10/08/2026
Berita Terkini
Malam yang penuh aksi, semangat dan kesukanan ⚽🏆
Kejohanan Bolasepak 7-Sebelah (Inter-Staf) METEOR 2026 – Edisi Piala Dunia berlangsung dengan amat meriah pada Jumaat lalu, dengan 6 pasukan berentap merebut gelaran juara di EV Arena Elmina Lakeside.
Tahniah kepada pasukan yang berjaya mencipta kemenangan! 🎉
🥇 Juara: Mexico – El Tricolor
🥈 Tempat Kedua: Morocco – Atlas Lions
🥉 Tempat Ketiga: England – Three Lions
Lebih istimewa, kejohanan tersebut turut menyaksikan perasmian jersi baharu Kelab METEOR, yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an METEOR, En Farid Wajidi Mat Yusoff, bersama Pemangku Ketua Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran Kump**an, En Aznam Zakaria, sebelum perlawanan bermula.
Terima kasih kepada semua pasukan dan warga METEOR yang hadir memberikan sokongan. Menang atau kalah, yang penting semangat satu pasukan! 💪⚽
– Komunikasi Strategik Kump**an