02/11/2021
Juruoptik kerjaya bergaji lumayan, Kolej Vision penuhi keperluan industri, optimumkan kebolehan pelajar
Profesion ini mempunyai tanggungjawab dan bidang tugas tersendiri bagi membantu pesakit mengenal pasti masalah yang dihadapi.
Bagi memastikan seseorang individu itu mendapat kelayakan dalam bidang berkaitan penjagaan dan kesihatan mata, mereka perlu melalui beberapa peringkat pengajian seperti diploma, ijazah, sarjana dan pengkhususan tertentu untuk layak digelar doktor mata.
Profesion ini juga memberi penekanan tentang penjagaan dan pengurusan pesakit-pesakit mata malah mereka juga membuat pemeriksaan sama ada seseorang pesakit itu boleh menggunakan cermin mata dengan kuasa kaca mata yang ditentukan.
“Pelajar yang berminat menyambung pengajian dalam Diploma Opticianri di Kolej Vision perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga kredit termasuk dua subjek Sains (Biologi/Kimia/Fizik ) atau Matematik dan wajib lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Sejarah.
REAKSI
Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang berkenaan kerana mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan sendiri. - Pelajar semester empat, Siti Hajar
“Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam Diploma Opticianri di Kolej Vision kerana bercadang untuk membuka perniagaan sendiri satu hari nanti.” – Pelajar Semester Enam, Geena Wah Loke Yee.
“Berdasarkan pengalaman bekerja sebagai jurujual di kedai cermin mata, saya mula berminat menjadi juruoptik dan membuat keputusan menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Opticianri di Kolej Vision.” – Pelajar Semester Lima, Chan Jing Wen.