Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah - Sraati Perlis

Call Directions Website Contact the school

Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah - Sraati Perlis Sekolah Agama Rakyat yang bedaftar dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.

Menawarkan subjek Deeniyah seperti Al-Quran, Akhlak, Feqah, Tauhid, Sirah, Jawi, Bahasa Arab dan juga subjek Teras mengikut Arus Perdana.

🩹 DEMONSTRASI PERTOLONGAN CEMAS SRAATI 🩹Alhamdulillah, pada 23 September 2026, telah berlangsung Demonstrasi Pertolongan...
26/09/2026

🩹 DEMONSTRASI PERTOLONGAN CEMAS SRAATI 🩹

Alhamdulillah, pada 23 September 2026, telah berlangsung Demonstrasi Pertolongan Cemas bersama St. John Ambulance Perlis, anjuran Badan Beruniform SRAATI.

⏰ Masa: 5.00 – 6.00 petang
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Peserta: Semua murid Tahap 2
🀝 Kerjasama: St. John Ambulance Perlis

Program ini memberi peluang kepada murid untuk mengenali asas pertolongan cemas serta belajar tindakan yang wajar ketika berhadapan dengan situasi kecemasan.

Di SRAATI, kami percaya pendidikan bukan hanya tentang apa yang murid tahu, tetapi juga tentang apa yang mereka mampu lakukan, siapa yang mereka mampu bantu dan nilai apa yang mereka bawa dalam kehidupan. 🌱

Semoga pengalaman ini menjadi bekalan buat anak-anak untuk membesar sebagai insan yang berilmu, berani, prihatin dan bersedia membantu orang lain.

🀲🏻 DOA BUAT ANAK-ANAK SRAATI

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ§Ω†Ω’ΩΩŽΨΉΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ Ψ¨ΩΩ…ΩŽΨ§ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‘Ω…Ω’ΨͺΩŽΩ‡ΩΩ…Ω’ΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩΩ‘Ω…Ω’Ω‡ΩΩ…Ω’ Ω…ΩŽΨ§ ΩŠΩŽΩ†Ω’ΩΩŽΨΉΩΩ‡ΩΩ…Ω’ΨŒ ΩˆΩŽΨ²ΩΨ―Ω’Ω‡ΩΩ…Ω’ عِلْمًا ΩˆΩŽΨ­ΩΩƒΩ’Ω…ΩŽΨ©Ω‹ ΩˆΩŽΩ†ΩŽΩΩ’ΨΉΩ‹Ψ§ Ω„ΩΩ„Ω†ΩŽΩ‘Ψ§Ψ³Ω

β€œYa Allah, berikanlah manfaat kepada mereka dengan ilmu yang telah Engkau ajarkan, ajarkanlah kepada mereka ilmu yang bermanfaat, dan tambahkanlah kepada mereka ilmu, hikmah serta manfaat untuk manusia.”

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan, setiap kemahiran menjadi amal, dan setiap kebaikan menjadi jalan pahala yang berpanjangan. 🀍

🌿 SRAATI β€” Membina Insan Berilmu, Beramal dan Berjiwa Mulia.






🌿 *BINA GENERASI BERILMU, BERAKHLAK & BERJIWA RABBANI* 🌿Assalamualaikum wbt.Setiap ibu ayah mahukan anak yang *cemerlang...
22/09/2026

🌿 *BINA GENERASI BERILMU, BERAKHLAK & BERJIWA RABBANI* 🌿

Assalamualaikum wbt.

Setiap ibu ayah mahukan anak yang *cemerlang dalam pelajaran, baik akhlaknya dan dekat hatinya dengan Allah.*

Di SRAATI, kami percaya pendidikan bukan sekadar membantu anak *mencapai kecemerlangan akademik,* tetapi juga membimbing mereka membina *akhlak, adab, disiplin, tanggungjawab dan kecintaan kepada Allah.* 🀍

✨ *KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2027 KINI DIBUKA!*

Ayuh bersama kami membina anak-anak yang bukan sahaja *pandai menjawab soalan di dalam peperiksaan,* tetapi juga *tahu bagaimana membawa ilmu dalam kehidupan.*

πŸ“š *Akademik diperkasa.*
🌱 *Akhlak dibentuk.*
❀️ *Jiwa ditarbiah.*
🀲 *Ilmu dipandu dengan nilai dan iman.*

πŸ“Œ *Borang kemasukan boleh diambil di:*
*Pejabat SRAATI*

πŸ’» *Pendaftaran juga boleh dibuat secara online:*
https://haluan.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=sraati

πŸ“ž *Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:*
πŸ‘‰ www.wasap.my/60175707358
πŸ‘‰ www.wasap.my/60195726288

πŸ“š *Kemasukan Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 juga dibuka.*

🀍 *Mohon jasa baik tuan/puan untuk berkongsi maklumat ini kepada keluarga, sahabat dan kenalan yang sedang mencari sekolah untuk anak-anak mereka.*

Kerana kita tidak hanya mahu anak-anak tahu banyak perkara,
tetapi kita mahu ilmu itu membentuk siapa mereka.

*SRAATI β€” Berakhlak,Mendidik,Berbakti*

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
GB SRAATI

πŸ‘ TAHNIAH & SYABAS ANAK-ANAK SRAATI! πŸ‘Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 5 orang murid SRAATI yang tela...
24/08/2026

πŸ‘ TAHNIAH & SYABAS ANAK-ANAK SRAATI! πŸ‘

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 5 orang murid SRAATI yang telah terpilih untuk membawa nama Negeri Perlis ke Kejohanan Hoki MSSM 2026 di Kuala Lumpur.

AHMAD THORIQ BIN IRZAN ASHRAF
AHMAD LUTFI BIN ZAINOL
DARIS RIZQI BIN ANUAR
FAUZAN BIN BADRUDDIN
MUHAMMAD RAFIQ BIN HENDRA SAPUTRA

Semoga dipermudahkan segala urusan di Kejohanan MSSM 2026.

SATU HATI....PERLIS! πŸ”₯πŸ’ͺ🏻





Masih lg dibuka
03/08/2026

Masih lg dibuka

🌿 BINA LANGKAH AWAL ANAK KE ARAH ILMU & AKHLAK 🌿

Assalamualaikum wbt,

*Setiap anak adalah amanah… dan setiap amanah akan dipersoalkan.*
Langkah awal yang kita pilih hari ini, menjadi arah perjalanan mereka di masa hadapan.

✨ *Kemasukan Tahun 1 sesi 2027 kini dibuka.*

Kami menjemput tuan/puan untuk bersama-sama membina *asas pendidikan anak yang bukan sekadar akademik, tetapi juga jiwa dan akhlak.*

πŸ“Œ Borang kemasukan boleh diambil di:
Pejabat SRAATI

πŸ’» Pendaftaran juga boleh dibuat secara online:
https://haluan.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=sraati

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
πŸ‘‰ www.wasap.my/60175707358
πŸ‘‰ www.wasap.my/60195726288

πŸ“š Kemasukan Tahun 2 hingga 6 juga dibuka.

🀍 Mohon jasa baik tuan/puan untuk berkongsi maklumat ini kepada kenalan dan sahabat yang memerlukan.

Semoga setiap langkah anak-anak ini menjadi jalan pulang kepada Allah.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
GB SRAATI

Pihak SR Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kep...
18/07/2026

Pihak SR Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP), En. Mohd Nazrin Bin Saidon selaku Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perlis (KJRN), serta Pn. Rizuana Binti Ab. Rashed, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis atas sumbangan peralatan hoki yang telah disampaikan kepada pihak SRAATI.

Semoga dengan adanya peralatan baharu ini, usaha pembangunan bakat dan kecemerlangan sukan hoki dalam kalangan murid SRAATI akan terus berkembang maju serta melahirkan lebih ramai pemain hoki yang berbakat pada masa hadapan.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
National Hockey Development Program - NHDP

Tahniah Semua, Alhamdulillah
18/07/2026

Tahniah Semua, Alhamdulillah

17/07/2026

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah ☝🏽

πŸ† SRAATI telah berjaya merangkul gelaran JOHAN dalam Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun Lelaki, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPS) 2026.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru-guru dan ibu bapa atas usaha, doa dan pengorbanan yang dicurahkan.

Sebagai sebuah Sekolah Agama Rakyat di luar bandar, kejayaan besar ini membuktikan bahawa kokurikulum mampu berjalan seiring dengan ilmu dan tarbiyah Islam.

Sukan juga merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam dalam membina mukmin yang kuat, berdisiplin, berakhlak, sihat tubuh badan serta bersedia berkhidmat untuk agama.

Semoga kejayaan ini menjadi asbab lahirnya generasi yang cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat. 🀲

16/07/2026

πŸ‘ PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN HOKI MSSPS BAWAH 12 TAHUN 2026 πŸ†

Tibalah kemuncak Kejohanan Hoki MSSPS Bawah 12 Tahun 2026! πŸ’₯

Ayuh bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan yang akan berentap dalam perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara.

πŸ“… 17 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ•£ 8.30 pagi
πŸ“ Stadium Hoki Kangar

πŸ† Perlawanan Akhir Perempuan Bawah 12 Tahun (P12)
πŸ‘ SK Kuala Perlis πŸ†š SK Padang Besar (S)

πŸ† Perlawanan Akhir Lelaki Bawah 12 Tahun (L12)
πŸ‘ SK Beseri πŸ†š SRAATI

Semoga semua pasukan mempamerkan aksi terbaik dengan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama yang tinggi. Selamat maju jaya kepada semua pemain! πŸ’™πŸ’›







Alhamdulillah, Tahniah anakΒ² SRAATI dengan Izin Allah telah layak ke Final Kejohanan Hoki MSSPS Bawah 12 Tahun 2026.Moho...
16/07/2026

Alhamdulillah, Tahniah anakΒ² SRAATI dengan Izin Allah telah layak ke Final Kejohanan Hoki MSSPS Bawah 12 Tahun 2026.
Mohon doakan kejayaan mereka.

Address

Perkampunga Tunjung
Perlis
02400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah - Sraati Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah - Sraati Perlis:

Share

Category