16/03/2026
✨Malam Lailatul Qadar Yang Istimewa✨
Ramadan ada satu malam yang sangat istimewa dipanggil Lailatul Qadar. Malam ini sangat hebat kerana pahalanya lebih baik daripada pahala beribadah selama 1000 bulan.
Nabi Muhammad SAW beritahu bahawa orang yang terlepas malam ini sebenarnya rugi besar kerana dia terlepas banyak kebaikan. Sebab itu bila masuk 10 malam terakhir Ramadan, kita cuba buat lebih banyak ibadah. Kita boleh solat, berdoa, berzikir, minta ampun (istighfar) dan baca al-Quran.
Baginda Nabi Muhammad SAW juga buat begitu. Baginda sangat bersungguh-sungguh beribadah pada malam-malam ini lebih daripada malam lain. Jadi kita pun perlu cuba buat banyak kebaikan supaya Allah beri peluang kita berjumpa malam Lailatul Qadar, terima semua amalan kita dan beri kita keampunan serta rahmat-Nya. 🌙✨