Perpustakaan Politeknik Seberang Perai

Perpustakaan Politeknik Seberang Perai Perpustakaan Politeknik Seberang Perai

Makluman perubahan waktu perkhidmatan Perpustakaan Politeknik Seberang Perai sepanjang bulan Ramadan 1447H/2026. Harap m...
23/02/2026

Makluman perubahan waktu perkhidmatan Perpustakaan Politeknik Seberang Perai sepanjang bulan Ramadan 1447H/2026. Harap maklum.

23/12/2025
22/12/2025

Sertai Kuiz Literasi Maklumat di pautan https://forms.gle/C9p1QzcFxXn8DGT8A. Tarikh tutup penyertaan pada 26 Disember 2025.
Adakah anda dan keluarga anda celik maklumat digital? Luangkan masa anda untuk menjawab 10 soalan mudah. E-sijil disediakan. Penyertaan terbuka kepada semua tanpa mengira umur.

22/12/2025
22/12/2025

Teruskan melangkah dengan hati yang ikhlas walau diuji dan disakiti. Seperti pohon yang tetap berbuah meskipun dilempar batu, kebaikan yang dilakukan dengan sabar pasti kembali sebagai keberkatan. 🌱✨





16/12/2025

The Research Data Lifecycle illustrates how research data is planned, collected, processed, analyzed, securely stored, shared, preserved, and reused to maximize its value and impact.

Throughout this lifecycle, the USM Library supports researchers by providing guidance on data management planning, ethical and legal considerations, data organization and documentation, secure storage and preservation strategies, and compliance with funder requirements, as well as by advising on appropriate repositories, data sharing, licensing, and best practices to enhance data visibility, reuse, and long-term accessibility.

THE POWER OF TVET 🔥⭐️
14/11/2025

THE POWER OF TVET 🔥⭐️

🎓✨ TVET MALAYSIA CATAT SEJARAH BAHARU DI PERINGKAT DUNIA!

Dr. Farah Amalina, graduan Politeknik Ungku Omar (PUO), melakar sejarah sebagai individu pertama dalam kalangan alumni TVET di Asia yang berjaya memperoleh gelaran Doktor Falsafah (PhD).

Perjalanan akademiknya bermula di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebelum meneruskan pengajian di PUO dan seterusnya ke peringkat Sarjana serta PhD di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Kecemerlangan beliau terus menyerlah apabila tersenarai dalam World's Top 2% Scientists 2025, sekali gus mengangkat martabat pendidikan TVET Malaysia ke persada antarabangsa. 🌍

Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) yang diikuti selama setahun di industri turut menjadi asas penting dalam membentuk kemahiran praktikal dan kebolehpasaran beliau sebagai graduan TVET.

Kisah kejayaan Dr. Farah Amalina membuktikan bahawa laluan TVET bukan sekadar untuk pekerjaan teknikal, tetapi juga mampu melahirkan saintis bertaraf dunia dan pemimpin akademik masa depan. 💪🔬

Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Politeknik.kolejkomuniti



PELAKSANAAN KEMPEN JOM BACA 10 MINIT SEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perpaduan...
06/10/2025

PELAKSANAAN KEMPEN JOM BACA 10 MINIT SEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melaksanakan Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 sepanjang bulan Oktober 2025. Kempen ini bertujuan menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif, serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sehubungan itu, Perpustakaan Politeknik Seberang Perai akan menyokong inisiatif ini melalui penganjuran Kempen Jom Baca 10 Minit secara serentak pada setiap hari Selasa sepanjang bulan Oktober 2025, di antara jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari dengan membaca di peringkat Politeknik Seberang Perai.

Bagi menjayakan kempen ini, tuan/puan dijemput untuk berkongsi memuat naik gambar membaca atau menyediakan resensi buku melalui kod QR yang terdapat dalam poster di bawah. Sila masukkan tanda pagar

Hantaran foto/ resensi buku yang terpilih akan menerima hadiah menarik dari unit perpustakaan.

Jom.. Baca!

15/08/2025

DARI ARKIB USM - 7 Ogos 1967

Upacara Peletakan Batu Asas Kolej (Maktab) Universiti Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri di Sungai Ara.

Satu jawatankuasa dilantik dengan Menteri Pendidikan, Y. B. Encik Khir Johari sebagai Pengerusi, Naib Canselor Universiti Malaya sebagai Naib Pengerusi yang ditugaskan untuk menasihatkan kerajaan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menubuhkan Kolej Universiti di Pulau Pinang.

Laporan berhubung Universiti Pulau Pinang yang disediakan oleh Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi (JKPPT) telah diluluskan oleh Kabinet dan seterusnya oleh Parlimen pada November 1967. Kolej Universiti yang dirancang pada awalnya kemudian telah dinaik taraf sebagai universiti penuh dengan kedudukannya bebas serta terasing daripada UM di Kuala Lumpur.

Sumber: Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut
Tajuk buku: Sebutir mutiara di taman : Universiti Sains Malaysia pada usia 40 tahun
Pengarang: Muhammad Haji Salleh, Abu Talib Ahmad, Md. Salleh Yaapar
Tahun: 2011
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia
ISBN: 9789838614566

Address

Politeknik Seberang Perai
Permatang Pauh
13500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045383322

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Politeknik Seberang Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Perpustakaan Politeknik Seberang Perai:

Shortcuts

Share