16/09/2026
PERKONGSIAN ILMU DI PENTAS ANTARABANGSA - JPH PTSS × UNIVERSITAS SYIAH KUALA (USK), ACEH, INDONESIA
11 September 2026 | Banda Aceh, Indonesia
Seramai 10 orang pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah menyertai program Kuliah Tamu Antarabangsa di Universitas Syiah Kuala (USK), Aceh, sebagai sebahagian daripada pengisian TourVent Upskilling JPH PTSS 2026. Program ini dirangka bagi memperkukuh kompetensi pensyarah melalui pendedahan kepada ilmu, perkembangan dan amalan terkini industri, di samping menjadi platform perkongsian kepakaran dan amalan terbaik antara ahli akademik JPH PTSS dan USK. Inisiatif ini turut memperluas perspektif antarabangsa, memperkaya pengalaman profesional serta memperkukuh jaringan akademik dan peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi.
FAKULTAS TEKNIK USK
Sesi bersama Department of Architecture and Planning, Faculty of Engineering, USK bertemakan "Empowering Communities, Preserving Heritage: Pathways to Sustainable Tourism” telah disampaikan oleh Puan Siti Zauyah binti Abu Bakar dan
Puan Rita Nurshahrizad binti Mohd Radzi.
Sesi yang berlangsung di Studio C, Department of Architecture and Planning, Faculty of Engineering, USK ini telah dirasmikan oleh Ir. Zahrul Fuady, S.T., M.T., Koordinator Program Studi S-1 Perencanaan Wilayah dan Kota, USK, dan dimoderatori oleh Issana Meria Burhan, S.T., MUP.
FAKULTAS KEGURUAN DAN ILMU PENDIDIKAN (FKIP), USK
Sesi bersama Departemen Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK), FKIP USK p**a bertemakan "Beyond the Plate: Connecting Culinary Education, Tourism Experiences, and Service Excellence” telah
disampaikan oleh Encik Mohd Sharin bin Sujor, Cik Shufiah binti Mustapa dan Puan Junita binti Jalaluddin.
Program yang berlangsung di Auditorium Tingkat 3 FKIP USK telah dirasmikan oleh Dr. Sanusi, Wakil Dekan Bidang Akademik FKIP USK, manakala Yuli Heirina Hamid, M.Si. bertindak sebagai ketua pelaksana.
Turut bersama dalam delegasi JPH PTSS ialah Dr. Muhamad Saufiyudin bin Omar, Puan Mahirah binti Rafie, Puan Suhaibah Akmar binti Ahmat Sukeri dan Muhammad Adib bin Aziz. Kedua-dua sesi turut disertai oleh pelajar dan pensyarah daripada fakulti masing-masing, sekali gus membuka ruang pertukaran ilmu, pengalaman dan perspektif Malaysia–Indonesia dalam bidang pelancongan lestari, pemerkasaan komuniti, pemeliharaan warisan, pendidikan kulinari, gastronomi serta kecemerlangan perkhidmatan hospitaliti. Lebih daripada sekadar perkongsian ilmu, program ini memperkukuh jaringan akademik JPH PTSS–USK, memperluas pendedahan kepada pendekatan pendidikan dan amalan industri dalam konteks antarabangsa serta membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, mobiliti akademik, penyelidikan dan program pelajar pada masa hadapan, sekali gus memperkasakan pengantarabangsaan pendidikan TVET.