01/06/2026
DAULAT TUANKU
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Seluruh warga Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) menzahirkan sembah takzim serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
UKKM
31/05/2026
๐ชท Selamat Hari Wesak 2026
Semoga cahaya kebijaksanaan, kedamaian dan kasih sayang sentiasa menerangi kehidupan kita. Bersama kita menyemai nilai murni, hormat-menghormati dan keharmonian dalam masyarakat.
Happy Wesak Day.
27/05/2026
๐โจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H โจ๐
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dibawa oleh Aidiladha ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berkongsi rezeki, mengeratkan silaturahim dan mensyukuri setiap nikmat yang diberikan. ๐ค๐
Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban dan amalan kita diterima serta diberkati Allah SWT.
๐ โPengorbanan yang ikhlas melahirkan kebahagiaan yang penuh keberkatan.โ
23/05/2026
โจ Sekitar suasana penuh gemilang dan bermakna sepanjang Majlis Konvokesyen UKKM Ke-2 yang berlangsung dengan penuh istiadat dan kemeriahan di World Trade Centre Kuala Lumpur.
Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini menyaksikan para graduan diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian, sekali gus menjadi simbol usaha, pengorbanan dan kecemerlangan yang telah dicapai sepanjang perjalanan akademik mereka. Kehadiran barisan pengurusan tertinggi, tetamu kehormat serta ahli keluarga turut menyerikan lagi suasana penuh bersejarah ini. ๐๐
Turut mendapat perhatian menerusi liputan akhbar TARIK bertarikh 21 Mei 2026 yang menampilkan aspirasi YB Encik Steven Sim Chee Keong dalam menjadikan UKKM sebagai sebuah โAI-Driven Business Schoolโ terbaik negara.
Tahniah kepada seluruh graduan UKKM. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi pemimpin masa depan yang berdaya saing, progresif dan memberi impak kepada masyarakat serta negara.
AIDrivenBusinessSchool TARIK21052026 PendidikanMasaDepan KejayaanBersama
21/05/2026
๐ UKKM terus melangkah ke hadapan sebagai institusi pendidikan yang progresif dan berdaya saing!
Hasrat YB Encik Steven Sim Chee Keong untuk menjadikan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) sebagai sebuah โAI-Driven Business Schoolโ terbaik negara menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan yang lebih inovatif, relevan dan selari dengan perkembangan teknologi masa kini.
Dengan penekanan kepada kecerdasan buatan (AI), digitalisasi serta pembelajaran berteraskan industri, UKKM komited melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah bersedia memimpin dunia keusahawanan dan koperasi masa hadapan. ๐๐
TVET Keusahawanan Koperasi AI MalaysiaMadani