PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2

PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2

Share

Persatuan Ibubapa & Guru, Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2

07/06/2026

๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ˆ๐๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

Inovasi adalah pemacu utama pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Sehubungan itu, penyertaan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2026 (AINS 2026) kini dibuka.

Bertemakan "Kesejahteraan Negeri Selangor", Anugerah ini mengiktiraf inovasi yang dapat meningkatkan kecekapan dan nilai tambah selaras aspirasi pembangunan Negeri Selangor.

๐Ÿ†Jumlah Hadiah Wang Tunai Keseluruhan:
RM65,200.00

๐Ÿ—“๏ธTarikh Tutup Penyertaan:
15 JULAI 2026

๐Ÿ“ŒPenyertaan adalah PERCUMA

๐Ÿ“ŒPenyertaan terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor

๐Ÿ“ŒMaklumat lanjut dan pendaftaran:
Imbas kod QR pada poster untuk akses atau pautan berikut:
https://inovasi.selangor.gov.my/

Sertai kami bagi menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor yang lebih maju dan sejahtera.






07/06/2026

๐Ÿ“ข *SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!*

๐Ÿ”นWarga SKDD(2) mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid. Semoga terus bersemangat dan bersedia untuk menimba ilmu pada sesi persekolahan yang baharu.

๐Ÿ”นUntuk makluman, berikut ialah *Jadual Pemakaian MURID TAHAP 1 & TAHAP 2 bermula pada 8 JUN 2026 (Isnin)*.

๐Ÿ”นSemua murid diminta mematuhi jadual pemakaian yang ditetapkan serta memastikan pakaian lengkap dengan lencana dan tanda nama. Tali leher *TIDAK DIWAJIBKAN*

Kerjasama semua murid dan ibu bapa amat dihargai. Terima kasih. ๐Ÿ˜Š

*UNIT HEM SKDD (2)*

07/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera๐ŸŒน

*MAKLUMAN KUTIPAN SUMBANGAN KEMATIAN MURID SKDD(2)*

Seperti yang kita sedia maklum, SKDD(2) telah kehilangan seorang murid yang dikasihi, iaitu *Paulus Amsal Jimri (5E)*.

Oleh itu, pihak sekolah akan mengadakan kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban keluarga mendiang.

Kutipan sumbangan akan dilaksanakan dari kelas ke kelas *bermula pada 8 Jun (Isnin) sehingga 10 Jun (Rabu)*.

Semoga segala sumbangan daripada tuan/puan dapat membantu dan meringankan beban keluarga mendiang atas kehilangan insan tersayang.

Terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan sumbangan yang diberikan.

*UNIT KEBAJIKAN SKDD(2)*

31/05/2026

๐‘ซ๐‘ฐ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘ผ ๐‘ป๐‘ผ๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ๐‘ผ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Salam takzim daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2

Photos from Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh's post 24/05/2026

MANGSA LEMAS KANAK-KANAK DI DAMANSARA DAMAI DITEMUI MENINGGAL DUNIA

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian mangsa lemas pada 23 Mei 2026 jam 4.30 petang di sungai berhampiran Apartment Harmoni / Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Menara FINAS, Damansara Damai.

Menurut Komander Operasi, PBK I Rosdi bin Hainan, pihak bomba menerima laporan awal daripada pihak PDRM mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dijalankan menggunakan teknik surface searching oleh anggota PPDA Shah Alam sejauh kira-kira 2 kilometer namun tiada petunjuk ditemui. Operasi ditangguhkan pada waktu malam atas faktor keselamatan dan keadaan gelap di lokasi. Sebuah Pos Kawalan Bomba (PKB) dibuka berhampiran kawasan Ideal Naluri Sungai Buloh.

Pada hari kedua, operasi pencarian disambung semula seawal jam 7.30 pagi dengan pencarian darat di sepanjang tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga ke Jambatan Merbau Sempak.

Pada jam 10.00 pagi, pihak PGO Selangor menerima panggilan kecemasan melalui NG999 memaklumkan penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di tepi sungai di Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh.

Pasukan PPDA berjaya membawa naik mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM pada jam 11.00 pagi. Pengecaman mangsa kemudian dilakukan oleh ahli keluarga pada jam 11.10 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dikenali sebagai Paulus Amsal Jimri, 11 tahun, dan ditemui kira-kira 1.9 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Operasi melibatkan seramai 12 anggota bersama jentera Sitrak FRT, Hilux BBP Sungai Buloh serta bantuan PPDA Shah Alam.

Turut hadir di lokasi ialah Pegawai Operasi Negeri, PgKB II Mohd Redzuan bin Tarmizi, Ketua Balai TPgB II Azmel bin Kamarudin, Timbalan Ketua Balai PPgB Abdul Rahman bin Che Pa serta PKPgB Juyana @ Azlan bin Musa.

Credit : Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

24/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa murid kita yang terjatuh di dalam sungai pada 23 Mei 2026 (Sabtu), iaitu adik PAULUS AMSAL JIMRI (5 EFEKTIF) telah ditemui dan disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Marilah kita bersama-sama menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.

SK Damansara Damai (2)

Photos from Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh's post 24/05/2026

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA LEMAS DI SUNGAI DAMANSARA DAMAI

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian mangsa lemas pada 23 Mei 2026 jam 4.30 petang di sungai berhampiran Apartment Harmoni / Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Menara FINAS, Damansara Damai.

Sebuah jentera FRT Sitrak, Hilux dan LOV bersama sembilan anggota telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 4.42 petang. Operasi turut mendapat bantuan daripada pasukan PPDA Shah Alam.

Menurut Komander Operasi, PBK I Rosdi bin Hainan, pihak bomba menerima laporan awal daripada PDRM mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai berkenaan.

Operasi pencarian dimulakan pada jam 4.50 petang melibatkan pencarian di sepanjang sungai dari kawasan Menara FINAS Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Jalan Sungai Buloh sejauh kira-kira 1 kilometer. Pasukan pencarian tiba di Jalan Sungai Buloh pada jam 6.05 petang.

Ketua Balai bersama anggota BBP Sungai Buloh dan PPDA Shah Alam kemudian berkumpul di kawasan Kilang Lot 947-A, Jalan Subang, Kampung Baru Sungai Buloh bagi menyusun strategi operasi seterusnya.

Operasi bantuan PPDA ditangguhkan pada jam 7.30 malam, manakala operasi pencarian darat diteruskan secara pemantauan berkala oleh Crew A di sekitar kawasan jejantas Jalan Industri hingga ke jambatan Ideal Naluri sehingga jam 12.01 tengah malam.

Sekiranya tiada petunjuk ditemui, operasi pencarian akan diteruskan semula keesokan pagi dengan bantuan tambahan daripada PPDA Shah Alam serta unit K9.

Credit : Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2's post 23/05/2026

Peringatan untuk semua ibu bapa SK Damansara Damai (2).

"SENTIASA JAGA KESELAMATAN ANAK-ANAK SEPANJANG MUSIM CUTI SEKOLAH"

Photos from SK Damansara Damai 2 (SKDD2)'s post 23/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA DAMAI 2

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru peringkat SK Damansara Damai 2 yang berlangsung pada Jumaat, 22 Mei 2026 telah disambut dengan penuh meriah, ceria dan bermakna melibatkan warga sekolah sesi pagi dan petang.

Semoga sambutan ini menjadi kenangan indah dan terus menyemarakkan semangat warga pendidik dalam mencurahkan bakti demi masa depan generasi pewaris negara.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€ ๐ŸŒท๐Ÿ“š

Want your school to be the top-listed School/college in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2), Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai
Petaling Jaya
47830

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Friday 07:30 - 18:30