04/05/2026
π Kem Kepimpinan Peringkat Sekolah π
πΉ Telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Peringkat Sekolah yang melibatkan barisan pemimpin murid seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pembimbing rakan sebaya serta ketua dan penolong ketua kelas.
πΉ Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah diri, memupuk nilai kepimpinan serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan dalam kalangan murid.
πΉ Sepanjang kem, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti membina jati diri, permainan berkumpulan serta slot ceramah motivasi.
πΉ Diharapkan program ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan.
πΉ Terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk masa hadapan. πͺβ¨