Persatuan Peniaga-Peniaga Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara

Persatuan Peniaga-Peniaga Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Peniaga-Peniaga Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara, Elementary School, Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara, Petaling Jaya.

Persatuan Peniaga-Peniaga Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara (PPJN7/4KD) adalah entiti kumpulan peniaga-peniaga yang berniaga di sepanjang Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara yang berhampiran dengan Flat Gugusan Kantan, Gugusan Kekwa dan Gugusan Kemboja.

26/10/2021

Assalamualaikom

Marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Marilah ...
10/05/2020

Marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah.

Marilah sama2 kita menghayati apa itu Al-Quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya. Jadikan peristiwa Nuzul Al-Quran ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. Kita seharusnya melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan modal insan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang bermanfaat yang pernah dilakukan oleh ilmuan Islam terdahulu yang akhirnya memajukan dunia dan umat Islam khasnya serta seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Sama2lah kita menambahkan dan mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah سبحانه وتعالى yang tidak terhingga kepada umat Islam kerana beribadah di 10 hari akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah2 beribadah sepanjang hayat kita iaitu 1000 bulan.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud ;-

“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” [Surah Al-Qadar (97): Ayat 1-5].

Selamat Beramal dan Menyambut Hari Nuzul Al-Quran.

17/03/2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) 18 - 31 MAC 2020

Kolaborasi erat Industri - Akademia
17/12/2019

Kolaborasi erat Industri - Akademia

Selepas hampir sedekad terma ‘Industri 4.0’ pertama kali diperkenalkan kepada umum, dunia pekerjaan sentiasa mengalami perubahan. Banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia telah menggariskan wawasan bagi mendepani cabaran era digital dan menjadi pemain berpengaruh dalam ekonomi global.

Kerajaan sedia pelbagai sokongan, bantuan untuk usahawan B40
16/12/2019

Kerajaan sedia pelbagai sokongan, bantuan untuk usahawan B40

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada usahawan Bumiputera berpendapatan 40 peratus terendah (B40), walaupun tiada lagi pemberian geran percuma sepenuhnya.

11 September 2019, 10.00 malamSesi Perjumpaan Khas bersama En. Naveen Kularasa Rasiah (Wakil Ahli Parlimen Sg Buloh), En...
12/12/2019

11 September 2019, 10.00 malam

Sesi Perjumpaan Khas bersama En. Naveen Kularasa Rasiah (Wakil Ahli Parlimen Sg Buloh), En Tang Fuie Koh (Ahli Majlis MBPJ Zon 3) bagi mencari jalan penyelesaian berkenaan Notis-Notis yang telah dikeluarkan oleh Pihak Pentadbir Daerah/Tanah Petaling kepada pemilik-pemilik kedai jalan Nuri 7/4 Kota Damansara.

Address

Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Telephone

0123591983

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Peniaga-Peniaga Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Peniaga-Peniaga Jalan Nuri 7/4 Kota Damansara:

Shortcuts

Share