Taski Abim Petaling Jaya

Taski Abim Petaling Jaya Taski ABIM Petaling jaya mempunyai 5 cawangan yang beroperasi di sekitar Petaling Jaya

Alhamdulillah Selesai Gotong-Royong TASKI yang bertempat di TASKI Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong 🎨Program ini melib...
29/12/2025

Alhamdulillah Selesai Gotong-Royong TASKI yang bertempat di TASKI Al-Hidayah, Bandar Kinrara, Puchong 🎨

Program ini melibatkan kerja-kerja mengecat dan penambahbaikan ruang pembelajaran demi mewujudkan suasana yang lebih ceria, selesa dan kondusif untuk murid-murid TASKI.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa dan komitmen. Semoga usaha ini menjadi amal kebajikan dan menyuburkan semangat ukhuwah serta gotong-royong dalam masyarakat.. Amin Ya Rabbal Alamin 🤲🤲



📢 JAWATAN KOSONG – GURU TADIKA🌸 Taski ABIM Petaling Jaya 🌸Assalamualaikum & Salam sejahtera 🌼Kami sedang mencari calon G...
31/10/2025

📢 JAWATAN KOSONG – GURU TADIKA
🌸 Taski ABIM Petaling Jaya 🌸

Assalamualaikum & Salam sejahtera 🌼

Kami sedang mencari calon Guru Tadika yang penyayang, sabar dan komited untuk membimbing anak-anak kecil usia 4–6 tahun dalam suasana pembelajaran yang ceria dan Islamik 💕

📋 Kriteria:
✅ Sijil/Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau bidang berkaitan
✅ Sabar, penyayang & minat mengajar
✅ Pengalaman satu kelebihan (latihan disediakan)

🎯 Tanggungjawab:
👧 Mengajar & membimbing kanak-kanak 4–6 tahun
💬 Berkomunikasi dengan ibu bapa
🎨 Membantu dalam aktiviti & program tadika

💎 Faedah:
✨ Caruman KWSP / PERKESO / SIP
🏡 Penginapan disediakan

📧 Hantar resume ke: [email protected]
📞 WhatsApp terus: Klik Sini untuk WhatsApp Ustaz Syaifusyafiq https://wa.me/60143274348

Mari sertai keluarga Taski ABIM Petaling Jaya dan bersama membentuk generasi rabbani yang berakhlak mulia 🌿

🇲🇾 Ucapan Sambutan Hari Malaysia 🇲🇾Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sempena Hari Malaysia yang kita raikan pad...
16/09/2025

🇲🇾 Ucapan Sambutan Hari Malaysia 🇲🇾

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sempena Hari Malaysia yang kita raikan pada hari ini, warga TASKI ABIM Petaling Jaya ingin merakamkan ucapan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Hari Malaysia mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Mari kita hayati firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 13:

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”

Dengan semangat Madani, marilah kita bersama-sama mendidik generasi kecil ini agar membesar dengan nilai cinta akan agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Selamat Hari Malaysia 2025 daripada kami,
TASKI ABIM Petaling Jaya 🌺🇲🇾

🌸 Salam Maulidurrasul 1447H / 2025M 🌸Daripada kami warga TASKI ABIM Petaling JayaAlhamdulillah, segala puji bagi Allah S...
05/09/2025

🌸 Salam Maulidurrasul 1447H / 2025M 🌸
Daripada kami warga TASKI ABIM Petaling Jaya

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita dipertemukan lagi dengan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa cahaya Islam ke seluruh alam.

Firman Allah SWT:
“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
(Surah Al-Anbiya’, 21:107)

Maulidurrasul bukan sekadar mengenang tarikh kelahiran Baginda SAW, bahkan ia menjadi ruang untuk kita menanamkan rasa cinta, memperbaharui semangat mengamalkan sunnah, dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Buat ibu bapa, guru dan anak-anak tersayang, marilah kita bersama mencontohi Rasulullah SAW sebagai pendidik terbaik, membina generasi yang berilmu, beradab dan bertakwa. Semoga anak-anak kita terus dibimbing dengan cahaya al-Quran dan sunnah, menjadi generasi soleh dan solehah yang menjadi rahmat kepada masyarakat dan negara.

🌺 Selamat menyambut Maulidurrasul 1447H / 2025M.
Semoga kecintaan kita kepada Nabi SAW diterjemah dengan amal, akhlak dan perjuangan.

🇲🇾✨ SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2025 ✨🇲🇾Di bumi bertuah ini, kita menyulam doa dan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan & keam...
31/08/2025

🇲🇾✨ SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2025 ✨🇲🇾

Di bumi bertuah ini, kita menyulam doa dan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan & keamanan yang diwarisi daripada pengorbanan para pejuang bangsa.

📖 Firman Allah SWT (An-Nahl:112):
“Sebuah negeri yang aman lagi tenteram, rezekinya melimpah-ruah dari segenap tempat; namun bila penduduknya kufur, Allah timpakan kelaparan dan ketakutan akibat perbuatan mereka.”

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”,
Marilah kita semarakkan semangat kasih sayang, keadilan dan perpaduan agar Malaysia terus makmur, diberkati dan dilindungi Ilahi.

Ikhlas daripada,
TASKI ABIM Petaling Jaya




✨ PENDAFTARAN TADIKA/TASKI ABIM PETALING JAYA 2026 DIBUKA! ✨💖 Mahukan permulaan pendidikan terbaik buat anak anda?Di TAD...
26/08/2025

✨ PENDAFTARAN TADIKA/TASKI ABIM PETALING JAYA 2026 DIBUKA! ✨

💖 Mahukan permulaan pendidikan terbaik buat anak anda?
Di TADIKA/TASKI ABIM PETALING JAYA, kami bukan sahaja fokus akademik, tetapi juga mendidik dengan akhlak & asas agama dalam suasana penuh kasih sayang. 🌸

📚 Kurikulum lengkap merangkumi:
✅ Pendidikan Islam (Qiraati, Hafazan, Doa Harian, Cinta Solat)
✅ Kaedah membaca moden (Phonics & sesuai tahap anak)
✅ Aktiviti ceria sambil bermain
✅ Pembentukan karakter berasaskan Aqidah & Akhlak

🌟 Yuran Mesra Ibu Bapa 🌟
👉 Sepenuh masa hanya RM400
👉 Separuh hari hanya RM200

📍 Pilihan TADIKA/TASKI berhampiran rumah/kerja anda di Petaling Jaya & Puchong.

🎉 Umur kemasukan: 4 – 6 tahun (Sesi 2026)
🌿 KE ARAH ANAK YANG SOLEH
🌿 FASTABIQUL KHOIROT

📒 Tempat terhad! Daftar segera untuk pengalaman pembelajaran awal yang penuh barakah.

Telah berlangsung majlis anugerah pelajar TASKi ABIM Petaling Jaya 2024. Seramai 30 orang pelajar. Tahniah dan selamat m...
14/01/2025

Telah berlangsung majlis anugerah pelajar TASKi ABIM Petaling Jaya 2024. Seramai 30 orang pelajar. Tahniah dan selamat meneruskan pengajian di sekolah rendah. Selamat maju jaya buat semua.

11/12/2024

MASIH MENCARI TADIKA UNTUK ANAK 4-6 TAHUN?

JOM DAFTAR SEGERA DI
Taski Abim Petaling Jaya

11/12/2024

TADIKA YURAN MAMPU BAYAR!!!
CEPAT DAFTAR!!!
LAMBAT ....
MAAF TIADA TEMPAT

06/12/2024
06/12/2024

Acara ibubapa. Terima kasih kepada semua ibubapa yang meraikan sukan anak-anak taski

Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60199216403

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taski Abim Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category