Smart Mind Home Centre - Petaling Jaya

Smart Mind Home Centre - Petaling Jaya Menyediakan perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home Based secara terus di rumah di sekitar Petaling Jaya, Selangor

Rumusan Ringkas Setiap Bab bagi Subjek Sains Tingkatan 3, moga bermanfaat πŸ‘‡πŸ₯°
19/08/2026

Rumusan Ringkas Setiap Bab bagi Subjek Sains Tingkatan 3, moga bermanfaat πŸ‘‡πŸ₯°

Formula Asas Masa. Boleh Print untuk kegunaan anak-anak.⚠️Bahan ini untuk tujuan mengajar sahaja (ibu bapa/guru) share d...
18/08/2026

Formula Asas Masa. Boleh Print untuk kegunaan anak-anak.

⚠️Bahan ini untuk tujuan mengajar sahaja (ibu bapa/guru) share dan save. Saya tidak mengizinkan poster ini dimuat naik semula ke profile/page demi kepentingan sendiri (Fb Pro).

Matematik Tingkatan 1 (KSSM), berikut adalah ulasan ringkas mengenai "GSTK (Gandaan Sepunya Terkecil)" πŸ‘‡1. Definisi-----...
17/08/2026

Matematik Tingkatan 1 (KSSM), berikut adalah ulasan ringkas mengenai "GSTK (Gandaan Sepunya Terkecil)" πŸ‘‡
1. Definisi
-----------
GSTK bagi beberapa nombor bulat ialah gandaan sepunya yang mempunyai nilai "paling kecil" antara semua gandaan sepunya nombor-nombor tersebut. Sebagai contoh, gandaan sepunya bagi 6 dan 8 ialah 24, 48, 72, dan seterusnya. Maka, 24 adalah GSTK bagi 6 dan 8.
2. Kaedah Menentukan GSTK
-------------------------------
Terdapat tiga kaedah utama untuk mencari nilai GSTK.

βœ“ Menyenarai gandaan sepunya: Menulis semua gandaan bagi setiap nombor sehingga berjumpa gandaan sepunya pertama yang terkecil.

βœ“ Pembahagian berulang: Membahagikan nombor-nombor tersebut secara berturutan dengan pembahagi (biasanya nombor perdana) sehingga semua hasil bahagi menjadi 1.

βœ“ Pemfaktoran perdana: Mengungkapkan setiap nombor dalam bentuk hasil darab faktor perdana, kemudian mendarabkan faktor-faktor tersebut untuk mendapatkan GSTK.
3. Kepentingan Belajar GSTK
-------------------------------
GSTK mempunyai banyak kegunaan dalam matematik dan kehidupan seharian, antaranya:

βœ“ Penyelesaian masalah harian: Digunakan dalam situasi yang melibatkan perulangan atau penyelarasan masa, seperti menentukan bila dua loceng akan berbunyi serentak atau menentukan bilangan kotak paling kurang untuk mendapatkan jumlah barang yang sama bagi item yang berbeza unit dalam satu sekotak.

βœ“ Operasi pecahan: Digunakan sebagai teknik untuk menyamakan penyebut (GSTK bagi penyebut) apabila melakukan operasi penambahan atau penolakan pecahan.

βœ“ Bidang profesional: Membantu ahli muzik memahami rentak muzik dengan lebih baik serta membantu dalam pengiraan nisbah kuantiti yang lebih kompleks.
Moga bermanfaat πŸ₯°
Cikgu Mohd Azman Bin Mohd Nor

Jom kita fahami makna simbol dan warna pada Bendera Malaysia πŸ‡²πŸ‡ΎBendara ialah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah ...
16/08/2026

Jom kita fahami makna simbol dan warna pada Bendera Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bendara ialah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara dan bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, tetapi mewakili maruah, perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.

πŸ”’βœ¨ JOM BELAJAR MATEMATIK! βœ¨πŸ”’πŸ“š Topik: Nilai Tempat & Nilai Digit Nombor BulatTahukah kamu? πŸ€”Setiap digit mempunyai tempat...
16/08/2026

πŸ”’βœ¨ JOM BELAJAR MATEMATIK! βœ¨πŸ”’

πŸ“š Topik: Nilai Tempat & Nilai Digit Nombor Bulat

Tahukah kamu? πŸ€”
Setiap digit mempunyai tempat dan nilai yang berbeza!

Contoh: 4 582

πŸ”Ή Digit 5
πŸ“ Nilai Tempat: Ratus
πŸ’° Nilai Digit: 500

πŸ”Ή Digit 8
πŸ“ Nilai Tempat: Puluh
πŸ’° Nilai Digit: 80

πŸ’‘ Ingat!
πŸ‘‰ Nilai Tempat = digit itu duduk di mana.
πŸ‘‰ Nilai Digit = digit itu bernilai berapa.

Jom kuasai asas nombor supaya Matematik jadi lebih mudah!

Sirah: Hijrahan Rasulullah
14/08/2026

Sirah: Hijrahan Rasulullah

Nota upkk/psraBahasa ArabKalau berguna untuk korang boleh save & print..Sya pon cedok dari tiktok & chat gpt..Semoga ana...
13/08/2026

Nota upkk/psra
Bahasa Arab
Kalau berguna untuk korang boleh save & print..

Sya pon cedok dari tiktok & chat gpt..
Semoga anak-anak kita muntaz🀲

Bab 2 Matematik Tingkatan 5 KSSM membincangkan topik "Matriks". 1. Pengenalan Matriks (Subtopik 2.1)--------------------...
12/08/2026

Bab 2 Matematik Tingkatan 5 KSSM membincangkan topik "Matriks".
1. Pengenalan Matriks (Subtopik 2.1)
-----------------------------------------
βœ“ Definasi: Matriks ialah susunan nombor dalam baris dan lajur untuk membentuk satu tatasusunan segi empat tepat atau segi empat sama.
βœ“ Peringkat Matriks: Ditentukan dengan bilangan baris dikali dengan bilangan lajur (m x n). Contohnya, matriks dengan 2 baris dan 3 lajur mempunyai peringkat 2 x 3.
βœ“ Unsur Matriks: Kedudukan unsur dalam matriks A diwakili oleh a(ij), di mana i ialah baris dan j ialah lajur.
βœ“ Kesamaan Matriks: Dua matriks adalah sama jika kedua-duanya mempunyai peringkat yang sama dan setiap unsur sepadannya adalah sama
2. Operasi Asas Matriks (Subtopik 2.2)
------------------------------------------
βœ“ Penambahan dan Penolakan: Hanya boleh dilakukan jika kedua-dua matriks mempunyai "peringkat yang sama". Operasi dilakukan pada unsur-unsur yang sepadan.

βœ“ Pendaraban Skalar: Melibatkan pendaraban setiap unsur dalam matriks dengan suatu nombor nyata (skalar).

βœ“ Pendaraban Dua Matriks: Boleh dilakukan jika bilangan lajur matriks pertama sama dengan bilangan baris matriks kedua. Hasil darab matriks peringkat m x n dan n x p ialah matriks berperingkat m x p.

βœ“ Matriks Identiti (I): Matriks segi empat sama yang mempunyai unsur 1 di sepanjang pepenjuru utama dan unsur sifar di tempat lain. Pendaraban mana-mana matriks A dengan I akan menghasilkan matriks A semula (AI = IA = A).

βœ“ Matriks Songsang (A^{-1}): Jika hasil darab dua matriks A dan B ialah matriks identiti (AB = BA = I), maka B ialah songsangan bagi A.
3. Penyelesaian Persamaan Linear Serentak
----------------------------------------------
βœ“ Matriks digunakan untuk menyelesaikan persamaan linear serentak dengan menukarkannya kepada bentuk matriks AX = B.

βœ“ Nilai pemboleh ubah dicari menggunakan kaedah X = A^{-1}B.
4. Aplikasi Kehidupan Sebenar
---------------------------------
Topik ini diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti perwakilan maklumat dalam sukan, pengurusan stok kedai, sistem laluan pengangkutan awam, dan kriptografi (sains keselamatan maklumat).
Moga bermanfaat πŸ₯°
Cikgu Mohd Azman Bin Mohd Nor

11/08/2026
Senang nak faham kan kalau bergambar macam ni. πŸ₯°
10/08/2026

Senang nak faham kan kalau bergambar macam ni. πŸ₯°

Address

Petaling Jaya
40150

Telephone

+60137265773

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Mind Home Centre - Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Smart Mind Home Centre - Petaling Jaya:

Shortcuts

Share

Category