17/04/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Permatang Pauh, 17 April 2026 - Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Kejohanan SUPER UiTM 2026 telah berlangsung di Bilik Perdana 1, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 April 2026 di UiTM Shah Alam. Kontinjen UiTM Cawangan Pulau Pinang akan menyertai 4 daripada 5 acara yang dipertandingkan iaitu Petanque, Tenpin Boling, Silat dan Taekwondo.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr Ahmad Asri Abd Samat selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penyerahan bendera kontinjen ini menjadi simbol amanah dan kepercayaan kepada para atlet yang akan membawa cabaran kampus ke peringkat kejohanan.
Kontinjen UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi kejohanan ini melibatkan seramai 44 orang atlet, 2 pegawai dan 6 orang urusetia yang akan bersama-sama menggalas tanggungjawab sepanjang pertandingan berlangsung. Dalam majlis tersebut, beliau turut menzahirkan harapan agar semua atlet mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, berdisiplin serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap acara yang disertai.
Majlis diakhiri dengan sesi lafaz ikrar oleh atlet serta sesi bergambar sebagai tanda sokongan padu warga UiTM Cawangan Pulau Pinang terhadap kontinjen yang akan bertanding.