21/09/2026
SYABAS DAN TAHNIAH MUHAMMAD HAZIQ HARUMKAN NAMA POLITEKNIK SEBERANG PERAI DI WORLD SERIES POWERMAN MALAYSIA 2026 πͺπͺβ€οΈ πππ₯β€οΈβπ₯π¦Ύπ¦Ώ
SEBERANG PERAI, 21 September 2026 β Politeknik Seberang Perai (PSP) terus melakar pencapaian membanggakan apabila Muhammad Haziq bin Rosli berjaya membawa nama PSP dalam World Series Powerman Malaysia 2026 bagi kategori Duathlon, yang melibatkan tiga disiplin iaitu 5 kilometer larian, 30 kilometer berbasikal dan 5 kilometer larian.
Penyertaan dalam acara bertaraf antarabangsa ini memperlihatkan keupayaan dan ketahanan fizikal peserta dalam mengharungi cabaran yang memerlukan kekuatan, stamina, disiplin serta daya tahan mental yang tinggi.
Kejayaan Muhammad Haziq bukan sahaja mencerminkan komitmen beliau dalam bidang sukan, malah turut mengharumkan nama Politeknik Seberang Perai di persada sukan duathlon.
Pihak JSKK dan warga PSP merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Muhammad Haziq atas penyertaan serta usaha yang telah ditunjukkan dalam membawa nama PSP ke pertandingan berprestij ini.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga PSP, khususnya para pelajar, untuk terus aktif dalam bidang sukan serta berani mencabar diri ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah Muhammad Haziq! Teruskan kecemerlangan dan cipta lebih banyak kejayaan untuk PSP! πͺπ
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Melangkah Jauh, Mencipta Kejayaan