08/12/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana kutipan dana Projek Pemasangan & Penyelenggaraan Projektor LCD telah mencapai sasaran (kutipan bermula 22 Nov 2022 dan sumbangan terakhir diterima pada 7 Dis 2022). Dengan ini tabung kutipan ditutup secara rasmi.
Jutaan terima kasih dari pihak Sekolah dan PIBG atas sumbangan yang telah tuan/puan berikan. Semoga hasil dari inisiatif ini memberi manafaat kepada proses pengajaran dan pembelajaran murid SMK Sultan Abdul Samad.
TERIMA KASIH 🌹