Sekolah Menengah Agama Ibrah, Pulau Pinang

Sekolah Menengah Agama Ibrah, Pulau Pinang Sekolah berteraskan Deeniyah & berkonsep integrasi deeniah, akademik dan kemahiran
(1)

Sekolah Menengah Agama Ibrah (SMA Ibrah) adalah sekolah agama swasta milik Koperasi Pendidikan Inovatif Pulau Pinang Berhad dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (No Pendaftaran: JAIPP/PEND/05-BM-(M) 0028). SMA Ibrah terletak di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pauh di daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan mula beroperasi pada tahun 2010. Idea untuk menubuhkan sekolah ya

ng berteraskan Deeniyah telah dicadangkan oleh ahli-ahli Koperasi Pendidikan Inovatif Berhad (KAIF) sejak akhir tahun 2005. Hasrat ini telah difikirkan secara serius oleh Ahli Lembaga Pengurus (ALP) dan selanjutnya ditubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membuat kajian kesesuaian (feasibility studies) pada pertengahan Jun 2006. Hasil daripada kajian ini, ALP KAIF telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah dengan cadangan kemasukan pelajar pertama bermula pada sesi 2010. Pada 13hb Ogos 2007, Koperasi telah membeli tanah seluas 5.2 hektar iaitu lot 319 di kawasan Tanjong Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang yang bernilai lebih kurang RM500.000.00 di mana kos pembelian tanah tersebut telah diwakafkan oleh ibu kepada salah seorang ahli koperasi. Memandangkan ketidakcukupan dana pembinaan sekolah, maka pihak ALP KAIF telah mencari bangunan sementara untuk membolehkan pelajar-pelajar pertama memulakan pengajian pada sesi 2010. Pada bulan Januari 2010, seramai 17 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan telah mendaftar. Mereka ditempatkan di dua buah kelas berasingan di Bangunan Dewan JKKK Kampung Tanjung Putus yang dipinjamkan oleh pemiliknya kepada Ibrah untuk digunakan sebagai bilik darjah, bilik guru dan pejabat. Dua buah rumah di kawasan perkampungan yang berdekatan dengan sekolah telah disewa untuk dijadikan asrama puteri. Manakala tiga buah kabin telah dibeli dan diubahsuai untuk digunakan sebagai asrama putera, surau dan bilik warden. Kini selepas hampir 15 tahun selepas penubuhan, SMA Ibrah sudah memiliki 2 Blok bangunan 2 tingkat, 1 bangunan Asrama Putera 2 tingkat, 1 bangunan Asrama Puteri 2 tingkat, Sebuah Surau 2 tingkat dan lain-lain fasiliti seperti padang permainan, dewan makan terbuka dsb. SMA Ibrah telah berjaya melahirkan Alumni yang berdaya saing dan berjaya menempa nama di persada Tanah Air mahupun Antarabangsa. Misi SMA Ibrah adalah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang beradab, pencinta ilmu dan Al-quran. Dalam masa yang sama membina para pelajar yang mapan secara holistik baik dari sudut Aqli, Ruhi mahupun Jasadi bagi menjadi tenaga kerja dalam membina dan membimbing ummah kelak. Bagi meneruskan usaha menjunjung gagasan dan matlamat ini, sokongan dan bantuan dari anda amatlah diperlukan bagi kita bersama-sama membina Ummah Islam yang lestari.

Guru InternUst.Zulhilmi dan Cikgu Siti Sumayyah danPenyerahan Sijil penyertaan Kem Kepimpinan Madani
04/05/2026

Guru Intern
Ust.Zulhilmi dan Cikgu Siti Sumayyah dan
Penyerahan Sijil penyertaan Kem Kepimpinan Madani

GOTONG ROYONG PERDANA
20/04/2026

GOTONG ROYONG PERDANA

14/04/2026
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447/2026
06/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1447/2026

Alhamdulillah!!!Keputusan SPM 2025
31/03/2026

Alhamdulillah!!!Keputusan SPM 2025

Last sekolah hari ini.......momen2 yang menarik untuk anda
13/03/2026

Last sekolah hari ini.......momen2 yang menarik untuk anda

Tarikh: 6 Mac 2026Tempat: Sekolah Menengah Agama IBRAHPada 6 Mac 2026, pihak Sekolah Menengah Agama IBRAH telah menganju...
09/03/2026

Tarikh: 6 Mac 2026
Tempat: Sekolah Menengah Agama IBRAH

Pada 6 Mac 2026, pihak Sekolah Menengah Agama IBRAH telah menganjurkan Program Iftar Perdana yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah, kemesraan dan keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia.

Program ini menghimpunkan para ibu bapa, guru-guru, pelajar serta masyarakat setempat yang hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa. Kehadiran para tetamu bukan sahaja menyerikan majlis, malah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, para hadirin berpeluang menikmati juadah berbuka puasa secara berjemaah serta bersama-sama mengimarahkan Ramadan dengan semangat kebersamaan dan kasih sayang.

Program seperti ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara komuniti sekolah serta menyemai nilai kebersamaan dalam mendidik generasi muda.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir, khususnya para ibu bapa/waris yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan Program Iftar Perdana ini.

Semoga segala kebersamaan, sumbangan dan sokongan yang diberikan diberkati Allah SWT serta menjadi amal kebaikan di bulan Ramadan yang penuh rahmat ini.

“Semoga Ramadan ini terus menyatukan hati-hati kita dalam kebaikan dan keberkatan.” 🌙

Kuliah RamadanUst.Dr.Faisal Hussein
12/02/2026

Kuliah Ramadan
Ust.Dr.Faisal Hussein

WATIKAH PERLANTIKAN  PENGAWAS 2026
09/02/2026

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2026

KEJOHANAN RENTAS DESA 2026
07/02/2026

KEJOHANAN RENTAS DESA 2026

Raptai Merentas Desa Tahun 202628 Jan 20267.30pagi-9.00pagi
28/01/2026

Raptai Merentas Desa Tahun 2026
28 Jan 2026
7.30pagi-9.00pagi

Address

Perkampungan Tanjung Putus
Permatang Pasir
13500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60145465612

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Ibrah, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Agama Ibrah, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Category