Nizam Mat Saari

Nizam Mat Saari BISNES tentang GAYA, KESIHATAN dan PENDIDIKAN.

Fikir-fikirkan.
17/08/2026

Fikir-fikirkan.

Riuh rendah di parlimen minggu ini pasal laporan RCI Tabung Haji. Angka kerugian yang keluar bukan calang-calang, RM10 bilion hingga RM12.6 bilion lebur sebab salah urus dan pelaburan pelik sebelum ini.

Bila pendeposit bising, jawapan rasmi kerajaan sentiasa sama, jangan risau, kerajaan sudah buat pelan penyelamatan dan duit pendeposit selamat dijamin kerajaan.

Betul, dari segi teknik, duit pendeposit memang selamat. Kerajaan sudah suntik dana bailout lebih RM10 bilion untuk tampung lubang yang bocor itu.
Tetapi sebagai rakyat marhaen, kita kena pakai logik asas.

Duit bailout RM10 bilion yang kerajaan guna untuk tampung kesilapan orang atas itu datang dari mana?

Duit itu bukan jatuh dari langit. Itu duit cukai rakyat. Itu hasil pendapatan negara. Itu dana awam yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain.

Kalau tadbir urus dana macam ini terus dibiarkan dan menjadi perkara biasa, sampai bila kerajaan dan dana rakyat terpaksa jadi penyelamat? Berapa lama lagi kantung negara mampu bertahan untuk tanggung beban kebodohan pengurusan orang lain?

Saya bagi analogi mudah untuk semua orang faham.

Bayangkan mak dan ayah kau ada satu akaun simpanan khas. Duit dalam akaun itu mereka simpan sikit demi sikit setiap bulan. Niat mereka cuma satu, duit itu untuk bayar yuran universiti kau, baiki kereta yang selalu rosak dan renovate dapur rumah yang dah uzur.

Tiba-tiba, abang sulung kau pergi buat bisnes pelik tanpa usul periksa. Bisnes dia melingkup dan dia berhutang keliling pinggang sebanyak RM10,000 dengan kawan-kawan dia.

Sebab tak nak abang kau kena tangkap atau memalukan nama keluarga, mak dan ayah kau terpaksa korek akaun simpanan khas tadi. Mereka ambil RM10,000 daripada tabung itu untuk bayar hutang abang kau.

Hutang abang kau memang selesai. Dia selamat.
Tetapi apa jadi pada kau dan adik beradik lain? Yuran universiti kau terpaksa ditangguh, kereta mak ayah kekal rosak dan dapur rumah terus uzur tak baiki sebab duit simpanan yang sepatutnya untuk kebajikan satu keluarga sudah habis disedut untuk selamatkan kesilapan seorang individu.

Sama macam isu Tabung Haji. Keadaan dia sebiji macam tu. Tabung Haji tersalah labur dan rugi. Nak bagi selamat dan tak nak rakyat panik, kerajaan luluskan untuk ambik duit daripada peruntukan tempat lain, lalu tampung lubang di situ.

Dengan RM10 bilion duit tempat lain tu, kita sepatutnya boleh bina beratus sekolah baru yang daif di pedalaman. Kita boleh naik taraf berpuluh hospital awam yang sesak dengan mesin perubatan yang usang.

Kita boleh salur subsidi terus ke poket pesawah, nelayan dan golongan yang tengah tersepit.

Malah mengikut kiraan pakar, RM10 bilion itu sebenarnya cukup untuk menampung subsidi haji penuh bagi semua jemaah muassasah B40 untuk tempoh lebih 20 tahun.

Sebab tu kita marah bila ada unsur sakau, ketirisan dan salah tadbir. Impak dia bukan sekadar angka di atas kertas laporan RCI.

Impak sebenar ialah setiap kali orang atas buat silap, seluruh rakyat Malaysia yang menanggung akibatnya.

Bajet pembangunan yang sepatutnya turun ke bawah untuk mudahkan hidup rakyat, terpaksa dipenjuru ke atas untuk selamatkan maruah institusi yang dirosakkan oleh tangan-tangan tidak bertanggungjawab.

Benda ini bukan sekadar isu salah urus atau sakau. Ini isu amanah dan hak rakyat yang secara tidak langsung memberi kesan berpanjangan.

Bila aliran tunai kerajaan problem, cukai p**a dinaikkan supaya hasil negara bertambah. Akhirnya rakyat juga yang kena hadap kesilapan golongan atasan.

Setiap kali kerajaan kata tiada peruntukan untuk bantu sekolah, tiada bajet untuk baiki jalan berlubang, atau terpaksa tarik subsidi ruji, ingatlah jumlah berbilion ringgit yang telah lebur untuk menutup lubang kegagalan masa lalu.

Selepas banyak siri kegagalan tadbir urus seperti ini, sudah tiba masanya kita bertegas. Institusi yang menjaga kepentingan rakyat mesti dipandu oleh individu yang berintegriti, cekap, amanah dan handal.

Mana-mana individu yang duduk di atas sana, yang rasa diri mereka tak berguna dan tak handal, sila letak jawatan. Jangan susahkan poket rakyat hanya semata-mata untuk menahan ego jawatan kau.

Fikir-fikirkan.

16/08/2026

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa aku tekan Shopee Live. Tak pernah-pernah aku buka benda ni.

Malam tadi p**a jadi.

Scroll punya scroll, jari aku berhenti dekat satu live.

View dia dua orang.

Seorang abang tengah jual muruku.

Setup dia simple gila. Meja lipat. Plastik muruku. Lampu pun malap-malap. Nama dia Apis.

Aku pun masuk la live dia. Bukan sebab nak beli. Saja nak borak. Kesian member live sorang-sorang.

Lelaki kan, nampak sunyi, kita temankan. Biar ada suara.

Aku buat lawak sikit. Nak bagi dia gelak.
Dia senyum, tapi mata dia penat.

Aku tanya

“Abang selalu live ke?”

Dia jawab

“Setiap malam lepas Isyak.”

Aku tanya lagi

“Kenapa rajin sangat live malam-malam ni?”

Dan dekat situ, aku rasa menyesal p**a aku tanya dia. Dari aku nak gelak terus emosi aku berubah

Dia cerita pasal hidup dia. Pasal keluarga dia.
Pasal dia asnaf. Siap tunjuk surat dari jabatan agama.

Dia cerita pasal satu fasa hidup dia jaga ibu yang sakit. Isteri dia p**a jaga ayah dia yang dementia.

Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.

Anak-anak?

Tiga orang anak perempuan. Ikut berniaga sana sini. Tak rasa sekolah macam anak kita rasa.

Dia cakap simpanan dah habis. Hidup diorang sekarang, hari ni cari, hari ni makan. Dia berniaga kat kaki lima.

Kadang depan Pertama kompleks. Kadang area Sogo.

Jual apa yang ada.

Muruku. Serunding. Kurma. Kekacang.
Harga semua bawah RM10.

Waktu dia tengah cerita tu, suara dia lain macam. Dan bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.

Dia cepat-cepat lap. Tapi aku dah nampak. Siot betul lah jatuh aku punya ego kelakian aku

Aku tak tunggu lama. Aku tekan beli 5 muruku.

Bila bunyi “ting” masuk, terus muka dia berubah. Senyum dia keluar. Betul-betul senyum.

Tapi wei, yang paling buat aku terdiam, bukan kisah susah dia.

Aku paling respek bini dia.

Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Susah cari pasangan masa susah.

Mana kau nak cari isteri yang sanggup duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah yang hilang ingatan, sambil besarkan tiga orang anak kecil.

Dan untuk dia sebagai lelaki, aku angkat tangan.

Bukan semua orang sanggup ubah hidup dia semata-mata sebab tanggungjawab. Bukan semua orang sanggup kecilkan dunia dia sebab orang lain.

Nabi ﷺ ada cakap, sebaik-baik manusia adalah yang paling baik pada keluarganya.

Malam tu aku rasa, dia bukan tengah jual muruku.

Dia tengah buat ibadah.

Wei

Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila, tapi hasil macam tak sampai

Ingat benda ni.

Kat luar sana ada satu keluarga asnaf, yang tiap-tiap hari bentang meja kat kaki lima. Bawa isteri. Bawa anak.

Tak ada gaji.

Tak ada cuti.

Tak ada siapa tepuk tangan.

Tapi diorang tak berhenti. Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup.

Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin malam tu kosong.

Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang masih sebut harga sambil simpan harap pada langit.

Allah sendiri janji

“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.”

Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan dalam bentuk duit. Tapi dalam bentuk hati yang tak pernah putus asa.

Bila aku tutup live malam tu, aku bukan rasa kasihan pada dia.

Aku rasa malu pada diri.

Malu sebab banyak nikmat aku anggap biasa.
Malu sebab aku selalu kata aku dah cukup usaha.

Sedangkan kat luar sana ada orang yang usaha dia tak pernah ada OFF.

Wei

Kalau malam ni kau tidur atas tilam, mak ayah kau ada atau pernah kau rasa kasih dia,
anak-anak kau lena, dan pasangan kau ada dekat sebelah

Demi Allah, kau bukan orang biasa. kau orang yang sangat-sangat kaya.

Sebelum kau pejam mata malam ni, cuba cakap sikit dalam hati

“Ya Allah, terima kasih. Ampunkan aku, sebab selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”

Bila aku tutup Shopee Live malam tu, aku tak terus letak telefon.

Aku baring, skrin gelap. Tapi dada aku tak.

Entah kenapa, muka anak-anak dia tak keluar dari kepala aku. Tiga budak perempuan kecil, yang umur dia sepatutnya bangun pagi pakai baju sekolah, bukan bangun pasang meja lipat.

Aku terbayang anak aku sendiri. Tidur atas tilam.

Kipas pusing.

Perut kenyang.

Esok pagi bangun, ada beg sekolah.

Dan tiba-tiba dada aku rasa sempit. Sebab kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia,
selain,

“Esok kita cuba lagi.”

Aku teringat muka dia bila dia lap air mata. Cara dia cepat-cepat senyum lepas tu, macam lelaki yang minta maaf sebab hampir runtuh depan orang.

Wei, ada jenis penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang jaga orang.

Penat orang berharap.

Dia live tiap-tiap malam lepas Isyak. Bukan sebab dia rajin sangat. Tapi sebab malam je masa yang dia ada untuk minta pada dunia.

Dan kita

Kadang-kadang rasa Allah lambat bagi. Padahal kita minta dalam keadaan kenyang.

Dalam keadaan selamat.

Dalam keadaan ada tempat nak balik.

Dia minta, dalam keadaan tangan kosong, dengan tiga pasang mata kecil yang bergantung pada dia.

Aku rasa sebak bila teringat isteri dia. Sebab bukan semua perempuan kuat untuk hidup yang tak ada “cuti dari susah”.

Tak ada weekend.

Tak ada honeymoon.

Tak ada “nanti bila senang”.

Yang ada cuma

“tak apa, aku ada.”

Dan aku rasa lebih sebak bila teringat diri aku sendiri. Berapa banyak nikmat yang aku dah pijak tanpa sedar.

Berapa banyak doa orang susah yang mungkin Allah makbulkan, dengan beri aku hidup yang aku selalu anggap biasa.

Wei

Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau telefon mak ayah kau dan dia jawab, atau kau baring dengan perut kenyang tanpa fikir esok ada makan ke tak

Jangan terus tidur.

Sebut nama Allah perlahan. Dan cakap dalam hati,

“Ya Allah, aku minta maaf. Selama ni aku terlalu bising mengadu, sampai aku tak dengar betapa banyaknya nikmat yang sedang menjerit dalam hidup aku.”

Malam tu aku tidur dengan satu doa yang aku jarang sebut.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang hanya kenal nikmat lepas Kau uji aku kehilangannya.”

Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.

Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.

(Kredit Penulisan : FB Khairul Johari)

PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Setiap sumbangan anda sangat bermakna. Link Shopee dan maklumat bank ada di ruangan komen ya.

15/08/2026

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara, Wan Harriz Wan Abdul Qayyum mengharumkan nama Johor dan Malaysia apabila berjaya meraih tempat pertama dalam Play-Off Qualifier Round, Hippo English The Contest 2026 di Doha, Qatar, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, susulan kejayaan tersebut Wan Harriz layak mara ke World Final Round yang akan berlangsung di Spoleto, Itali pada Oktober depan.

berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

Ini pun satu kes buli.
13/08/2026

Ini pun satu kes buli.

09/08/2026


08/08/2026

IBUNYA MASUK KOLEJ SEKALI. BUKAN UNTUK BELAJAR, TAPI UNTUK MENJADI TANGAN DAN KAKI ANAKNYA.

Pada tahun 2007, Siti Hawa Apandi memulakan pengajian Diploma di Universiti Malaysia Pahang.

Ketika ramai pelajar lain datang ke kampus membawa beg, komputer riba dan impian masing-masing, Siti Hawa datang bersama satu lagi insan yang akan menemaninya dalam perjalanan yang sangat panjang.

Ibunya.

Siti Hawa hidup dengan Spinal Muscular Atrophy (SMA), penyakit genetik yang menyebabkan otot semakin lemah dan menjejaskan keupayaan pergerakan.

Namun kemampuan berfikirnya tidak hilang.

Keinginannya untuk belajar juga tidak pernah hilang.

Jadi selama bertahun-tahun, ibunya, Zaidah Tamjis, tinggal bersamanya di kolej kediaman. Membantu perkara-perkara yang mungkin kelihatan kecil bagi kita, tetapi sangat besar bagi seseorang yang mempunyai keterbatasan fizikal.

Daripada Diploma.

Sambung Ijazah Sarjana Muda.

Kemudian Sarjana.

Dan akhirnya, PhD dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer.

Semuanya di universiti yang sama.

Hampir dua dekad perjalanan pendidikan itu akhirnya membawa satu pengiktirafan istimewa apabila Dr. Siti Hawa menerima Malaysia Book of Records sebagai individu dengan SMA pertama yang menamatkan pengajian tinggi secara berterusan daripada Diploma hingga PhD di universiti yang sama.

Tetapi ada satu bahagian dalam kisah ini yang cukup menyentuh.

Ketika Majlis Konvokesyen UMPSA ke-20 pada November 2025, beliau sepatutnya berada di pentas menerima PhD.

Sebaliknya, beliau sedang dirawat di hospital.

Jubah itu tidak sempat disarungkan pada hari tersebut. Anugerahnya diterima oleh ibu bapanya. UMPSA sendiri ketika itu memaklumkan bahawa beliau sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan. (UMPSA News)

Kini, dalam satu sesi khas di rumahnya, Naib Canselor UMPSA akhirnya menyarungkan jubah PhD itu kepadanya.

Mungkin bagi orang lain, ia cuma sehelai jubah.

Bagi keluarga ini, ia membawa cerita hampir dua dekad.

Tentang seorang anak yang tidak berhenti belajar.

Tentang seorang ibu yang tidak berhenti menemani.

Dan tentang apa yang boleh berlaku apabila seseorang dengan OKU tidak dipandang berdasarkan apa yang tubuhnya tidak mampu lakukan, tetapi diberikan akses untuk menunjukkan apa yang fikirannya mampu capai.

Inilah sebab pendidikan inklusif penting.

Bukan kerana kita mahu “memberi simpati” kepada golongan OKU.

Tetapi kerana apabila halangan fizikal, akses dan sokongan dibantu, potensi mereka boleh pergi jauh melangkaui apa yang masyarakat pernah jangkakan.

Tahniah Dr. Siti Hawa.

Dan untuk ibu yang berada di sisinya sejak hari pertama itu, sebahagian daripada PhD tersebut sebenarnya milik anda juga.

04/08/2026

Benda-benda macam inilah yang membuatkan rakyat s**a menukar pemimpinnya.

Address

Petaling Jaya
47810

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nizam Mat Saari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share