JKM PTSS

JKM PTSS Page ini ditubuhkan berperanan sebagai platform/medium perhubungan bagi seluruh warga JKM, PTSS.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah salah satu jabatan yang diwujudkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang berfungsi ke arah melatih, mengajar, membimbing dan melahirkan graduan dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, disamping berperanan dalam memberi penerapan nilai-nilai murni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penggunaan peralatan alat bantu mengajar di bengkel dan ma

kmal membuka ruang kepada pelajar dalam memahami serta mengaplikasikan teori dengan kemudahan makmal dan bengkel yang lengkap dengan peralatan dan mesin. Dengan gubahan dan keserasian ini, Jabatan Kejututeraan Mekanikal Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin juga mampu menghasilkan graduan yang berkualiti, seimbang dan berdaya saing bertepatan dengan misi dan visi politeknik khususnya dan seterusnya memenuhi aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) secara amnya. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal juga berperanan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian yang mana turut dijadikan sebagai salah satu kaedah penyampaian ilmu kepada pelajar selari dengan keperluan generasi semasa pelajar seterusnya dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Fungsi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

β€’ Merancang, mengelola, dan mengawal hal-hal berkaitan dengan pelaksanaan Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
β€’ Melahirkan graduan yang kompetitif selari dengan PPPM (PT) bagi memenuhi keperluan pasaran negara.
β€’ Menjadi pusat rujukan komuniti serta mempunyai hubungan kolaborasi yang baik dengan industri.
β€’ Menyelaras dan memantau pelaksanaan program akademik agar selari dengan kehendak JPP KPT dan bersesuaian dengan keperluan pemodenan industri dan negara.

Tahniah diucapkan kepada Ts. Yap, En. Zairunizam dan En. Haziq atas kejayaan ini. Semoga terus maju jaya dan cemerlang πŸ‘...
31/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Ts. Yap, En. Zairunizam dan En. Haziq atas kejayaan ini. Semoga terus maju jaya dan cemerlang πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏπŸ‘πŸΏ

17/07/2026

BIJAK BERMEDIA SOSIAL, MARUAH TERPELIHARA

Setiap perkongsian di media sosial mencerminkan siapa diri kita. Sebagai warga PTSS, marilah kita bersama-sama mengamalkan etika penggunaan media sosial dengan penuh tanggungjawab, berhemah dan berintegriti.

Sebelum menekan butang "Post", fikirkan dahulu:
βœ… Adakah ia benar?
βœ… Adakah ia memberi manfaat?
βœ… Adakah ia sesuai dikongsikan?
βœ… Adakah ia menjaga maruah diri, orang lain dan institusi?

Gunakan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan ilmu, inspirasi dan nilai-nilai positif. Bersama kita pelihara nama baik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dengan setiap perkongsian yang dibuat.
Bijak Berkongsi, Maruah Dijaga, Reputasi Terpelihara.

17/07/2026

Jom cuba kelainan water rocket launcher kamiπŸš€πŸš€πŸš€

Tahniah kepada semua Graduan Konvokesyen PolyCC 2026😊. Sila layari https://konvo.polycc.edu.my/panduan-graduan/utarauntu...
14/07/2026

Tahniah kepada semua Graduan Konvokesyen PolyCC 2026😊. Sila layari https://konvo.polycc.edu.my/panduan-graduan/utara
untuk semakan dan maklumat lanjut.

Halaman ini menghimpunkan panduan sebelum, semasa, dan selepas konvokesyen supaya graduan boleh membuat persediaan dengan lebih teratur.

27/06/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—žπ—˜π— π—•π—”π—Ÿπ—œ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯ π—¦π—˜π—‘π—œπ—’π—₯ π—π—žπ— !

Selamat kembali ke kampus kepada semua pelajar senior Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin bagi Sesi I: 2026/2027.

Semoga semester baharu ini membuka lebih banyak peluang untuk menimba ilmu, membina kemahiran, mencipta inovasi serta mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

Masih ingatkah lagi azam anda sewaktu mula mendaftar di PTSS? Teruskan melangkah!!!

23/04/2026

JKM PTSS telah menyemarakkan budaya membaca kelolaan Unit Pusat Sumber PTSS dalam Program Galakan Membaca khas untuk warga PTSS! ✨

23/04/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Afdhal, Firdaus Naim, dan Adib Asyraff di atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan projek bertajuk "Reka Bentuk dan Pembangunan Pencerna Anaerobik dengan Pengaduk Automatik Berkuasa Solar".
Bermula daripada idea konseptual, ia kini telah direalisasikan menjadi produk berfungsi yang mampu menyokong kelestarian tenaga dan pengurusan sisa secara sistematik. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berinovasi!

#

10/04/2026

Uji cuba kelainan rocket launcher kami. Berminat?

Hubungi kami.

08/04/2026
PERMOHONAN e-BORANG MYPOLYCC KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2026/...
28/02/2026

PERMOHONAN e-BORANG MYPOLYCC KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI SESI I : 2026/2027
BAGI KATEGORI LEPASAN SIJIL POLITEKNIK/ KOLEJ KOMUNITI/ KOLEJ VOKASIONAL/ INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM, LEPASAN SPM ( TAHUN 2024 KE BAWAH) DAN LEPASAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

1. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi I: 2026/2027 ke program Sijil dan Diploma di 36 buah Politeknik dan 106 buah Kolej Komuniti melalui eBorang MyPOLYCC telah dibuka bermula 27 Februari 2026 (5.00 Petang) hingga 27 Mac 2026 (5.00 petang). Permohonan secara atas talian boleh dibuat melalui pautan https://ambilan.mypolycc.edu.my.

2. Tawaran ini dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 ke bawah, lulusan Sijil Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti, lulusan Sijil Vokasional Malaysia (Kolej Vokasional), lulusan sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA, lulusan sijil Institut Kemahiran MARA, lulusan sijil Institut Pertanian Malaysia dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3)

3. Kategori baharu turut ditawarkan kepada lulusan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

4. Permohonan juga dibuka kepada murid yang tamat pengajian tingkatan lima, sekolah pendidikan khas bagi kemasukan ke 12 program Sijil Khas Kemahiran bagi kumpulan murid Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditawarkan di lima (5) buah Politeknik dan 12 buah Kolej Komuniti. Pelawaan ini terhad kepada kumpulan murid kategori masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.

5. Pemilik sijil APEL juga dipelawa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Sijil.

6. Sebanyak 33,000 tempat disediakan dalam pelbagai bidang pengajian bagi sesi I: 2026/2027. Tarikh pendaftaran pelajar baharu bagi program asasi ambilan sesi I: 2026/2027 adalah bermula 14 Jun 2026 dan bagi program Diploma, Sijil dan Sijil Khas Kemahiran bermula 21 Jun 2026.

7. Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa mulai Sesi I: 2026/2027, terdapat pindaan nama program seperti berikut:

β€’ Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi).
β€’ Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan Automasi).
β€’ Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik Perindustrian).
β€’ Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Perindustrian).
β€’ Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji Kuasa).
β€’ Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik) ditukar kepada Diploma Kejuruteraan Elektronik.

8. Bagi memperkasakan program pengajian, JPPKK memperkenalkan Program Eksklusif NAVALTech@PSA melalui kerjasama antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Inisiatif di bawah Nota Kerjasama (MoU) yang dimeterai pada 20 Mei 2025 antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan TLDM ini bertujuan membekalkan tenaga kerja teknikal yang berkemahiran serta berdisiplin tinggi. Pihak TLDM mensasarkan pengambilan seramai 200 orang calon setahun bagi Skim Diploma Tugas Khusus (DTK) TLDM iaitu lantikan ke skim juruteknik TLDM. Program NavalTech@PSA ditawarkan melalui empat program pengajian di PSA iaitu:
β€’ Diploma Kejuruteraan Mekanikal
β€’ Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri)
β€’ Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
β€’ Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar,Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI,
ARAS 6, GALERIA PJH, JALAN P4W, PERSIARAN PERDANA, 62100 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

No. Tel : 03 - 8888 3837
No. Whatsapp : 03 – 8888 5625
E-mel : [email protected]
Facebook : polycc.edu
Instagram : polycc.edu_

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
27 Februari 2026

Address

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra
Perlis
02600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKM PTSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category