.
20/06/2023
BENGKEL SOSIAL MEDIA : PENGENDALIAN APLIKASI TIKTOK SECARA BERKESAN
Bengkel dijalankan selama dua hari dari 19-20 Jun 2023 bersama Content Creator terkenal tanah air yang tag line "TAK GITU BANG?!" Iaitu Saudara Azrul Afandi Sobry
Banyak ilmu yang disampaikan dan teknik sebenar dalam mengendalikan akaun tiktok. Jangan disangka yang simple itu mudah. Semoga ilmu ini bemanfaat kepada semua peserta.
28/05/2023
DIDIKAN DAHULU
Hanya perbetulkan pada seorang, yang lain-lain dibawah kawalan auto menjadi betul. Gaya didikan ini dipanggil "One shot three kills". 😄
17/05/2023
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!!
KEM KHALIFAH RABBANI SIRI 2.
Terbuka kepada anak-anak warga kerja YaPEIM & IMP/IBK YaPEIM yang berumur 7 -12 tahun. Daftar segera sebelum kehabisan tempat. Tarikh tutup pendaftaran pada 25 Mei 2023.
Tarikh program : 30-31 Mei 2023
Tempat : Dewan Solat YaPEIM, Tingkat 4, Mentari Business Park.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Yuran : RM100.00 sahaja
Pendaftaran boleh dibuat dengan scan QR CODE di iklan.
Cepat! Cepat! jangan ketinggalan.
14/04/2023
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT YaPEIM & KUMPULAN 2023
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan limpahan kasih dan RahmatNya, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun nampak mcm huru hara. Tapi itulah cara kami menunjukkan kegembiraan.😄
Majlis bertambah meriah dengan kehadiran Ybhg. Datuk Chairman dan Ybrs. Ketua Pegawai Ekesekutif / Ketua Pengarah YaPEIM. Ditambah lagi dengan ucapan yang berinspirasi dan bersemangat Ketua Pengarah untuk seluruh warga YaPEIM membuatkan seluruh dewan bertepuk tangan kegembiraan. Jangan ditanya kenapa.. ☺️
Sekilas pandangan di Majlis Khatam Al-Quran Peringkat YaPEIM dan Kumpulan bagi tahun 2023
12/04/2023
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT YaPEIM & KUMPULAN.
Semua warga YaPEIM dijemput hadir :
Tarikh : 14 April 2023 / 23 Ramadhan 1444H
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Dewan Utama YaPEIM
Pakaian : Baju Melayu Lengkap (lelaki) / Baju Kebangsaan (Wanita)
link zoom akan dikongsi pada hari program.
11/04/2023
TAHNIAH! YBrs. En. Ameer Ali Bin Vali Mohamed atas perlatikan sebagai KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF/ KETUA PENGARAH YaPEIM yang berkuatkuasa pada 11 April 2023.
Semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan amanah. Amin ya Rabb..