Kelas Mengaji Perlis

Directions

Kelas Mengaji Perlis Kelas Pengajian Iqra & Al-Quran Sekitar Negeri Perlis Dibawah Bimbingan Ustaz Amir.

06/10/2026

Ziarah ke makam Almaghfurlah KH.As'ad Humam Rohimahullah ta'ala 🤲
Mengenal huruf Al-Qur'an alfakir bisa mengenal karna buku karya beliau , Yang biasa di sebut " IQRA "
Smg Alfakir mendapat keberkahan dri pada beliau , Aamiin yarrabal alamin🤲

17/08/2026

Tadi di Saloma Bistro, saya datang berdua dengan wife, mendengar kuliah Bulugh al-Maram, Kitab Adab bersama Dr MAZA.

Sampai satu hadis Saidina Abu Hurairah RA, dibacakan, lihatlah orang yang berada di bawah kita dalam urusan dunia, jangan asyik melihat orang yang berada di atas. Supaya kita tidak memandang kecil nikmat yang Allah sudah beri.

Entah kenapa, ketika orang lain ketawa dengan cara Dr MAZA menyampaikan kuliah, saya diam. Air mata tiba-tiba menitis. Dah lah duduk depan sekali. 😅

Mungkin sebab hadis itu terkena tepat pada sesuatu yang sedang saya rasa.

Saya ni hampir setiap hari bangun tidur dengan semangat yang tinggi. Bangun pagi rasa macam nak takluk dunia. 😆 Ada kerja, buat sungguh-sungguh. Ada benda nak belajar, belajar. Ada keluarga nak diurus, urus. Ada orang boleh dibantu, cuba bantu.

Kalau buat sesuatu, memang kepala ni selalu fikir bagaimana nak buat lebih baik lagi.

Tetapi semakin kita cuba buat semuanya dengan baik, kadang-kadang semakin banyak p**a kita nampak kekurangan diri sendiri.

Ada benda kita dah usaha habis-habisan, tetap tak menjadi. Ada benda kita buat dengan niat baik, orang salah faham. Ada orang kita cuba bantu, akhirnya kita p**a dimarahi.

Dr MAZA beri satu gambaran yang saya fikir lama.

Ada manusia di sesetengah tempat di Afrika yang bekerja lebih 16 jam sehari. Rajin. Penat. Berusaha keras. Tetapi dia tetap miskin. Malah negaranya juga terus bergelut dengan kemiskinan.

Ini mengganggu satu formula pop**ar zaman kita, usaha kuat = mesti berjaya. Rupanya tidak semudah itu.

Usaha memang tanggungjawab kita. Tetapi hasil bukan sepenuhnya milik kita. Ada struktur ekonomi, keadaan negara, peluang, kesihatan, keluarga, masa, takdir dan seribu perkara yang manusia tidak mampu kawal.

Sebab itu mungkin agama tidak mengajar kita supaya menjadikan kejayaan dunia sebagai satu-satunya ukuran bahawa hidup kita berhasil.

Dr MAZA kata, dunia ini tempat bermain sahaja. Akhirat jauh lebih baik.

Ayat itu nampak mudah. Kita dah dengar berkali-kali. Tetapi apabila difikirkan betul-betul, ia sangat melegakan perasaan.

Kerana kalau dunia ialah destinasi terakhir, memang banyak kehidupan manusia nampak tidak adil.

Orang baik boleh difitnah. Orang rajin boleh miskin. Orang yang membantu boleh dibenci.
Orang yang jujur boleh kalah. Dan orang yang telah memberikan segala-galanya kadang-kadang tetap p**ang dengan tangan kosong.

Tetapi Islam memberitahu kita, cerita belum tamat. Masih ada akhirat.

Mungkin sebab itu air mata saya jatuh tadi. Bukan kerana saya sudah berputus asa dengan dunia.

Esok pagi insya-Allah saya tetap akan bangun dengan cita-cita hendak “takluk dunia” lagi. 😆 Cuma malam ini saya diingatkan satu perkara, Kita disuruh berusaha bersungguh-sungguh di dunia, tetapi jangan sampai menganggap dunia wajib membalas setiap usaha kita.

Ada usaha yang hasilnya kita nampak di sini. Dan mungkin ada usaha yang Allah simpan hasilnya untuk sebuah kehidupan yang tidak lagi mengenal kecewa.

Akhirat masih ada.

15/08/2026
24/06/2026

GALAKAN PUASA 9 & 10 MUHARRAM

24/06/2026

Address

Perlis
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Mengaji Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share