Maahad Tahfiz Al-Hikmah

Maahad Tahfiz Al-Hikmah Melahirkan huffaz dan du'at yang berilmu, beriman dan iltizam dengan ajaran Al Qur'an & As Sunnah

Selamat Hari Raya Aidilfitri
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

🌅 Petang Ramadhan…Mungkin hari ini kita penat,mungkin ada ujian yang dilalui,mungkin ada doa yang masih belum dimakbulka...
19/02/2026

🌅 Petang Ramadhan…

Mungkin hari ini kita penat,
mungkin ada ujian yang dilalui,
mungkin ada doa yang masih belum dimakbulkan…

Namun jangan lupa,
di saat hampir berbuka inilah
Allah sedang membuka seluas-luasnya pintu rahmat dan pengampunan.

Angkatlah tangan…
sebutlah nama-Nya…
luahkan segala harapan yang tersimpan di dalam hati.

Kerana boleh jadi,
doa kecil kita petang ini
menjadi sebab berubahnya seluruh kehidupan kita.

🤲 Ya Allah, terimalah puasa kami, ampunkan dosa kami dan berkati Ramadhan kami.

🌙 Maahad Tahfiz Al Hikmah

🌙 SOLAT TARAWIH KHATAM 30 JUZUK SECARA HAFAZAN 🌙Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan 1447H, Maahad Tahfiz Al Hikmah akan me...
19/02/2026

🌙 SOLAT TARAWIH KHATAM 30 JUZUK SECARA HAFAZAN 🌙

Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan 1447H, Maahad Tahfiz Al Hikmah akan mengadakan Solat Tarawih dengan bacaan 30 Juzuk Al-Quran secara hafazan yang akan dipimpin oleh:

✨ Al-Hafiz Shuqran Nuriman bin Shahrul Sangsuwan

📍 Maahad Tahfiz Al Hikmah, Arau Perlis

Muslimin & Muslimat dijemput hadir bersama-sama mengimarahkan malam-malam Ramadhan dengan solat, tadabbur dan keberkatan Al-Quran.

🤲 Semoga setiap langkah ke rumah Allah dihitung sebagai amal soleh dan memperoleh ganjaran berlipat ganda.

🍽 Jamuan moreh turut disediakan

Ayuh hidupkan malam Ramadhan kita dengan ibadah.




🌙 AMALAN HARIAN RAMADHAN | Ramadhan Madrasah TaqwaRamadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan tarbiyah...
19/02/2026

🌙 AMALAN HARIAN RAMADHAN | Ramadhan Madrasah Taqwa

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi medan tarbiyah untuk mendidik hati, memperbaiki diri dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Mari kita hidupkan setiap hari Ramadhan dengan:
✅ Solat berjemaah
✅ Tilawah Al-Qur’an
✅ Zikir pagi & petang
✅ Sedekah walaupun sedikit
✅ Menjaga adab & akhlak
✅ Menghindari perkara sia-sia

✨ Jadikan 30 hari Ramadhan ini sebagai perjalanan menuju taqwa dan perubahan diri yang lebih baik.

🤲 “Ya Allah, jadikan Ramadhan ini yang terbaik dalam hidup kami.”

Ayuh rebut peluang Ramadhan — kerana belum tentu kita akan bertemu dengannya lagi.

Maahad Tahfiz Al Hikmah

Semoga kehadiran Ramadhan membawa cahaya keimanan, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap amalan kita.Ya Allah,Samp...
18/02/2026

Semoga kehadiran Ramadhan membawa cahaya keimanan, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap amalan kita.

Ya Allah,
Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan dengan iman dan kesihatan.
Jadikanlah Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu.

Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami,
kedua ibu bapa kami,
guru-guru kami,
dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.

Ya Allah,
Berikan kami kekuatan untuk berpuasa,
menghidupkan malam dengan ibadah,
membaca Al-Qur’an,
dan memperbanyakkan amal soleh.

Ya Allah,
Terimalah segala amalan kami,
lipatgandakan pahala kami,
dan jadikan kami hamba-Mu yang bertakwa.

Ya Allah,
Jadikan Ramadhan ini asbab perubahan diri kami ke arah kebaikan,
dan pertemukan kami dengan Lailatul Qadar.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al Hikmah atas kejayaan cemerlan...
06/02/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al Hikmah atas kejayaan cemerlang dalam Musabaqah Tilawah & Hafazan al-Qur’an Peringkat Negeri Perlis 2026.

🏆 Kategori 1 – 10 Juzuk
🥇 Johan
➡️ Ahmad Bukhari bin Taib

🥉 Tempat Ketiga
➡️ Muhammad Khalish bin Knir Amirul Amin

🏆 Kategori 1 – 30 Juzuk
🥉 Tempat Ketiga
➡️ Shuqran Nuriman Sangsuwan bin Shahrul Sangsuwan

Kejayaan ini mencerminkan kesungguhan, disiplin serta keberkatan al-Qur’an yang menjadi pegangan hidup. Semoga para huffaz terus istiqamah, beramal dengan al-Qur’an dan menjadi kebanggaan agama, bangsa serta negara.

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anakanda Ahmad Bukhari bin Taib atas kejayaa...
06/02/2026

🌟 SEKALUNG TAHNIAH 🌟

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anakanda Ahmad Bukhari bin Taib atas kejayaan cemerlang merangkul JOHAN Hafazan dalam Majlis Tilawah & Hafazan al-Qur’an Peringkat Negeri Perlis 2026, bagi Kategori 1–10 Juzuk.

Kejayaan ini merupakan hasil kesungguhan, disiplin serta keberkatan al-Qur’an yang menjadi pegangan hidup. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada para huffaz dan pencinta al-Qur’an untuk terus istiqamah dalam perjuangan memartabatkan Kalamullah.

Doa kami, semoga anakanda terus diberi keteguhan iman, keluasan ilmu dan menjadi hamba Allah yang beramal dengan al-Qur’an, bukan sekadar menghafaznya.

📖 “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.”
— Riwayat al-Bukhari

Doakan untuk anak-anak Al Hikmah yang akan memperdengarkan bacaan hari ini pada *MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PER...
26/01/2026

Doakan untuk anak-anak Al Hikmah yang akan memperdengarkan bacaan hari ini pada
*MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 1447 HIJRAH/2026 MASIHI*

Juzuk 1-10
1. *AHMAD BUKHARI BIN TAIB*
2. *MUHAMMAD ANIQ HAMZI BIN MOHD AZLAN*
3. *MUHAMMAD IKRAM BIN GHAZALI*
4. *MUHAMMAD IRSYADUDDIN BIN MUHD NUZUL HIKMIE*
5. *MUHAMMAD KHALISH BIN KNIR AMIRUL AMIN*

Juzuk 1-20
1. *MUHAMMAD FIRAS NAJMI BIN NASRUL HIDAYAT*
2. *AZMA AFIF BIN MALIQ RIDHUAN*
3. *MUHAMMAD FATEH FARHAN BIN REDZUAN*
4. *MUHAMMAD FAUZAN AZIM BIN REDZUAN*
5. *UWAYS AL QARNI BIN MUHAMMAD ROHIM*
6. *MUHAMMAD HASRUL YUZAMI BIN YUZAIRI*

Juzuk 1-30
1. *NUR ADYSYAH PUTRA BIN MOHD SABANI*
2. *SHUQRAN NURIMAN SANGSUWAN BIN SHAHRUL SANGSUWAN*
3. *MUHAMMAD HASRUL YUZI BIN YUZAIRI*

Alhamdulillah... Seorang lagi pelajar Maahad Tahfiz Al-Hikmah berjaya khatam hafazan 30 juz' dengan jayanya dalam tempoh...
28/12/2025

Alhamdulillah... Seorang lagi pelajar Maahad Tahfiz Al-Hikmah berjaya khatam hafazan 30 juz' dengan jayanya dalam tempoh 3 tahun 10 bulan. Bukan setakat itu, bahkan adik Muhammad Fauzan Azim Bin Redzuan berjaya tasmik (memperdengarkan) keseluruhan 30 juzuk hafazannya kepada guru tasmik beliau Ibrahim Jaafar Khat pada hari yang sama. Pencapaian yang sangat hebat.

Mari sama-sama kita mendoakan agar kejayaan ini dapat dicontohi oleh semua pelajar tahfiz yang sedang berusaha dan agar mereka yang telah bergelar al-Hafiz dapat istiqamah menjaga hafazan al-Quran mereka hingga ke akhir hayat.

Perkenalkan Minuman Coklat Al-HikmahMinuman ini menggabungkan kepekatan coklat berkualiti bersama kebaikan ekstrak kurma...
05/12/2025

Perkenalkan Minuman Coklat Al-Hikmah
Minuman ini menggabungkan kepekatan coklat berkualiti bersama kebaikan ekstrak kurma dan gam arab, memberikan rasa yang lazat serta manfaat tambahan untuk dinikmati oleh semua peringkat umur. Sesuai diminum pada bila-bila masa—pagi, petang atau sebagai sajian harian.

Sebagai pilihan alternatif terbaik di pasaran, Coklat Al-Hikmah bukan sahaja enak, tetapi turut menawarkan nilai nutrisi yang lebih tinggi berbanding minuman coklat biasa. Formulasinya memberikan rasa yang seimbang, berkhasiat dan memuaskan, menjadikannya pilihan tepat bagi keluarga yang mementingkan kualiti.

Dengan harga yang berpatutan dan mutu yang terjamin, Coklat Al-Hikmah hadir sebagai pilihan bijak bagi mereka yang ingin menikmati minuman coklat yang sedap, bernutrisi dan berbaloi.

www.wasap.my/60194763394

PENGAMBILAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH KINI DIBUKAMAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH dengan ini membuka permohonan bagi pendaf...
12/11/2025

PENGAMBILAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH KINI DIBUKA

MAAHAD TAHFIZ AL HIKMAH dengan ini membuka permohonan bagi pendaftaran pelajar baru Tahfiz sepenuh masa bermula sekarang.

TEMUDUGA TERBUKA PADA NOVEMBER & DISEMBER 2025

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
www.wasap.my/+60194763394 (Ust Rohim-Mudir)
☎ 04 986 6610 Pejabat
▪️Temujanji Temuduga : Ust Ibrahim www.wasap.my/+601112588717

Address

Kampung Belukar , Jalan Padang Siding
Perlis
02600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 15:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60194763394

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share