23/05/2026
🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹
📚 “Guru Bitara, Nadi Negara”
Alhamdulillah, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Agama Faqiah Daimiah yang berlangsung pada 22 Mei 2026 (Jumaat) telah disambut dengan penuh penghargaan dan rasa syukur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti lelah. Sesungguhnya, guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pembentuk akhlak, pencetus inspirasi dan nadi kekuatan negara.
✨ Jasa guru akan sentiasa dikenang,
✨ Dididik dengan hikmah, dibimbing dengan kasih,
✨ Melahirkan generasi berilmu, beradab dan berbakti.
Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik ummah dan negara.
Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik. 💐