POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Call Directions Website

POLITEKNIK SEBERANG PERAI Seberang Perai Polytechnic was established on 1st September 1998 at the Jalan Permatang Pauh, Pulau P
(304)

𝗩𝗜𝗦𝗜

Menjadi institusi TVET yang unggul.
𝘛𝘰 𝘣𝘦𝘤𝘰𝘮𝘦 𝘢𝘯 𝘦𝘹𝘤𝘦𝘭𝘭𝘦𝘯𝘵 𝘛𝘝𝘌𝘛 𝘪𝘯𝘴𝘵𝘪𝘵𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯.

𝗠𝗜𝗦𝗜

1. Membangunkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang;
𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘦𝘭𝘭-𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯𝘤𝘦𝘥, 𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦𝘱𝘳𝘦𝘯𝘦𝘶𝘳𝘪𝘢𝘭, 𝘢𝘯𝘥 𝘩𝘰𝘭𝘪𝘴𝘵𝘪𝘤 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘵𝘦𝘴;

2. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;
𝘗𝘳𝘰𝘷𝘪𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘸𝘪𝘥𝘦 𝘢𝘤𝘤𝘦𝘴𝘴 𝘵𝘰 𝘲𝘶𝘢𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘳𝘦𝘤𝘰𝘨𝘯𝘪𝘻𝘦𝘥 𝘛𝘝𝘌𝘛 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘮𝘦𝘴;

3. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan;
𝘔𝘢𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘶𝘭𝘭 𝘶𝘴𝘦 𝘰𝘧 𝘴𝘮𝘢𝘳𝘵 𝘴𝘩𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘴𝘵𝘢𝘬𝘦𝘩𝘰𝘭𝘥𝘦𝘳𝘴;

4. Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi serta pembelajaran sepanjang
hayat.
𝘚𝘵𝘳𝘦𝘯𝘨𝘵𝘩𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘺 𝘵𝘩𝘳𝘰𝘶𝘨𝘩 𝘳𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩, 𝘪𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯, 𝘢𝘯𝘥 𝘭𝘪𝘧𝘦𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨.


𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡/ EDUCATIONAL GOAL

Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara

𝘗𝘳𝘰𝘷𝘪𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘛𝘝𝘌𝘛 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘵𝘦𝘴 𝘸𝘩𝘰 𝘢𝘳𝘦 𝘩𝘰𝘭𝘪𝘴𝘵𝘪𝘤, 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘦𝘵𝘦𝘯𝘵 𝘢𝘯𝘥 𝘤𝘢𝘱𝘢𝘣𝘭𝘦 𝘰𝘧 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘪𝘣𝘶𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘰 𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘥𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵

𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗦𝗣 / 𝗣𝗦𝗣 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗭𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗚𝗢𝗔𝗟
1. Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ;
𝘗𝘳𝘰𝘥𝘶𝘤𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘳𝘦𝘥𝘪𝘣𝘭𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘺 𝘴𝘰𝘶𝘨𝘩𝘵 𝘢𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘛𝘝𝘌𝘛 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘵𝘦𝘴 𝘸𝘩𝘰 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘳𝘪𝘣𝘶𝘵𝘦
𝘵𝘰𝘸𝘢𝘳𝘥𝘴 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘳𝘺’𝘴 𝘦𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤 𝘥𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵;

2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di Politeknik
Seberang Perai (PSP) untuk memenuhi keperluan industri;
𝘙𝘦𝘪𝘯𝘧𝘰𝘳𝘤𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘦𝘭𝘦𝘷𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘳𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘪𝘷𝘦𝘯𝘦𝘴𝘴 𝘰𝘧 𝘱𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮𝘴 𝘪𝘯 𝘗𝘚𝘗 𝘵𝘰 𝘧𝘶𝘭𝘧𝘪𝘭𝘭 𝘵𝘩𝘦
𝘪𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪𝘢𝘭 𝘥𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥𝘴.

3. Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global.
𝘎𝘦𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘤𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘺 𝘵𝘰𝘸𝘢𝘳𝘥𝘴 𝘢 𝘩𝘢𝘳𝘮𝘰𝘯𝘪𝘰𝘶𝘴 𝘢𝘯𝘥 𝘱𝘦𝘢𝘤𝘦𝘧𝘶𝘭 𝘨𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭𝘪𝘻𝘦𝘥 𝘸𝘰𝘳𝘭𝘥.


𝗧𝗘𝗥𝗔𝗦 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗦𝗣
TERAS 1: MENGHASILKAN GRADUAN TVET BERKUALITI
TERAS 2: MEMANTAPKAN GOVERNAN YANG RESPONSIF DAN MAMPAN
TERAS 3: MEMPERKAYA BAKAT
TERAS 4: MENERAJUI SISTEM PENDIDIKAN MELALUI 4.0
TERAS 5: MEMPERKUKUH KOLABORASI INDUSTRI DAN KOMUNITI
TERAS 6: MEMBUDAYA PENYELIDIKAN GUNAAN DAN INOVASI

PROGRAM RAKAN MUDA: RAKAN PRIHATIN HERO TERAKHIR – KURSUS PENGURUSAN JENAZAH19 September 2026 | Masjid Timah, Permatang ...
20/09/2026

PROGRAM RAKAN MUDA: RAKAN PRIHATIN HERO TERAKHIR – KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

19 September 2026 | Masjid Timah, Permatang Pauh

Rakan Pusat Islam (RAPI), Politeknik Seberang Perai telah menyertai Program Rakan Muda: Rakan Prihatin Hero Terakhir – Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Masjid Timah, Permatang Pauh pada 19 September 2026.

Program berbentuk pembelajaran teori dan amali ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai tatacara pengurusan jenazah yang betul berlandaskan tuntutan syarak. Antara pengisian utama yang dilaksanakan ialah asas dan adab pengurusan jenazah, tatacara memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, pelaksanaan solat jenazah serta pengurusan selepas kematian. Demonstrasi secara hands-on turut memberi peluang kepada peserta memahami setiap proses dengan lebih jelas dan sistematik.

Program ini turut menjadi platform penting dalam membentuk generasi belia yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan agama, malah bersedia memikul tanggungjawab sosial dan fardu kifayah apabila diperlukan oleh keluarga dan masyarakat. Kemahiran seperti ini penting dalam membina belia yang berilmu, prihatin, berkeyakinan serta mampu berkhidmat kepada komuniti.

Pelaksanaan program turut memperkukuh jaringan strategik antara institusi pendidikan, agensi belia dan institusi masjid dalam memperkasakan pembangunan sahsiah serta kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda. Pendekatan kolaboratif sebegini selari dengan usaha melahirkan mahasiswa yang mempunyai keseimbangan antara ilmu, kemahiran, nilai dan tanggungjawab kemasyarakatan.

Program ini mendukung beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran praktikal; SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan melalui pembentukan komuniti yang saling membantu dan berdaya tahan; serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat menerusi kerjasama strategik antara Politeknik Seberang Perai, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah serta Masjid Timah, Permatang Pauh.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan berharga kepada para peserta untuk terus menyumbang khidmat kepada masyarakat apabila diperlukan.

“Belajar untuk memahami, berkemahiran untuk berbakti.”

GPS PSP JOHAN ANUGERAH GERAKAN PENGGUNA SISWA TERBAIK (APK) 2025 PERINGKAT KEBANGSAANBATU KAWAN, 19 September 2026 – Ger...
19/09/2026

GPS PSP JOHAN ANUGERAH GERAKAN PENGGUNA SISWA TERBAIK (APK) 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN

BATU KAWAN, 19 September 2026 – Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Politeknik Seberang Perai (PSP) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Anugerah Gerakan Pengguna Siswa Terbaik (APK) 2025 bagi peringkat kebangsaan.
Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) merupakan acara tahunan anjuran Bahagian Kepenggunaan dan Persaingan (BPS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada organisasi dan entiti yang aktif memberikan sumbangan positif kepada masyarakat dalam aspek hal ehwal kepenggunaan.
Sebagai calon akhir, GPS PSP telah menjalani sesi pembentangan pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Iskandar Halim, Aras 3 (Menara) KPDN, Putrajaya. Pembentangan tersebut telah melalui proses penilaian dan pemilihan oleh Jawatankuasa Penilaian APK 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Dewan Utama CONFEST, Perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 September 2026, bersempena Festival Pengguna (CONFEST) 2026 dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sebagai Johan, GPS PSP menerima wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.
Kejayaan ini turut membuktikan komitmen warga PSP dalam memperkasa pendidikan dan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa serta masyarakat.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para penasihat GPS PSP, Pn. Yuslina binti Abdul Ghani, Pn. Noor Azni binti Abu Bakar dan Pn. Nour Azira binti Nazeri, serta Ahli Jawatankuasa GPS PSP, khususnya Muhammad Khairul Iman bin Yusri dan Adam Harith bin Ramlee daripada kelas DIF5A, Jabatan Perdagangan, yang telah mewakili GPS PSP sebagai pembentang laporan aktiviti.
Tahniah GPS PSP! Kejayaan di peringkat kebangsaan ini menjadi bukti komitmen dan kesungguhan mahasiswa PSP dalam mengangkat agenda kepenggunaan. 🏆👏





18/09/2026

[PEMAKLUMAN] HEBAHAN PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLPSB) PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI BAGI AMBILAN TAHUN 2026

✅ Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi akan dibuka mulai:

🗓️ 17 September 2026
⏰ 10.00 pagi

sehingga

🗓️ 17 Oktober 2026
⏰ 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui:

☎️ 03-8870 6338 / 6361 / 6387

📧 [email protected]

🌐 Maklumat lanjut boleh dirujuk di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim




PSP FLAG OFF KONTINJEN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU KE PERTANDINGAN PIALA KETUA PENGARAH JPPKK 2026SEBERANG PERAI, 17 ...
17/09/2026

PSP FLAG OFF KONTINJEN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU KE PERTANDINGAN PIALA KETUA PENGARAH JPPKK 2026

SEBERANG PERAI, 17 September 2026 – Politeknik Seberang Perai (PSP) melaksanakan Sesi Flag Off Kontinjen Debat dan Pidato Bahasa Melayu PSP 2026 di Politeknik Seberang Perai sebagai simbolik pelepasan rasmi serta tanda sokongan kepada kontinjen PSP yang bakal membawa nama institusi ke Pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 2026.

Pertandingan tersebut berlangsung pada 17 hingga 21 September 2026 bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang.

Kontinjen PSP bagi kategori Debat diwakili oleh Muhammad Ashraf Huzaimy bin Mahat (DMT3A), Nur Musfirah binti Nijamutheen (DIF1B), Dhevashaaline A/P Loganathan (DKM5C) dan Aaina Balqis binti Kamarulhizam (DIF1B).

Sementara itu, tiga peserta mewakili PSP dalam kategori Pidato Bahasa Melayu iaitu Muhammad Darwish bin Ahmad Sazali (DIT3A), Muhammad Khairil Anuar bin Abdullah (DIF1B) dan Nur Fatiha Aliesya binti Mohd Sani (DTP3A).

Penyertaan ini menjadi platform kepada mahasiswa untuk memperkukuh pemikiran kritis, kemahiran menganalisis, keupayaan berhujah dan keyakinan berkomunikasi. Latihan dan persediaan yang dilalui turut membentuk disiplin, daya tahan, semangat kerja berpasukan serta keberanian menyampaikan pandangan secara matang dan berasaskan fakta.

Penglibatan dalam pertandingan ini turut menyokong SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pembangunan kemahiran komunikasi dan pemikiran aras tinggi, selain menyumbang kepada SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh melalui pembudayaan dialog yang berilmu, beretika dan menghormati kepelbagaian pandangan.

PSP merakamkan ucapan selamat berjuang kepada seluruh kontinjen. Semoga para peserta dapat memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama PSP di pentas pertandingan.

Bicara Berilmu, Hujah Berwibawa, Melangkah Dengan Yakin.




SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 16 September menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat cinta akan tanah a...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026!

16 September menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat cinta akan tanah air. Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih sejahtera, maju dan harmoni.

“Satu Negara, Satu Keluarga, Sejuta Harapan.”
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Salam Hari Malaysia daripada Politeknik Seberang Perai!

SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH TEROKAI DUNIA TVET DI POLITEKNIK SEBERANG PERAIPERAI, 14 September 2026 – Politeknik Seberan...
14/09/2026

SMJK CHUNG LING BUTTERWORTH TEROKAI DUNIA TVET DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

PERAI, 14 September 2026 – Politeknik Seberang Perai (PSP) hari ini menerima kunjungan seramai 40 orang pelajar SMJK Chung Ling Butterworth yang terdiri daripada pelajar bidang Sains Tulen dan Ekonomi menerusi Lawatan Akademik ke PSP.

Lawatan yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai program pengajian, kemudahan pembelajaran serta peluang pendidikan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di PSP.

Rombongan yang diiringi oleh Puan Nur Anis binti Suhaimi dan Puan Wong Wei Wei telah memulakan lawatan dengan ketibaan di Padang Kawad sebelum mengikuti taklimat pengenalan PSP di Bilik STEM.

Para pelajar kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengikuti sesi lawatan secara bergilir ke makmal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Lawatan diteruskan ke Makmal Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) bagi memberi gambaran lebih dekat tentang bidang teknologi dan kejuruteraan yang menjadi antara teras pendidikan TVET di PSP.

Program diakhiri dengan sesi penutup di Bilik STEM.
Penganjuran lawatan ini melibatkan kerjasama Jawatankuasa Promosi PSP, wakil jabatan akademik yang terlibat, pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta pelajar Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).

Lawatan akademik ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar SMJK Chung Ling Butterworth untuk mengenali PSP dengan lebih dekat, malah memberi gambaran sebenar tentang laluan pengajian, kemahiran dan prospek kerjaya dalam bidang TVET.

PSP komited untuk terus memperkukuh jaringan strategik dengan institusi pendidikan sekolah dalam usaha memperluas pemahaman dan minat generasi muda terhadap pendidikan TVET serta membantu mereka membuat pilihan pengajian yang tepat demi masa depan yang lebih cerah.




JEJAK INSPIRASI UMMAH | PERKONGSIAN PINTAR RAKAN PUSAT ISLAM PSP–PNS POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) – Pusat Islam An-Nu...
13/09/2026

JEJAK INSPIRASI UMMAH | PERKONGSIAN PINTAR RAKAN PUSAT ISLAM PSP–PNS

POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) – Pusat Islam An-Nur, Politeknik Seberang Perai (PSP) berbesar hati menerima kunjungan Rakan Pusat Islam Politeknik Nilai (PNS) menerusi Program Jejak Inspirasi Ummah.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik antara institusi, khususnya dalam aspek pembangunan kepimpinan mahasiswa, pengurusan aktiviti kerohanian serta program kemasyarakatan.

Pertemuan ini bukan sekadar mengeratkan ukhuwah, malah membuka ruang kepada pertukaran idea, pengalaman dan pendekatan baharu dalam memperkasa peranan Pusat Islam sebagai wadah pembentukan mahasiswa yang berilmu, berakhlak, berintegriti dan mempunyai kepimpinan yang unggul.

🌱 Program ini turut mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG):

📚 SDG 4 – Pendidikan Berkualiti
Memperkasa ilmu, sahsiah dan kepimpinan mahasiswa.

🕊️ SDG 16 – Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh
Memupuk nilai integriti, keharmonian dan tanggungjawab sosial.

🤝 SDG 17 – Kerjasama untuk Mencapai Matlamat
Memperkukuh jaringan strategik dan kerjasama antara institusi.

Semoga Program Jejak Inspirasi Ummah menjadi pencetus kepada lebih banyak kolaborasi strategik antara PSP dan PNS dalam memperkasa pembangunan mahasiswa serta membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah kukuh dari segi nilai, akhlak dan kepimpinan.

✨ Daripada perkongsian lahir inspirasi, daripada jaringan terbina kekuatan.

PSP RAIH TEMPAT KEDUA DAN JURY’S SPOTLIGHT AWARD DI PENANG POLYCC INTERZONE DRAMA FEST 2026GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 12...
12/09/2026

PSP RAIH TEMPAT KEDUA DAN JURY’S SPOTLIGHT AWARD DI PENANG POLYCC INTERZONE DRAMA FEST 2026

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 12 September 2026 – Politeknik Seberang Perai (PSP) melakar kejayaan membanggakan apabila wakilnya berjaya meraih Tempat Kedua serta Jury’s Spotlight Award dalam Penang POLYCC Interzone Drama Fest 2026 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 11 hingga 12 September 2026.

Program yang merupakan hasil kerjasama antara Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am (JPA) dan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), PBU bersama School of Arts, USM ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkasa kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris menerusi seni persembahan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti bengkel intensif yang merangkumi pelbagai aspek persembahan drama seperti teknik vokal, ekspresi wajah, koreografi, nyanyian, pergerakan badan, blocking serta teknik-teknik persembahan pentas.

Lebih istimewa, keseluruhan persembahan drama dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris, sekali gus menjadi platform kepada para pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta keupayaan menzahirkan kreativiti melalui seni persembahan.

Kejayaan PSP terserlah apabila Tempat Kedua berjaya diraih oleh Muhammad Qusyairy Imran bin Noorhissyam (DEE1B) dan Nik Rafiq Rashidi bin Ridhwan (DLS1F) bersama ahli kumpulan mereka yang terdiri daripada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti yang terlibat.

Lebih membanggakan, Muhammad Qusyairy Imran bin Noorhissyam (DEE1B) turut mencuri perhatian panel juri apabila dianugerahkan Jury’s Spotlight Award atas persembahan yang menyerlah dan berjaya meninggalkan impak kepada barisan juri.

Turut mewakili PSP ialah Irvaliyana Sofea binti Islandar Rizal (DIT1F) yang bersama-sama memberikan komitmen dan persembahan terbaik sepanjang program berlangsung.

Kontinjen PSP dibimbing dan diiringi oleh Pn. Norliyana Bau binti Muhamad Affendi Bau dari Jabatan Pengajian Am (JPA) serta En. Wan Mohd Rushdi bin W. A. Lah dari Jabatan Perdagangan.

Pencapaian ini membuktikan bahawa penglibatan pelajar PSP dalam bidang seni dan kokurikulum bukan sahaja mampu mencungkil bakat serta kreativiti, malah menjadi medium penting dalam membentuk pelajar yang berkeyakinan, komunikatif, kreatif dan berdaya saing.

Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen PSP dalam menyediakan ruang dan peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan potensi diri melalui aktiviti kokurikulum, di samping memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam suasana pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen PSP atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan tersebut terus menjadi inspirasi kepada warga PSP untuk berani meneroka bidang baharu, menyerlahkan potensi diri dan mengharumkan nama institusi di peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah Team PSP! Teruskan kecemerlangan dan terus mengharumkan nama Politeknik Seberang Perai!





📢 PENDAFTARAN KURSUS KESEDARAN HALAL 2026 KINI DIBUKA!Jom tingkatkan kefahaman mengenai prinsip halal dan haram serta ke...
10/09/2026

📢 PENDAFTARAN KURSUS KESEDARAN HALAL 2026 KINI DIBUKA!

Jom tingkatkan kefahaman mengenai prinsip halal dan haram serta keperluan Pensijilan Halal Malaysia bersama Pusat Latihan Halal, Politeknik Seberang Perai (HaLTEC PSP).

📅 24 September 2026
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Politeknik Seberang Perai
💳 Yuran: RM50 seorang
📜 Sijil penyertaan disediakan

Kursus ini terbuka kepada pelajar, staf, usahawan dan orang awam. Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja!

Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En. Mohd Muslim bin Abu Bakar
☎️ 04-538 3322




Address

Permatang Pauh
13500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 20:00
Sunday 13:00 - 17:00

Telephone

+6045389266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLITEKNIK SEBERANG PERAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share