13/01/2024
MasyaAllah. Pada Jumaat 12 Januari 2024 yang lepas (malam sabtu), merupakan malam pertama Bulan Rejab.
Malam Rejab merupakan antara 5 malam yang Mustajab doa. Sama-sama kita semua menghidupkan bulan berkah, bulan Rejab dengan amal ibadat dan berdoa kepada Allah SWT. Semoga setiap yang dihajatkan itu dikabulkan serta urusan kita dipermudahkan Allah SWT.
Bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Jom sama-sama kita perbanyakkan puasa, solat sunat, sedekah
dan amalan lain untuk mendapat keredhaan Allah.