02/01/2026
Buku ini adalah ubat buat jiwa yang rasa "asing" dengan dunia ini. Ia membuatkan saya sedar bahawa dunia ini hanyalah sebuah jambatan. Jika jambatan itu goyang dan ribut, jangan takut, kerana di hujung jambatan itu ada istana yang sangat indah menanti.
Ia mengajar saya untuk memandang setiap ujian dengan kacamata iman—bahawa segalanya adalah pelaburan untuk kebahagiaan abadi kelak.
Pesanan: Bacalah buku ini saat anda rasa dunia ini terlalu berat untuk dipikul. Ia akan memberikan anda kekuatan untuk terus melangkah walau dalam kepayahan. Insyallah..