24/03/2025
MEMACU KEHIDUPAN PEMIMPIN KECIL, WARIS KEPIMPINAN NEGARA.
Alhamdulillah, semalam (24 Mac 2025) telah berlangsungnya Program Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Bandar Baru Sri Damansara 2 yang melibatkan seramai 97 orang pemimpin kecil yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya, pengawas SPBT, pengawas musolla, ketua kelas dan penolong ketua kelas termasuklah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs Encik Ahmad Azri bin Zainal Nor, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) - MBI yang turut bertindak selaku perasmi. Pelbagai perkongsian yang telah disampaikan seperti pengalaman dalam dunia kepimpinan dan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menjadi aspirasi buat anak-anak murid dan para pendidik.
Dikesempatan yang sama, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif oleh Yayasan MBI dan Kerajaan Negeri Selangor yang boleh dimanfaatkan kepada semua anak murid dan para pendidik di sekolah ini antaranya:-
1. Insentif kewangan secara terbuka buat mana-mana murid dan para pendidk sekolah ini yang mewakili Negeri Selangor ke peringkat tertinggi (kebangsaan dan antarabangsa) dalam apa-apa pertandingan berkaitan pembangunan bakat, termasuk urusan berkaitan tiket penerbangan, makan minum dan yuran penyertaan.
2. Pelawaaan khusus buat 40 orang murid dan para pendidik sekolah ini bagi menyaksikan perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor FC dengan tanggungan kos pengangkutan dan tiket oleh Yayasan MBI.
3. Insentif kewangan (modul dan bayaran makan murid) melalui program didik kasih untuk para pendidik yang mengadakan kelas berkaitan pemulihan (literasi dan numerasi) melibatkan murid tahun 2 - tahun 6.
4. Pengumuman peruntukan RM 20 Ribu Ringgit bagi tujuan pembangunan sukan sofbol dan fasiliti bakat murid.
Majlis kemudiannya menyaksikan sesi menandatangani sijil jaringan dan jalinan komuniti diantara kedua-dua pihak. Pihak sekolah juga berbesar hati atas kesudian Yayasan MBI untuk diiktiraf selaku rakan strategik - komuniti pendidikan bagi pembangunan program pendidikan dan bakat murid sekolah ini.
Terima kasih Encik Ahmad Azri, Terima Kasih Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) - MBI. Semoga hubungan erat yang sedia terjalin akan terus berkekalan demi kebaikan bersama. Segalanya demi Selangor dan Perpaduan!.
“Kita Selangor, Maju Bersama” ❤️💛
Disediakan oleh:
Muhammad Hanzalah bin Zullkeflee
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Bandar Baru Sri Damansara 2
Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor Incorporated