26/07/2023
Aris Saza
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aris Saza, Education, Petaling Jaya.
26/07/2023
25/07/2023
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢..
Selalu pasti kita mencuba untuk jangkakan apa yang akan terjadi pada esok hari. Tapi hakikatnya semua yang jadi untuk hari esok bukan seperti yang kita jangkakan kadang-kadang pasti akan timbul masalah.
Pernah guru saya berkata "𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴". Peluang apa yang dimaksudkan bila satu masalah timbul pasti memerlukan penyelesaian dan untuk menyelesaikan pasti akan timbul peluang untuk yang ingin menyelesaikan masalah.
Contoh seperti sebuah taman perumahan baharu, tiada satu kedai runcit atau kedai makan yang berhampiran. Jadi untuk menyelesaikan masalah perlu ada orang yang mengambil peluang untuk membuka kedai runcit atau kedai makan di kawasan tersebut.
Tetapi tidak semua masalah dapat kita jadikan peluang dan tidak ramai yang tahu untuk memanfaatkan peluang yang muncul dari setiap permasalahan..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم
🤲🏻 DOA PEMUDA KAHFI
اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” ( QS al Kahfi: 10)
BALASAN KEPADA PENGUMPAT (GHIBAH)
حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُصَفَّى حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ وَأَبُو الْمُغِيرَةِ قَالَا حَدَّثَنَا صَفْوَانُ قَالَ حَدَّثَنِي رَاشِدُ بْنُ سَعْدٍ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جُبَيْرٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا عُرِجَ بِي مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ فَقُلْتُ مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ قَالَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ
Telah menceritakan kepada kami Ibnul Mushaffa berkata, telah menceritakan kepada kami Baqiyyah dan Abul Mughirah keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Shafwan ia berkata, telah menceritakan kepadaku Rasyid bin Sa'd dan 'Abdurrahman bin Jubair dari Anas bin Malik ia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Ketika aku dinaikkan ke lagit (dimi'rajkan), aku melewati suatu kaum yang kuku mereka terbuat dari tembaga, kuku itu mereka gunakan untuk mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu bertanya, "Wahai Jibril, siapa mereka itu?" Jibril menjawab, "Mereka itu adalah orang-orang yang memakan daging manusia (ghibah) dan merusak kehormatan mereka."
Hadis riwayat Abu Daud
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Ya Allah, sempena awal pagi yang mulia ini.. kami memohon pada-Mu untuk diri kami, ibu bapa kami, seluruh ahli keluarga kami, semua sahabat2 kami dan semua umat Islam di dunia ini
Ampunilah dosa2 kami, lindungilah kami dari seksa kubur dan neraka serta godaan syaitan, murahkanlah rezeki kami, ketenangan & kesabaran, permudahkan urusan pekerjaan kami, pelajaran dan urusan sekolah anak2 kami dan akhirat kami, dekatkan diri kami kepada kebaikan dan suruhan2-Mu, jauhilah kami daripada bala, kelalaian, fitnah, keaiban diri, serta sifat2 tercela...syirik, riak, sombong, dengki, marah, tamak.. dan perbuatan2 yg menjauhkan kami dari keberkatan dan keredhaan-Mu... kami mensyukuri dan meredhai apa2 yang kau tetapkan pada kami
Kurniakanlah akan kami keberkatan dan keredhaan serta pahala2 berlipat ganda di bulan ini, tingkatkanlah kasih sayang antara kami. Tetapkanlah segala kebaikan untuk kami dan perkenankanlah doa2 kami.
Amin.
CIRI-CIRI ORANG BERTAKWA YANG DIJANJIKAN SYURGA
كَانُواْ قَلِيلٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِ مَا يَهۡجَعُونَ.
وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ
Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.
Dan pada akhir malam, mereka memohon keampunan.
Surah Az-Zaariyat: Ayat 17 & 18
BERHATI-HATI MELABEL SESEORANG MELAINKAN JELAS KESESATANNYA
حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ الْحُسَيْنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ يَعْمَرَ أَنَّ أَبَا الْأَسْوَدِ الدِّيلِيَّ حَدَّثَهُ عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ
سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ
"Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasikan, dan tidak p**a menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu." (HR. Bukhari: 5585)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Petaling Jaya
52000